BTC USD 34,569.7 Gold USD 1,834.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

China bina, biayai projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL)

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,501
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,501
Reaction score
17,706
Points
2,536
Awards
1
ECRL | Pelaksanaan Tidak Bermotifkan Politik

Keputusan untuk kembali ke jajaran asal, projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang juga dikenali jajaran ECRL 3.0 adalah untuk memaksimumkan kelebihan dari segi ekonomi dan teknikal bagi keseluruhan projek serta kesan limpahannya.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,950
Joined
Jul 1, 2008
Messages
35,950
Reaction score
2,737
Points
261
Awards
1
Sudah la.. bia je la kekal.. asal tukar kerajaan semua kene delay keje bila nak siap.. sampah betul la political ni
 
TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,501
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,501
Reaction score
17,706
Points
2,536
Awards
1
Sudah la.. bia je la kekal.. asal tukar kerajaan semua kene delay keje bila nak siap.. sampah betul la political ni

Kalau duk ubah² je
Memang lambat la siap
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,581
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,581
Reaction score
15,816
Points
2,066
Awards
1
#BHnasional Jajaran asal akan membabitkan laluan dari Mentakab ke Pelabuhan Klang melalui Bentong, Gombak dan Serendah
https://bit.ly/3cPsw4b

269C3B12-8FAC-4814-B3B2-9C0F71B6C067.jpeg

C9356DB9-6067-43AC-AAAB-26E81036B008.jpeg

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,581
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,581
Reaction score
15,816
Points
2,066
Awards
1
Exco Negeri Sembilan juga tidak bersetuju dengan jajaran baru yang dihasratkan Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong itu.

1617696315021.png

Isu ECRL: 'Tindakan Putrajaya macam pembuli besar' - Exco Selangor​

Diterbitkan 5 Apr 2021, 8:08 pm

Dikemaskini 10:31 am

Exco Selangor dan Negeri Sembilan mengkritik Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong kerana bertegas melaksanakan Jajaran Utara projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL).
Exco Selangor Teng Chang Khim menyifatkan Putrajaya bertindak seakan "pembuli besar" dan mengatakan kerajaan negeri tidak akan membantu perolehan tanah untuk projek tersebut.

“Selangor tidak akan melakukan perolehan tanah untuk kerajaan persekutuan jika ia bertegas mahukan Jajaran Utara untuk ECRL (yang dicadang ketika) era BN itu.
"Kerajaan persekutuan bertindak seperti pembuli besar untuk membuat keputusan secara sepihak setelah gagal meyakinkan kerajaan negeri mengenai Jajaran Utara," katanya pada catatan Facebook.

Kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa atas tanah.
Teng mengulas Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong yang sebelum ini berkata kementerian itu berhasrat meneruskan ECRL walaupun Selangor menentang Jajaran Utara.

8abbf3f7ea3314806b9afbf98d1e0ad8.jpg

Wee berkata dia kesal penentangan berterusan Selangor walaupun kementeriannya telah bertemu dengan agensi negeri sebanyak 37 kali selama sembilan bulan terakhir untuk menyelesaikan kebimbangan mereka.
Wee menegaskan isu-isu yang dibangkitkan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah juga telah ditanganinya
Malaysiakini telah menghubungi Pejabat Menteri Besar Selangor Amirudin Shari untuk mendapatkan maklum balas.

'Negeri Sembilan tercicir'
Sementara itu, Exco Negeri Sembilan Teo Kok Seong menuduh Wee menganaktirikan negeri itu.
Jajaran Utara tidak melalui Negeri Sembilan tidak seperti Jajaran Selatan sebelum ini yang melintasi negeri itu.
"Langkah ini untuk kembali ke jajaran ECRL yang asal sebagaimana yang diusulkan oleh pentadbiran BN itu bermaksud untuk mengecualikan Negeri Sembilan.

c51196c9b599ade0e8fa652998dcb98e.png

"Ini tindakan diskriminasi terhadap orang Negeri Sembilan. Pengumuman ini meletakkan perbezaan politik melebihi kepentingan nasional [...],” kata Teo pada satu kenyataan.
Oleh itu, dia mendesak Putrajaya mempertimbangkan semula keputusannya.
Teo memegang portfolio exco kesejahteraan bandar, perumahan, kerajaan tempatan dan kampung baru.

'Desakan Wee mencurigakan’
Sementara itu, Teng berkata Selangor telah menyelesaikan "kerja-kerja awal" perolehan tanah untuk Jajaran Selatan ECRL.
Exco pelaburan, perindustrian dan perdagangan, perusahaan kecil dan sederhana itu membidas Putrajaya kerana membuang masa.

Dia juga mempersoalkan desakan Wee terhadap Jajaran Utara ECRL.

"Desakan terhadap Jajaran Utara dan tindakan tergesa-gesa kementerian tidak dapat dijustifikasikan dan jelas mencurigakan," kata Teng.
Wee mengadakan sidang media hari ini menggariskan kelebihan penjajaran laluan terbaru projek ECRL, yang dijuluki "ECRL 3.0".

Katanya, bukan saja kosnya lebih murah walaupun jaraknya 25km lebih jauh, ia juga akan membawa lebih banyak kargo dan penumpang.
Menurutnya, dijangkakan cuma terdapat sedikit kesan negatif projek ini terhadap masyarakat setempat dan alam sekitar.
[Baca laporan asal]

0b2b2595e652d394b656ea7a992621c4.png

CyberMachine

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,059
Joined
Oct 1, 2009
Messages
23,059
Reaction score
643
Points
171
tak paham...apa yang kepentingan nasionalnya perbezaan kalau lalu n9 dgn lalu selangor
 
GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,950
Joined
Jul 1, 2008
Messages
35,950
Reaction score
2,737
Points
261
Awards
1
Bukan ecrl ni utara kedah ke johor pastu ke kelantan terengganu ke??
 
hiduprakyat

Super Active Member
Messages
6,533
Joined
Dec 6, 2010
Messages
6,533
Reaction score
466
Points
91

Penjajaran semula ECRL rancakkan ekonomi Kelantan

mb_1617863307.jpg

KOTA BHARU: Penjajaran semula projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ke laluan asal bakal merancakkan lagi ekonomi Kelantan.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, berkata keputusan itu akan membolehkan lebih ramai rakyat dapat berniaga di luar Kelantan.

Katanya, Kelantan menerima sahaja keputusan penjajaran semula asalkan pembinaan ECRL itu sampai ke negeri itu dan memberi manfaat kepada rakyat.

"Pembinaan ECRL ini bukan sahaja ada menyediakan koc penumpang, malah koc kargo untuk memudahkan penghantaran barang-barang niaga," katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Pasar Awam dan Penyerahan Kuarters Kerajaan Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh di sini, hari ini.

Penjajaran semula projek ECRL ke laluan asal dilihat tepat kerana mempunyai integrasi jalinan hubungan yang baik dengan pengangkutan awam lain.

== berita harian
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,581
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,581
Reaction score
15,816
Points
2,066
Awards
1

Terowong pertama ECRL di Terengganu siap 6 bulan lebih awal​

April 9, 2021 11:41 PM

ECRL-Zuki-Ali-trowong-bernama-942021.jpg

Kemajuan kerja di Terowong Paka hasil usaha dan komitmen kira-kira 100 kakitangan ECRL dari semua peringkat dan kerja sivil pembinaan terowong itu dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama 2022. (Gambar Bernama)

DUNGUN: Kerja penggalian Terowong Paka projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), di sini mencapai kemajuan sehingga 98.5% dan siap enam bulan lebih awal daripada dijadualkan, kata Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Mohd Zuki Ali.

Beliau berkata, penggalian terowong itu dilakukan dengan pantas dan cekap, meskipun berdepan pelbagai cabaran ketika fasa pembinaan, termasuk rundingan semula kerajaan Malaysia dan China serta penangguhan kerja pembinaan selama sembilan bulan disebabkan Covid-19.

“Pencapaian (sehingga 98.5%) merupakan hasil usaha selama 620,000 jam bekerja dengan pelaksanaan kaedah gerudi dan letup terowong yang berjaya menembusi batuan granit terluluhawa sederhana semasa kerja penggalian bagi Terowong Paka.

“Aktiviti letupan dilakukan pakar letupan tempatan dengan dipantau kontraktor utama ECRL, China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL).

“Lapisan kekal terowong mencapai kemajuan memberangsangkan yang merangkumi 850m dengan ketinggian 11.8m dan kelebaran 12.9m,” katanya selepas merasmikan upacara letupan terakhir Terowong Paka.

Zuki berkata, terowong itu dibina untuk mengelak penebangan terbuka serta memelihara hutan simpan apabila melintasi kawasan pesisiran daerah itu.

Penggalian bermula dari pintu masuk terowong (portal utara) pada April 2018, namun dihentikan pada Julai 2018 kerana penangguhan projek ECRL untuk rundingan semula di antara kedua-dua kerajaan dan ia disambung pada Ogos 2019, selepas pelancaran semula projek ECRL pada 25 Julai 2019.

Zuki, yang juga ketua setiausaha negara berkata, kemajuan kerja di terowong itu adalah hasil usaha dan komitmen kira-kira 100 kakitangan ECRL dari semua peringkat dan kerja sivil pembinaan terowong dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama 2022.

“Penembusan terowong hari ini hasil kerjasama dan sokongan MRL serta CCC-ECRL yang mempraktikkan teknologi, peralatan, perancangan dan aspek keselamatan bertahap tinggi dalam kejuruteraan serta pembinaan terowong.

“Penglibatan pekerja tempatan dalam pembinaan terowong juga amat membanggakan dengan adanya jurutera dan juruteknik berkemahiran…pengalaman mereka akan dimanfaatkan untuk pembinaan lebih banyak terowong pada masa akan datang,” katanya yang turut menegaskan tiada sebarang penambahan bajet sebagaimana diputuskan sebelum ini.

Zuki berkata, penembusan terowong kedua di Terengganu dijangka dilakukan pertengahan Jun ini, selepas penggalian Terowong Dungun sepanjang 871m yang kini mencapai tahap lebih 760m.

“Pembinaan projek ECRL giat dijalankan dengan pembinaan beberapa terowong yang panjangnya berjumlah 14.9km di Seksyen B (Dungun-Mentakab).

“Kebanyakan terowong mencapai tahap kemajuan optimum bagi kerja penggalian keseluruhan projek yang kini mencapai 21.39% pada Mac 2021.”

Katanya, terdapat 59 terowong dalam projek ECRL dan berharap kejayaan pembinaan terowong Paka akan menjadi dorongan dalam memastikan keseluruhan projek ECRL (kira-kira 61km) dapat disiapkan mengikut jadual.

Projek ECRL yang merangkumi rangkaian rel sepanjang 665km akan merentasi negeri di Pantai Timur, iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum menghubungkan Lembah Klang di Pantai Barat Semenanjung.

ECRL menjimatkan masa perjalanan dan akan menghubungkan Kota Bharu dengan Terminal Bersepadu Gombak (ITT) dalam masa 4 jam.

ECRL | 59 Terowong Dijangka Siap 2026

Sebanyak 59 terowong Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka siap menjelang tahun 2026.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register