BTC USD 16,350.5 Gold USD 1,751.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

China bukan lagi gergasi ekonomi dunia

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,384
Top Poster #1
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,384
Reaction score
2,559
Points
251
Awards
1
BEIJING: China mungkin bukan lagi menjadi gergasi ekonomi dunia selepas ini berikutan krisis ekonomi semasa di negara itu.

Memetik laporan BBC, ekonomi negara republik itu berkembang `perlahan’ susulan pelaksanaan dasar sifar Covid-19, selain berdepan permintaan global yang semakin lemah.

Data rasmi pertumbuhan ekonomi China bagi suku ketiga antara Julai hingga September dijangka dikeluarkan minggu depan.

Sekiranya entiti ekonomi kedua terbesar dunia itu menguncup, maka ia meningkatkan peluang untuk kemelesetan global berlaku.

Matlamat Beijing untuk mencapai kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 5.5 peratus kini berada di luar jangkauan setelah pihak berkuasa `mengenepikan’ keperluan untuk memenuhi sasaran.

China hampir mengelak penguncupan pada suku kedua antara April hingga Jun lalu.

Beberapa pakar tidak menjangka sebarang pertumbuhan ekonomi pada tahun ini.

Negara itu kemungkinan besar tidak mengalami inflasi tinggi seperti di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK), namun Beijing berisiko mengalami krisis lain.

Antaranya, negara `kilang dunia’ itu berdepan kurang permintaan bagi produk keluarannya di peringkat domestik dan antarabangsa.

Malah, ketegangan perdagangan antara China dan negara-negara ekonomi besar seperti AS juga menyekat pertumbuhan ekonomi.



DASAR UNDANG KRISIS

Peningkatan kes jangkitan Covid-19 di beberapa bandar di China termasuk hab pembuatan seperti Shenzhen dan Tianjin menjejaskan aktiviti ekonomi di seluruh industri.

Orang ramai jarang membelanjakan wang untuk beberapa perkara seperti makanan, peruncitan atau pelancongan sehingga meletakkan perkhidmatan utama di bawah tekanan.

Bagaimanapun, menurut laporan Jabatan Statistik Negara, aktiviti pengeluaran industri kembali meningkat pada bulan lalu.

Pemulihan itu mungkin disebabkan kerajaan membelanjakan lebih banyak untuk aspek infrastruktur.

Pakar ekonomi berpandangan Beijing mampu melakukan lebih banyak usaha untuk merangsang ekonomi negara, namun hanya boleh berbuat demikian sehingga dasar sifar Covid-19 berakhir.

“Tiada guna menyuntik tunai ke dalam ekonomi negara sekiranya perniagaan tidak dapat berkembang atau orang ramai tak boleh membelanjakan wang mereka,” kata Ketua ekonomi Asia di S&P Global Ratings, Louis Kuijs.




GAGAL LAKUKAN TERBAIK

Ogos lalu, Beijing menambah peruntukan sebanyak AS$203 bilion lagi (RM941.3 bilion) untuk meningkatkan perniagaan kecil, infrastruktur dan hartanah.

Bagaimanapun, kerajaan boleh meningkatkan perbelanjaan bagi memenuhi sasaran pertumbuhan dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Langkah itu termasuk melabur lebih banyak dalam infrastruktur, melonggarkan syarat pinjaman untuk pembeli rumah, pemaju hartanah dan kerajaan tempatan serta pelepasan cukai bagi isi rumah.

“Respons kerajaan terhadap kelemahan dalam ekonomi agak memuaskan berbanding apa yang dialami semasa krisis sebelum ini,” kata Kuijs
 
Top
Log in Register