China Mengatakan Pengharaman Aplikasi Oleh India Langgar Peraturan WTO

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,011
Reaction score
3,798
Points
236
27.01.2021 - Beijing, Semalam Kementerian Teknologi Maklumat India mengharamkan 59 aplikasi dari China selama-lamanya dari pasaran negara mereka. Antara yang diharamkan ialah aplikasi popular TikTok dan WeChat. Hari ini China mengatakan tindakan India ini melanggar peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) kerana tidak adil sehingga menjejaskan perniagaan syarikat dari China.

China menggesa untuk menarik semula pengharaman yang melibatkan hampir 300 aplikasi setakat ini bagi mengelakkan hubungan dua hala antara negara terjejas. India mengharamkan aplikasi dari China kerana mendakwa pengumpulan data yang dilakukan boleh menjejaskan keselamatan negara. Ia semuanya bermula selepas tentera kedua-dua republik bertelagah di sempadan Himalaya pada Jun 2020 sehingga mengakibatkan 20 tentera India terbunuh.

Screenshot-3733.jpg

Sumber asal https://www.reuters.com/article/india-china-bans-idUSKBN29W0TV
 
Top
Log in Register