Chikunya Merebak ke Negeri Sembilan

CG Sponsors




Yajmi

Fun Poster
Joined
Nov 5, 2008
Messages
300
Reaction score
2
Points
15
117 kes Chikungunya seluruh NS disah positif

SEREMBAN – Sehingga minggu ke-50, jumlah keseluruhan kes Chikungunya yang telah dilaporkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan adalah sebanyak 194 kes, yang mana daripada jumlah tersebut sebanyak 117 kes disahkan positif manakala 77 disyaki.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Zainal Ariffin Omar, berkata, penyakit Chikungunya telah dilaporkan berlaku di semua daerah di negeri ini dan buat masa ini, situasi penyakit tersebut berada dalam keadaan terkawal dan tiada lokaliti wabak baru terlibat.

Menurutnya, lokaliti terkini kes Chikungunya yang dikenal pasti adalah di kawasan Kuning Mantin, Seremban (satu kes disahkan) dan Kampung Malan Dangi, Kuala Pilah (satu kes disyaki).

“Kes Chikungunya terakhir yang dilaporkan adalah pada 12 Disember lalu,” katanya dalam kenyataan akhbar kepada pejabat Sinar Harian, di sini, semalam.

Dr Zainal memberitahu, orang ramai tidak perlu bimbang dan panik mengenai penyakit ini kerana apa yang paling penting adalah sentiasa mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan persekitaran masing-masing.

“Jika ada di antara penduduk yang mengidap demam, pihak jabatan memohon kerjasama mereka bagi mendapatkan rawatan segera di klinik serta hospital berhampiran dengan kadar segera,” katanya.

Sehubungan itu, katanya lagi, Jabatan Kesihatan negeri akan sentiasa menjalankan aktiviti pencegahan serta kawalan penyakit dari masa ke semasa merangkumi promosi kesihatan kepada orang ramai, kajian Aedes di kawasan terlibat serta semburan pengasapan bagi membunuh nyamuk Aedes yang dijangkiti.

“Selain itu, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000) akan dikuatkuasakan di premis-premis yang disyaki mempunyai risiko pembiakan jentik-jentik," katanya.

Jelasnya, buat masa ini, jabatan masih terus melakukan pemantauan kes-kes Chikungunya yang dilaporkan di klinik-klinik kesihatan dan hospital.

Dr Zainal mengharapkan langkah proaktif yang dilaksanakan ini dapat membentuk masyarakat supaya lebih prihatin tentang aspek kesihatan sekali gus mengawal masalah demam denggi dan Chikungunya di negeri ini.

hati2 ar korang suma aku baru je lepas baik dr penyakit bawaan nyamuk nie :((
 
Sponsored Post

alep

Fun Poster
Joined
Oct 6, 2008
Messages
498
Reaction score
16
Points
15
chikungunya.......law kna xmerangkak la..hehe
 

haQ

Active+ Member
Joined
Jan 28, 2006
Messages
3,237
Reaction score
55
Points
35
aku rasa aku tgh kena sakit nih lah..
 

Yajmi

Fun Poster
Joined
Nov 5, 2008
Messages
300
Reaction score
2
Points
15
aku rasa aku tgh kena sakit nih lah..
baik ko g cek kat doc ar bro...kasi injek 2 dos kat montot...aku kena azab weiiii 3-4 hari xbleh bgun nak bukak botol air pun xlarat nak bgun jgan ckp ar...
 

bellaluna

Legendary Member
Joined
Jun 12, 2008
Messages
11,891
Reaction score
2
Points
115
nenek aku da kene aritue.

cpt gile plak dier spread. #:-S#:-S
 

hanamichie

Active Member
Joined
Mar 14, 2008
Messages
2,297
Reaction score
1
Points
25
ari tu ramai org kg aku kene.. sampai aku nak balik kg pun risau
 

snowhazel_orange

Legendary Member
Joined
May 13, 2008
Messages
10,685
Reaction score
4
Points
115
nenek hazel pon kena..
kat melaka ar..
dah baik dah..

sepupu hazel cakap..
just makan panadol je..
sakit memang sakit..
biasela akan baik lepas makan ubat..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register