BTC USD 37,812.3 Gold USD 1,776.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Chicken Pox / Cacar Air

lan_mcd

Active Member
Joined
Sep 2, 2010
Messages
1,230
Reaction score
55
Points
30
Pengenalan

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.
chicken%20pox.jpg


Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).
Tanda dan Gejala

Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Komplikasi

Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:

Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).
Komplikasi akibat chicken pox:
Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.
Rawatan

Ubatan anti-viral :
Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).

Rawatan antibiotik
Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.

Rawatan di rumah

Sapu losyen calamine.
Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
Panadol untuk demam
Pencegahan

Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.
 
Sponsored Post

BlackPepper

Active+ Member
Joined
Oct 26, 2009
Messages
4,906
Reaction score
50
Points
30
penah kena dulu... gatal xtau nk kata rasa xmo pakai baju... gelembung merata2.. lama2 dia membesar pastu bercantum antara satu sama lain... perghh... #:-S#:-S
 

myheart75

Fun Poster
Joined
Oct 25, 2010
Messages
260
Reaction score
3
Points
20
Petua agar bekasnya tak hitam.
Jangan makan kicap.
dan cuka (petua cina)
tiada tanda walau sedikit pun.
 

lan_mcd

Active Member
Joined
Sep 2, 2010
Messages
1,230
Reaction score
55
Points
30
kalu kesan yg berkawah tu camne yer?

disini dikongsikan sedikit petua untuk menghilangkan kesan parut daripada campak / cacar air / chicken pox ini.

1. Cari daun pokok asam jawa dan bedak sejuk
2. tumbuk lumat daun asam jawa tadi dan dicampur dengan bedak sejuk
3. campur dengan air jampi (air yang dibaca al-fatihah,selawat syifa' dan lau anzalna)
4. gaul sehingga sebati
5. sapukan pada badan samada malam atau pun siang.
6. bilas menggunakan air bacaan.
7. ulangi sehingga parut pada badan hilang.

InsyaAllah berkesan.. selamat mencuba.. :):)
 

myheart75

Fun Poster
Joined
Oct 25, 2010
Messages
260
Reaction score
3
Points
20
kalu kesan yg berkawah tu camne yer?
Petua yg saya ada sebelum tanda tu ada,bagi yg ada dah tanda ,saya tak tahu pula.
saya kena chikenpox tahun 2006 ,dah 4 tahun berlalu ,tapi takda 1 tanda pun kat muka atau badan.
hampir 4 tahun gak saya tak makan cuka dan kicap.
kicap bagi hitam parut.
cuka pula memberi parut.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register