BTC USD 65,473.7 Gold USD 2,311.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

China guna robot anjing bersenjata ganti manusia dalam perang

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
6,330
Joined
Jun 21, 2021
Messages
6,330
Reaction score
875
Points
121
6657563eac758.image_1717045691.jpg


Anjing robot yang dilengkapi senjata bagi kegunaan di medan perang. - Foto AFP


China guna robot anjing bersenjata ganti manusia dalam perang



PHNOM PENH: China mempamerkan robot seperti anjing bersenjatakan senapang untuk tujuan ketenteraan bagi menggantikan manusia di medan perang.
Rekaannya hampir sama seperti robot dalam rancangan fiksyen Black Mirror, tetapi menjalani beberapa pengubahsuaian untuk digunakan bagi peperangan cara moden.

Menurut laporan CNN, sewaktu latihan ketenteraan bersama Kemboja, robot itu dilengkapi dengan senapang automatik di belakangnya untuk menembak musuh.
"Ia berfungsi sebagai anggota baharu dalam pertempuran bagi menggantikan askar (manusia) untuk melakukan tinjauan serta mengenal pasti musuh untuk menyerang sasaran," kata seorang askar, Chen Wei, dalam video yang disiarkan oleh CCTV.

Video dua minit semasa latihan bersama China dan Kemboja menunjukkan robot itu berjalan, melompat, berbaring dan bergerak ke belakang dengan bantuan alat kawalan jauh.​
sddefault_1717045689.jpg
Anggota tentera melihat anjing robot yang dilengkapi senjata bagi kegunaan di medan perang. - Foto AFP

Penggunaan tentera anjing robot dan dron bukan suatu benda baru untuk tujuan ketenteraan, malah sudah digunakan pada 2020 oleh Tentera Udara Amerika Syarikat (AS).

Mereka menunjukkan bagaimana robot anjing digunakan dalam Sistem Pengurusan Pertempuran Lanjutan (ABMS), yang memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) untuk menganalisis data dengan pantas bagi menentang ancaman terhadap aset tentera AS.

Sejak pencerobohan Russia ke atas Ukraine pada 2022, dron menjadi keperluan di medan perang, sama ada di darat, laut atau udara.

China adalah salah satu pengeksport dron terkemuka di dunia, tetapi pada tahun lalu, AS mengenakan kawalan eksport ke atas teknologi dron, dengan alasan keperluan untuk memelihara keselamatan dan kepentingan negara.

Kehadiran anjing robot dalam latihan ketenteraan menunjukkan suatu tahap pembangunan yang maju.

"Biasanya, peralatan baru tidak akan dibawa ke dalam latihan bersama dengan negara lain, jadi robot anjing ini semestinya telah mencapai tahap kematangan teknikal tertentu," kata seorang pakar yang tidak mahu dikenali. - AGENSI


https://api.bharian.com.my/dunia/as...-anjing-bersenjata-ganti-manusia-dalam-perang
 
Sponsored Post

China takde pengalaman modern warfare lagi.
Entah2 lawan vietnam pun boleh kalah.

Sekarang ni semua perang jarak jauh je.

Tentera vs tentera macam game counterstrike bila ada misi tertentu je.

Selalu drop je bom dari jauh.

Drones dah terbukti berkesan.

Robot belum lagi.
 
Sekarang ni semua perang jarak jauh je.

Tentera vs tentera macam game counterstrike bila ada misi tertentu je.

Selalu drop je bom dari jauh.

Drones dah terbukti berkesan.

Robot belum lagi.
gamers2 unggul berpotensi jadi askar elit zaman akan datang...

patut la ada budak sengaja failkan SPM...
 
gamers2 unggul berpotensi jadi askar elit zaman akan datang...

patut la ada budak sengaja failkan SPM...

Budak2 skrg kan jenis cepat terpengaruh dgn dunia teknologi.

Nampak video lucah je, nak tiru.

Nampak video aksi tembak2, nak tiru.

Nampak aksi ahli politik, nak tiru kencing.

Ini kelebihan zaman diorg la.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register