China laksana hukuman mati terhadap rakyat Britain

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
BEIJING: Britain berkata China sudah melaksanakan hukuman mati terhadap rakyatnya yang didapati bersalah menyeludup dadah selepas menolak siri rayuan daripada kerajaan British dan keluarga lelaki berkenaan yang mendakwa beliau kurang siuman dan diperdaya melakukan jenayah itu.

Pejabat Luar Negara British hari ini mengeluarkan kenyataan mengutuk pelaksanaan hukuman mati terhadap Akmal Shaikh, 53.

Beliau adalah warga Eropah pertama yang dihukum mati di China sejak separuh abad lalu.

Keluarga Shaikh berkata beliau diperdaya untuk datang ke China dari Poland oleh kumpulan lelaki yang berjanji untuk merealisasi impian beliau merakam lagu pop untuk kedamaian dunia. - AP
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register