BTC USD 43,132.4 Gold USD 1,750.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

China Arah Khidmat Hantar Makanan Beri Gaji Minima, Hormati Hak Pekerja

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
27.07.2021 - Beijing, Pekerjaan yang menjadi sandaran individu yang kehilangan kerja kerana pandemik di Malaysia ialah menjadi penghantar makana dan bungkusan. Pekerjaan ekonomi gig ini turut mendapat bantuan kerajaan dengan pelbagai pakej bantuan diumumkan ketika belanjawan tahun lalu. Di China, pasaran perkhidmatan penghantaran makanan adalah amat kompetitif dengan terdapat banyak rakan penghantar yang terpaksa bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan pelanggan.

Kerajaan China mendengar rungutan dari pekerja dan telah mengeluarkan garis panduan baharu bagi melindungi hak mereka. Pertama sekali syarikat kini perlu membayar gaji minimum kepada kesemua rakan penghantar. Pekerja juga perlu dilepaskan dari permintaan algoritma yang dilihat tidak adil kepada pekerja. Pada waktu yang sama pekerja perlu dibenarkan menubuhkan kumpulan kesatuan pekerja dan menerima caruman wang simpanan untuk keselamatan di hari tua.

Garis panduan baharu ini dilihat sebagai satu lagi cara Beijing untuk mengawal syarikat teknologi yang dilihat terlalu berkuasa di China. Akibat pengumuman yang dilakukan semalam, saham beberapa syarikat penghantaran seperti Meituan terjejas sehingga 14%. Antara rungutan pekerja ialah barangan perlu dihantar dengan pantas bagi mengelakkan penalti dikenakan dalam bentuk pemotongan komisen, masa bekerja yang panjang dan risiko kemalangan kerana mengejar masa.​

1627351190973.png
 

CG Sponsors




Top
Log in Register