BTC USD 96,831.2 Gold USD 2,673.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

China Beri 30 Hari Bebas Visa Untuk Pemegang Pasport Malaysia

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
64,315
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
64,315
Reaction score
7,067
Points
916
Awards
1
22.11.2024 - China akan melanjutkan tempoh bebas visa untuk 38 negara yang layak, termasuk pemegang pasport Malaysia, dari 15 hari ke 30 hari. Langkah ini akan berkuat kuasa mulai 30 November tahun ini sehingga akhir tahun 2025, menurut laporan Sinchew Daily. Jurucakap Kementerian Luar Negeri China, Lin Jian berkata kemudahan tempoh bebas visa ini juga akan diperluas kepada pengunjung untuk program pertukaran. Ini selain tujuan pelancongan, perniagaan, sosial dan transit seperti yang dibenarkan dalam sistem bebas visa semasa. China sebelum ini memperkenalkan perjalanan bebas visa selama 15 hari secara percubaan kepada rakyat Malaysia mulai 1 Disember tahun lalu hingga 30 November tahun ini.​

1732279735824.png

Sebagai balasan, Malaysia juga membenarkan pelawat dari China melawat tanpa visa sehingga 30 hari. Pada Mei lalu, China melanjutkan skim bebas visa ini sehingga akhir tahun 2025 tetapi mengekalkan tempoh 15 hari. Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi kemudian memaklumkan China telah bersetuju melanjutkan tempoh kepada 30 hari selepas perjanjian dimeterai. Malaysia juga sedang berunding dengan China untuk melanjutkan tarikh akhir pengecualian bebas visa ini kepada 31 Disember 2026, berbanding akhir tahun 2025.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/726784
 
Back
Top
Log in Register