BTC USD 34,705.4 Gold USD 1,834.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

China bina, biayai projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL)

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,581
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,581
Reaction score
15,816
Points
2,066
Awards
1
1618300411325.png


ECRL kembali ke Jajaran Utara era BN: Adun persoal 'penjelasan' Wee​

Diterbitkan 13 Apr 2021, 3:28 pm



Adun Banting, Lau Weng San mengkritik kurangnya perincian mengenai penukaran semula projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) kembali ke Jajaran Utara yang dirangka ketika era BN.

Katanya, Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong telah memuat naik slaid di Facebook yang menjelaskan justifikasi mengapa projek ECRL itu kembali ke jajaran era BN itu lebih baik.

Pun begitu, katanya hantaran Wee itu kekurangan maklumat konkrit.
"Justifikasi dengan kajian yang kukuh dan kajian kebolehlaksanaan diperlukan kerana ECRL tidak pernah menjadi projek dengan kos yang berpatutan.

"Walaupun terdapat semua slaid yang disiarka oleh menteri di platform media sosialnya, tidak ada petikan lebih lanjut yang dikutip untuk mencerminkan dan memperkuat hujah mereka.

"Ringkasnya, apa yang Wee katakan secara terbuka atau disiarkan di media sosial itu hanyalah 'omong (cakap-cakap) kosong' atau retorik politik," kata Lau pada satu kenyataan.

Kata Lau lagi, sebagai contoh, Wee mengatakan dakwaan Jajaran Utara era BN cuma akan melibatkan 'sebilangan kecil' tanah rizab Orang Asli dan rizab Melayu.

8abbf3f7ea3314806b9afbf98d1e0ad8.jpg


Pun begitu, menurut Lau kenyataan Wee itu tidak disokong dengan perincian mengenai jumlah isi rumah yang terjejas atau keluasan tanah yang berkenaan.
"Untuk Jajaran Selatan, kebanyakan kerja-kerja ini hampir selesai dan angka yang dikemukakan hampir tepat.
"Perkara yang sama tidak dapat dikatakan untuk Jajaran Utara," kata ahli parlimen DAP.
Putrajaya yang dikuasai Perikatan Nasional menggesa kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Harapan untuk bersetuju dengan Jajaran Utara.
Bagaimanapun, Selangor mahukan Jajaran Selatan ECRL yang dilancarkan ketika PH menerajui kerajaan persekutuan.
Projek ini menghubungkan Pelabuhan Klang dengan Pelabuhan Kuantan, membentuk jalan pengangkutan darat di seberang pantai barat dan pantai timur Semenanjung Malaysia dan juga menghubungkan Terengganu dan Kelantan.
Kedua penjajaran landasan tersebut mula berbeza dari Mentakab di Pahang. Jajaran Utara bergerak ke Pelabuhan Klang melalui Bentong, Gombak dan Serendah manakala Jajaran Selatan ECRL bergerak ke arah selatan dari Mentakab ke Negeri Sembilan, kemudian ke Putrajaya-Bangi dan seterusnya ke Pelabuhan Klang.

Kerajaan PH berpendapat Jajaran Selatan akan membolehkan lebih banyak negeri menikmati limpahan ekonomi dan juga berintegrasi dengan hab pengangkutan yang ada di Putrajaya.

Jajaran era PH itu juga tidak akan melalui Rabung Kuarzit Klang Gates di Gombak Selangor. Tetapi Jajaran Utara akan melalui khazanah alam semulajadi rabung kuarza tulen terpanjang di dunia, dengan kos mahal untuk kerja-kerja penggerudian terowong.

5d08327176a9ec9323ddcb10fae54d6a.jpg


Kerajaan PN berpendapat ECRL dimaksudkan untuk mengangkut lebih banyak barang dan Jajaran Utara akan menyediakan permintaan kargo.

Bagaimanapun, Lau mempersoalkan dakwaan Jajaran Utara akan dapat memenuhi perkhidmatan 26 juta tan kargo dalam tahun pertama operasinya.

Katanya, jumlah itu empat kali ganda kapasiti Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) di seluruh negara.

"Kita tidak boleh lupa bahawa Pelabuhan Pulau Pinang kini merupakan pelabuhan laut dalam ketiga terbesar di Malaysia dan mengendalikan kira-kira 1.5 juta kontena TEU setiap tahun (kapasiti penuh sebuah kontena sepanjang dua puluh kaki kira-kira 50,000lb atau 23 metrik tan), yang menunjukkan trend meningkat sejak 10 tahun yang lalu.

"Kementerian Pengangkutan mesti menjelaskan bagaimana angka-angka ini dapat diterjemahkan menjadi 26 juta metrik tan kargo setiap tahun pada tahun 2027," katanya.

c51196c9b599ade0e8fa652998dcb98e.png


Lau juga menimbulkan keraguan mengenai jumlah kos yang disebut oleh Kementerian Pengangkutan.
"Akan ada lebih banyak kerja kejuruteraan awam bawah Jajaran Utara versi baru, yang merangkumi kos terowong dan pembinaan dua jambatan yang menghubungkan stesen Jalan Kastam dengan Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Barat.

"Sudah diketahui umum bahawa kos terowong selalu menjadi elemen yang mahal dalam setiap kerja kejuruteraan awam.
"Juga, pengambilan tanah untuk Jajaran Utara sebahagian besarnya terdiri dari tanah kediaman, komersial dan perindustrian sedangkan terdapat lebih banyak tanah pertanian di Jajaran Selatan," katanya.

Menurut Lau juga, tidak masuk akal kenyataan Jajaran Utara cuma akan memakan belanja hanya RM50 bilion - lebih rendah daripada kos ECRL2.0 melalui Jajaran Selatan dan pembinaan pintasan Serendah digabungkan.

Selain itu, katanya pengambilan tanah untuk Jajaran Selatan dilakukan pada tahun 2019 dan penilaian akan berdasarkan dua tahun lalu, berbanding dengan nilai semasa jika pengambilan tanah untuk Jajaran Utara dilakukan sekarang.
Jelasnya lagi, Jajaran Selatan diposisikan secara strategik untuk melalui Nilai yang merupakan zon industri dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Lau berkata, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali perlu menyatakan pendiriannya mengenai penjajaran semula itu.

Ini, katanya Jajaran Selatan disusun ketika Azmin menjadi menteri hal ehwal ekonomi PH.

Dia juga mendesak Adun Sijangkang dari PAS Ahmad Yunus Khairi dan Ahli Parlimen Kuala Langat Xavier Jayakumar, yang berpaling tadah dari PKR untuk menyokong PN, supaya menyatakan pendirian mengenai isu berkenaan.

Kata Lau, kawasan yang diwakili pemimpin ini akan terjejas dengan Jajaran Utara.
mempertimbangkan ketika konstituen mereka kalah dengan penjajaran utara.
Malaysiakini telah menghubungi pejabat Wee untuk maklum balas.


 
Sponsored Post

Megat Al Fateh

Active Member
Messages
1,735
Joined
May 6, 2019
Messages
1,735
Reaction score
899
Points
81
thai dah tiru idea ni

skrg samada nak buat railways atau highway je utk hubungkan port diorang

kalau dah siap tu.. port dkt penang, melaka, kelang, ptp dgn singapore pun boleh lengang tu..
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,554
Points
721
terewongdungun_1622625155.jpg

Projek ECRL Terowong Dungun di Terengganu mencapai penembusan terowong sepanjang 871 meter, enam bulan lebih awal daripada jadual asal. - Foto arkib NSTP

ECRL: Penembusan Terowong Dungun siap 6 bulan lebih awal​


KUALA LUMPUR: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mencatatkan satu lagi pencapaian dengan penembusan Terowong Dungun sepanjang 871 meter di Terengganu, enam bulan lebih awal daripada jadual asal.


Kejayaan itu juga dilakar kurang dua bulan selepas penembusan terowong ECRL yang pertama di negeri itu, Terowong Paka sepanjang 1.1 kilometer (km) pada 9 April lalu.


Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata dengan penembusan itu kerja keseluruhan infrastruktur untuk Terowong Dungun dijangka siap sepenuhnya pada suku kedua tahun depan.


"Kerja keras warga ECRL, termasuk jurutera, perancang dan pekerja pembinaan di Terowong Dungun harus dipuji kerana kerja terowong yang sudah digali sedalam 98,111 meter padu tanah dan batuan itu berjaya dilakukan secara selamat dengan pergerakan tanah yang minimum," katanya.

Letupan terakhir di Terowong Dungun pada 29 Mei lalu menembusi halangan yang terletak 12 meter dari pintu masuk terowong selepas kira-kira 641,520 jam masa kerja membabitkan 100 kakitangan ECRL, menggunakan kaedah gerudi dan letupan menembusi batu luluhawa sederhana.


Kerja penggalian bagi Terowong Dungun mencapai tahap kemajuan 97.4 peratus, sebelum aktiviti penembusan dilakukan sementara lapisan kekal terowong mencapai kemajuan memberangsangkan iaitu 702 meter panjang.


Dengan ketinggian 11.8 meter dan lebar 12.9 meter, Terowong Dungun dibina bagi mengelak penebangan terbuka dan memelihara hutan simpan apabila melintasi kawasan Kuala Dungun.


Mohd Zuki berkata, projek ECRL mempunyai 58 terowong di sepanjang seksyen jajaran ECRL yang merangkumi jarak 665 km.


Katanya, kerjasama padu dan perkongsian pengetahuan antara MRL dan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL) akan melancarkan kerja penggalian terowong sekali gus memastikan prestasi kejuruteraan seperti yang dijadualkan atau lebih awal daripada jadual.


"Kami berasa bangga kerana projek ECRL masih mencapai tahap kemajuan lebih awal daripada jadual iaitu 22.62 peratus pada bulan Mei 2021 walaupun pandemik COVID-19 mengurangkan waktu bekerja dan tenaga kerja di tapak pembinaan," katanya.


Sementara itu, Pengarah Urusan CCC-ECRL, Bai Yinzhan yang juga kontraktor kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pelaksanaan projek (EPCC) yakin kakitangan ECRL dapat melakukan kerja dengan baik walaupun di bawah pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.


"Kakitangan kami memberikan usaha berterusan terhadap kontraktor tempatan dan rakan kongsi projek Bumiputera bagi memastikan ketersediaan tenaga kerja, bahan dan jentera binaan apabila diperlukan.


"Kami berterima kasih terhadap sokongan dan kerjasama diberikan subkontraktor serta kakitangan seksyen empat terhadap dua pencapaian yang amat membanggakan dalam tempoh dua bulan ini," katanya.
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,437
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,437
Reaction score
22,258
Points
1,831
Awards
1
Syabas Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) atas ketibaan mesin pengorek terowong (TBM) pertama dari Shanghai, China. Saya berharap kerja-kerja pengorekan di jajaran Seksyen C projek ECRL dapat segera dimulakan dengan lancar dan selamat sejurus TBM dipasang semula di tapak projek di Bentong, Pahang.

Berdasarkan lawatan kerja saya ke Tunjong, Kota Bharu Kelantan pada 10 April lalu untuk meninjau perkembangan projek ECRL, saya yakin MRL dan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL) dapat memulakan operasi pengorekan terowong dengan cekap serta mengikut pematuhan SOP pencegahan COVID-19 yang diperlukan.

Ketibaan TBM merupakan detik penting bagi projek ECRL yang akan melengkapkan ‘jambatan darat’ seterusnya menghubungkan Kelantan hingga ke Pelabuhan Klang pada masa akan datang untuk industri kargo. Ia juga dapat menghubungkan para penumpang dari Pantai Timur dan Barat.

Kita akan melihat kecanggihan TBM ini di Bentong setelah ianya siap dipasang semula dan memulakan kerja-kerja pengorekan terowong dalam beberapa bulan lagi.

……….

Congratulations to Malaysia Rail Link Sdn Bhd on the arrival of the first of two tunnel boring machines (TBM) from Shanghai, China. I hope that the excavation works can begin smoothly and safely as soon as possible for the ECRL’s Section C portion after the TBMs are reassembled at main contractor's project site near Bentong, Pahang.

Based on my previous visit on 10 April to the ECRL project’s Tunjong base camp in Kota Bharu, Kelantan to get a progress update, I am confident that MRL and China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd will begin the tunneling operations efficiently and of course, according to the necessary COVID-19 precautions.

Taking delivery of the TBM is a key milestone for the East Coast Rail Link project linking Kelantan all the way to Port Klang as the "landbridge" bridge of the future for our rail cargo industry and giving more transport options to link our communities on the West and East Coasts.

We will find the right time to go to Bentong to have a closer look at these incredible machines, after they are assembled and ready to operate in the next few months.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,501
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,501
Reaction score
17,706
Points
2,536
Awards
1
ECRL | Kerja Pengorekan Terowong Genting Bermula Suku Ke-4 2021

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) memasuki fasa baharu dengan ketibaan Mesin Pengorek Terowong (TBM) pertama bagi memulakan kerja pengorekan laluan rel di Malaysia.

Mesin berteknologi tinggi berkenaan akan digunakan untuk mengorek terowong berkembar Genting sepanjang 16.39 kilometer antara Bentong dan Gombak pada suku keempat tahun ini.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,191
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,191
Reaction score
3,196
Points
261
Awards
1
Nape kita tak buat kapal korek sendiri
Pakai kapal komunis plak
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,501
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,501
Reaction score
17,706
Points
2,536
Awards
1
Walaupun namanya Terowong Kuantan, uniknya terowong Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) itu ialah sebahagian besar laluan tengahnya berada di negeri Terengganu meskipun ‘jalan’ masuk dan keluar terletak di Pahang.

Ketua Pembinaan Infrastruktur Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Noor Azlan Salleh berkata hanya 34 peratus atau 976 meter (m) daripada 2.8 kilometer (km) panjang keseluruhan terowong itu berada di negeri Tok Gajah manakala bakinya melintasi bumi Terengganu.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,501
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,501
Reaction score
17,706
Points
2,536
Awards
1
PROJEK ECRL | Kerja Pembinaan Lancar Dan Dijangka Siap 2026

Kerja pembinaan laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berjalan lancar dan projek mega bernilai kira-kira RM50 bilion itu dijangka siap mengikut jadual pada 2026.

Pembinaan 59 terowong sepanjang landasan sejauh 665 kilometer antara Kota Bharu, Kelantan dan Pelabuhan Klang, Selangor juga rancak dilakukan.

Ia termasuk terowong Kuantan di sempadan Pahang dan Terengganu.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,935
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,935
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
Tarikh Siap ECRL Kekal Pada 31 Dis 2026 - Wee Ka Siong

05.10.2021 - Kuala Lumpur, Sasaran penyiapan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) masih kekal setakat ini iaitu pada 31 Dis 2026 bagi seksyen A dari Kota Bharu ke Dungun dan B dari Dungun ke Temerloh, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini. Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata penyiapan Seksyen C iaitu dari Temerloh ke Pelabuhan Klang dijangka mengalami kelewatan selama 12 bulan iaitu pada 31 Dis 2027. Dari segi kemajuan projek, beliau berkata hingga 31 Ogos lepas, pembinaan keseluruhan projek ini telah mencapai kemajuan sebenar sebanyak 23.96 peratus berbanding jadual sebanyak 25 peratus, lewat sedikit daripada jadual iaitu 1.04 peratus akibat pelaksanaan PKP.

Hingga tempoh sama, katanya bagi seksyen A, kemajuan kerja fizikal telah mencapai 11.59 peratus berbanding jadual sebanyak 12.01 peratus, manakala bagi seksyen B, 28.04 peratus berbanding jadual sebanyak 26.9 peratus merangkumi kerja-kerja tanah dan pembinaan terowong di Dungun, Paka dan Kuantan.

“Kerja-kerja awalan bagi pembinaan terowong di Gambang, Sri Jaya, Gedung Siam dan Paya Pasir juga giat dijalankan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau menjawab soalan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) yang mahu tahu perkembangan terkini projek ECRL setakat ini dan jangkaan perubahan tarikh siap projek itu. Bagi Seksyen C, Wee berkata kerajaan kini masih mengkaji jajaran terbaik bagi memastikan projek berkenaan memberi impak ekonomi yang maksimum.

“Jajaran yang terbaik dan memberi impak maksimum kepada rakyat seperti yang diumumkan pada 5 April 2021. Dalam hal ini, adalah penting ECRL dipastikan tersambung secara strategik dengan jaringan logistik rel kebangsaan. Dalam hal ini, cadangan penjajaran balik kepada jajaran utara asal, iaitu Temerloh-Gombak-Serendah dan dilanjutkan ke Pelabuhan Klang telah dipertimbangkan oleh Jemaah Menteri pada 21 Ogos 2020 dan Mesyuarat Majlis Perancangan Fizikal Negara pada 13 Ogos 2020 serta diluluskan secara prinsip oleh Jemaah Menteri pada 21 Ogos 2020 dan 2 Sept 2020,” katanya.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/594119
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
33,935
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,935
Reaction score
4,387
Points
296
Awards
1
Menteri Jangan Syok Sendiri, Mana Kontraktor Bumiputera Dalam Projek ERCL?

05.10.2021 - Kuala Lumpur, Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong menjadi sasaran kritikan Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang menekan presiden MCA itu mengenai penglibatan bumiputera dalam Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Tajuddin mencelah ketika Timbalan Speaker Dewan Rakyat Rashid Hasnon hendak memanggil June Leow (Pakatan Harapan-Hulu Selangor) untuk bertanya soalan tambahan kepada Wee semasa sesi soal jawab di Parlimen hari ini.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada menteri, tetapi saya ingin mengemukakan satu soalan. Penglibatan kontraktor bumiputera dalam projek itu tidak ada. Tidak ada. Sila teliti perkara ini. Menteri, jangan terlalu 'syok sendiri'. Bagaimana dengan penglibatan kontraktor bumiputera dan penglibatan kontraktor tempatan dalam ERCL?" soal Tajuddin, meskipun Rashid berusaha untuk menghentikannya.

Leow berjaya mengajukan soalannya setelah ucapan Tajuddin, tetapi ketika Wee sedang menjawabnya, Tajuddin mencelah lagi. Susulan itu, Wee hanya memberitahu Ahli Parlimen Pasir Salak, "Nanti kita sembang," sebelum menyelesaikan jawapannya kepada Leow. Pada bulan Mei, Tajudddin ditamatkan perkhidmatan sebagai pengerusi Prasarana Malaysia Bhd selepas dikecam susulan sidang medianya mengenai kemalangan LRT yang menyebabkan ratusan cedera dan enam di unit rawatan rapi (ICU).

Leow ketika bertanya meminta Wee untuk mengemaskini mengenai status terkini projek ERCL pada parlimen.

"Sehingga 31 Ogos 2021, kemajuan keseluruhan projek pembinaan mencapai 23.96 peratus berbanding kemajuan yang dijadualkan sebanyak 25 peratus. Ini sedikit lebih lambat dari yang dijadualkan kerana pelaksanaan perintah kawalan pergerakan," kata Wee.

Dia mengatakan bahawa pada masa ini, Kementerian Pengangkutan menjangkakan penyelesaian Bahagian A dan B mengikut jadual, iaitu pada 31 Des 2026. Walau bagaimanapun, penyelesaian Bahagian C yang dipertikaikan dijangka mengalami kelewatan 12 bulan, pada 31 Disember 2027. Mengulas lanjut, katanya untuk Bahagian A dari Kota Bharu hingga Dungun, pembinaan enam stesen iaitu Kota Bharu, Pasir Putih, Jerteh, Bandar Permaisuri, Kuala Terengganu dan Dungun telah diluluskan pada 14 Mei 2030, dan pada 31 Ogos, 2021, kemajuan telah mencapai 11.59 peratus berbanding dengan rancangan 12.01 peratus.

"Kerja-kerja fizikal juga dilakukan secara aktif di Bahagian B dari Dungun ke Temerloh. Sejak disambung semula pada bulan Julai 2019, kemajuan kerja fizikal di bahagian ini telah mencapai 28.04 peratus berbanding 26.9 peratus yang dijadualkan, meliputi kerja tanah dan pembinaan terowong di Dungun, Paka dan Kuantan. Kerja awal untuk pembinaan terowong di Gambang, Sri Jaya, Gedung Siam dan Paya Pasir juga sedang dilakukan," tambah Wee.

Dia mengatakan untuk Bahagian C, yang bermula dari Temerloh ke Pelabuhan Klang, kerajaan telah mengkaji penjajaran terbaik untuk memastikan ECRL memberikan kesan ekonomi maksimum. Wee mengumumkan awal tahun ini bahawa Bahagian C telah kembali ke penjajaran asal seperti yang dicadangkan pada 2016-2017 di bawah pemerintahan BN tetapi diubah semasa Pakatan Harapan berkuasa.

"Penjajaran yang dicadangkan kembali ke penjajaran utara yang asal, iaitu Temerloh-Gombak-Serendah dan diperluas ke Pelabuhan Klang, dipertimbangkan oleh kabinet pada 21 Ogos 2020, dan Majlis Perancang Fizikal Negara pada 13 Ogos 2020, juga dipersetujui secara prinsip oleh kabinet pada 21 Ogos 2020, dan 3 September 2020," katanya.

Wee berkata, Kementerian Pengangkutan telah mengadakan 37 pertemuan perundingan dengan 17 agensi di Selangor, mencadangkan penyelesaian teknikal untuk menangani masalah sosial dan alam sekitar seperti Permatang Kuartza dan Empangan Batu.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/594157
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register