BTC USD 35,225.6 Gold USD 1,834.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

China bina, biayai projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL)

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,501
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,501
Reaction score
17,707
Points
2,536
Awards
1
ecrl_peta.transformed.jpg

BEIJING: Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) sepanjang 620 kilometer (km) menerusi Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11) akan dibina dan dibiayai oleh China

Kontrak pembinaan dianugerahkan kepada syarikat China Communication Construction Company Ltd (CCCC) manakala perjanjian kewangan akan dibuat dengan Export-Import Bank of China (EXIM)

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, berkata Malaysia mendapat pinjaman kewangan kompetitif dari China yang jauh lebih rendah berbanding pasaran antarabangsa

"Projek ini mempunyai pelbagai kesan positif. Bandar kecil seperti Mentakab, Dungun dan Tumpat di sepanjang laluan akan mendapat faedah dari segi pembangunan," katanya kepada media selepas menyambut ketibaan Datuk Seri Najib Razak di Hotel China World di sini, hari ini

Mohd Irwan berkata, butiran kontrak dan rangka kerja pinjaman akan ditandatangani pada lawatan Perdana Menteri ke China ini

Katanya, pembinaan landasan itu akan memudahkan pelbagai produk keluaran pantai timur dibawa ke pantai barat, terutama Pelabuhan Klang

"Ini akan menjadikan pasaran lebih kompetitif kerana kos pengangkutan rendah, selain menaikkan taraf hidup penduduk," katanya

Mohd Irwan berkata, projek berimpak tinggi itu boleh dimulakan tahun depan jika semua urusan berkaitan selesai hujung tahun ini

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/208042
 
Laluan ECRL Terengganu diubah

ecrl_1487248905.jpg

Kuala Nerus: Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Pantai Timur bakal dimulakan Julai ini membabitkan beberapa perubahan laluan di Terengganu

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ia mengekalkan lapan stesen dengan pindaan lokasi stesen dan penambahan empat jejari jajaran berbanding dua sebelum ini

Beliau berkata, mengikut cadangan asal, ia membabitkan jarak sepanjang 234 kilometer (km) dari Kampung Raja ke Kemaman tetapi cadangan baru adalah sejauh 227 km dengan cadangan bagi empat jejari jajaran adalah 71 km

"Ia membabitkan jarak sejauh 298 km yang mana kita mengekalkan Stesen Kampung Raja, Stesen Penarik, Stesen Dungun dan Stesen Chukai

"Selain itu, kita turut mencadangkan stesen baru iaitu Stesen Kuala Nerus, Stesen Kuala Telemong dan Stesen Pengkalan Berangan yang pada asalnya adalah Stesen Ajil serta Stesen Kemasik bagi menggantikan Stesen Paka

"Bagaimanapun, Stesen Bukit Besar tidak dapat direalisasikan kerana merentasi banyak kawasan pembangunan selain radius dan sudut laluan terlalu tajam yang tidak sesuai dengan kelajuan kereta api

"Perubahan dilakukan kerana beberapa faktor seperti lokasi tidak sesuai dan keselamatan yang mana pemilihan lokasi baru berdasarkan konsep pelancongan dan warisan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Bantuan Am Jabatan Kebajikan Masyarakat Penerima-penerima Dalam Pusat Daerah Mengundi Seberang Takir Pantai, di sini, hari ini

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2017 mengumumkan kerajaan akan membina landasan kereta api laju dari Kuala Lumpur ke Terengganu seterusnya ke Tumpat, Kelantan membabitkan perbelanjaan keseluruhan RM55 bilion yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2022

http://www.hmetro.com.my/node/206590

Sponsored Post

a b c d e f

Super Active Member
gem
Messages
8,409
Joined
Oct 28, 2010
Messages
8,409
Reaction score
1,075
Points
151
Aku risau tengok permainan cina.

Dari mesia ke africa sume dia sebat... negeri2 berhutang dengan dia, teknologi dia eksport, pakai pekerja dia serata dunia, bahan semulajadi sume dia kawal.

Dan dia jugak pakar dalam merisik.
 

TengkuHaadi

Active+ Member
Messages
4,344
Joined
Mar 24, 2008
Messages
4,344
Reaction score
471
Points
41
Dah lama aku berangan ada pengangkutan kereta api dari Kelantan - Terengganu - Pahang.

Tapi yang ni lagi baik sebab menghala ke sebelah pantai Barat semenanjung.
 

sunway

Active Member
Messages
1,538
Joined
Aug 8, 2007
Messages
1,538
Reaction score
12
Points
25
Aku risau tengok permainan cina.

Dari mesia ke africa sume dia sebat... negeri2 berhutang dengan dia, teknologi dia eksport, pakai pekerja dia serata dunia, bahan semulajadi sume dia kawal.

Dan dia jugak pakar dalam merisik.

Bak kata mcm filem p.ramlee, baik ada makna tu..
 

mamaimran

Super Active Member
Messages
6,048
Joined
Jun 14, 2009
Messages
6,048
Reaction score
146
Points
73
Pong pang sembang bergegor dlm parlimen ingatkan kerajaan ader duit, ghupernya buat loan jugak...kihkih
 

rezeki2014

Active Member
Messages
1,028
Joined
Jan 30, 2014
Messages
1,028
Reaction score
5
Points
25
kihkih.. nanti kita tengok je la
kalau jadi syukur lah tapi jgn lah mcm ada udang sebalik mee goreng hihi
 

sangbogol

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,193
Joined
Dec 12, 2007
Messages
25,193
Reaction score
52
Points
120
kihkih.. nanti kita tengok je la
kalau jadi syukur lah tapi jgn lah mcm ada udang sebalik mee goreng hihi

u dang disebalik batu tetap ada,orang bowdow je yang saja2 nk bagi pinjaman dengan kadar yang murah keh keh
 

BnT

Super Active Member
Messages
9,740
Joined
Sep 25, 2011
Messages
9,740
Reaction score
157
Points
73
Yes...lps ni tkyah drive nak gi KL dan kota bahru...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register