Chelsea makin angkuh di puncak

Recommended Brokers


wokyoh fx

Super Active Member
Joined
Aug 25, 2010
Messages
7,156
Reaction score
48
Points
70
dah dah...
cukup la semusim sebagai pedoman..
tak baik angkuh angkuh nie..
tengok MU santai jer kat puncak no 7..:)):))


masa ni mata pun main kat chelsea lagi wooo.. :)):))





LONDON - Pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo yakin tiada apa yang mampu menyekat langkah anak-anak buahnya dalam misi memburu gelaran juara Liga Perdana England musim ini.

Kelmarin, skuad The Blues terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu liga apabila berjaya mencatatkan kemenangan 4-1 ke atas Norwich City di Stamford Bridge.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan anak-anak buah Di Mattteo kini selesa menerajui carta liga dengan 19 mata selepas mengharungi tujuh perlawanan.

Lebih manis, Chelsea masih mengekalkan rekod tanpa kalah apabila merekodkan enam kemenangan dan satu seri dalam saingan setakat ini.

"Keputusan pada perlawanan hari ini (kelmarin) telah memberikan saya keyakinan bahawa kami (Chelsea) mampu melakukan apa sahaja, sekali gus kekal fokus dalam misi mencapai matlamat kami.

"Ia membuktikan betapa semua pemain bersikap profesional dan memberikan maklum balas yang positif.

"Kami memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kekuatan kami dan kami cuba mencatatkan kemenangan dalam setiap perlawanan dengan barisan pemain yang kami miliki.

"Kami berjaya mencipta banyak peluang dan menjaringkan banyak gol dengan penjaring yang berbeza. Ia membuktikan bahawa kami tidak mengharapkan kepada seorang pemain sahaja.

"Pasukan ini berada dalam keadaan baik. Para pemain menikmati setiap perlawanan dan aksi mereka. Mereka merupakan individu yang bertuah dapat melaksanakan tugas ini," kata Di Matteo.

Bagaimanapun pada aksi kelmarin, Chelsea terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan awal pasukan pelawat menerusi Grant Holt pada minit ke-11.

Namun, gol tersebut tidak bertahan lama apabila penyerang Sepanyol, Fernando Torres kembali menyamakan kedudukan buat skuad The Blues menerusi jaringan yang dilakukan tiga minit kemudian.

Perancang veteran England, Frank Lampard turut meletakkan nama dalam senarai penjaring apabila meledak gol kedua buat Chelsea pada minit ke-22 sebelum Eden Hazard meledak gol ketiga minit ke- 33.

Branislav Ivanovic memastikan kemenangan selesa buat Chelsea apabila meledak gol keempat pada minit ke-76. - Agensi
 
Sponsored Post

mustapai

Junior Member
Joined
Jan 28, 2014
Messages
66
Reaction score
0
Points
6
mata mata mata...kesian plak kat dia x dapat merasa nk pegang cup...
 

eh?

Super Active Member
Joined
Dec 7, 2009
Messages
8,633
Reaction score
70
Points
70
Terima kasih la jual mata
Gol assist gol assist
Tiap tiap game
Smlm motm
 
Sponsored Post
Top
Log in Register