BTC USD 28,082.4 Gold USD 1,940.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

China lancar misi pertama ke bulan hari ini

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,118
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,118
Reaction score
22,834
Points
1,831
Awards
1
BEIJING: China hari ini melancarkan misi angkasa lepas pertama ke bulan, langkah terbaharu Beijing dalam programnya untuk menghantar rakyat China ke bulan satu hari nanti.

Kenyataan Pusat Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri bagi Pertahanan Nasional (SASTIND) menyatakan kapal angkasa tanpa nama dan tanpa juruterbang itu akan terbang ke bulan, berpusing di sekelilingnya dan balik ke Bumi sebelum memasuki semula ke atmosfera dan mendarat.

"Ujian peringkat pertama perjalanan balik dalam misi ke bulan China ini sudah dilakukan dengan jayanya," kata kenyataan itu selepas pelancaran dari Pangkalan Angkasa Lepas Xichang di Wilayah Sichuan.

Kapal angkasa itu akan berada 413,000 kilometer dari bumi pada jarak paling jauh dalam misi lapan hari itu.

Agensi berita Xinhua berkata, kapal angkasa berkenaan akan memasuki semula atmosfera pada kelajuan 11.2 kilometer sesaat sebelum memperlahankan kelajuannya - satu proses yang menjana suhu tinggi - dan mendarat di kawasan Mongolia di utara China.

Sebelum ini, SASTIND menyatakan misi itu bertujuan untuk digunakan pada teknologi projek Chang'e-5, yang akan mengambil bahan uji kaji dari permukaan bulan untuk kajian lanjut.

Chang'e-5 dijadual dilancarkan sekitar tahun 2017 nanti. - AFP



http://www.bharian.com.my/node/13391
 
Sponsored Post

exofx

Legendary Member
gem
Messages
18,750
Joined
Aug 20, 2011
Messages
18,750
Reaction score
545
Points
161
Aku kurang faham statement ni. Maksudnya China pada tahun 60an lagi maju dari US?

Macam tak logik je.

maksud macam ni dgn keupayaan skrg dan computer canggih tapi china hanya mampu hantar kapal angkasa saja pusing2 orbit bulan.

US pada zaman tu terus dapat ke bulan dgn guna computer tak canggih..sah ke bulan dalam panggung je.

Tapi sekarang tak hantar2 manusia ke bulan nk buktikan kali kedua. nak kata tak ada duit tak logik lah..
 

frossonice

Active+ Member
Messages
3,459
Joined
Oct 5, 2010
Messages
3,459
Reaction score
20
Points
25
maksud macam ni dgn keupayaan skrg dan computer canggih tapi china hanya mampu hantar kapal angkasa saja pusing2 orbit bulan.

US pada zaman tu terus dapat ke bulan dgn guna computer tak canggih..sah ke bulan dalam panggung je.

Tapi sekarang tak hantar2 manusia ke bulan nk buktikan kali kedua. nak kata tak ada duit tak logik lah..

Bukan ke program NASA ke bulan ditamatkan pada tahun 70an selepas kajian dapati tidak ada apa yang sesuai untuk dibuat di sana kecuali untuk melombong H3 (Helium 3) tetapi kos dan keupayaan masa itu terbatas. Rancangannya dalam tahun 80an, mereka boleh kembali ke bulan untuk memulakan projek melombong H3 ni.

Aku fikir China pun tujuan dia nak ke bulan adalah benda tu. Kalau tak takde motif pun nak pergi.

http://www.popularmechanics.com/science/space/moon-mars/1283056
 

CyberMachine

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,102
Joined
Oct 1, 2009
Messages
23,102
Reaction score
659
Points
171
Bukan ke program NASA ke bulan ditamatkan pada tahun 70an selepas kajian dapati tidak ada apa yang sesuai untuk dibuat di sana kecuali untuk melombong H3 (Helium 3) tetapi kos dan keupayaan masa itu terbatas. Rancangannya dalam tahun 80an, mereka boleh kembali ke bulan untuk memulakan projek melombong H3 ni.

Aku fikir China pun tujuan dia nak ke bulan adalah benda tu. Kalau tak takde motif pun nak pergi.

http://www.popularmechanics.com/science/space/moon-mars/1283056

ditamatkan ke tak bukan isunya

yang isunya...dengan teknologi sekarang. mmg boleh sangat nak jalan2 ke bulan tu...
tapi china cuma pusing2 jer..kenapa?

betul ke tak sampai ke bulan ni.....kite tunggu :D:D
 
Sponsored Post

Top
Log in Register