Chelsea Chelsea Fan Club

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
277,098
Reaction score
11,192
Points
2,376

* Sejarah *

" Pemilik dan peminat berpisah tiada "

Tidak lama lagi Stamford Bridge akan ditutup dan kerja pembinaan untuk stadium baru akan bermula. Chelsea dijangka menyewa stadium Wembley sehingga 2023/24 kelak.

Chelsea pernah mengalami pasang surutnya semasa era Ken Bates membeli kelab pada harga 1 pound tetapi perlu menanggung hutang kelab berjuta pound nilainya. 1994, Ken Bates menawarkan pegangan saham dalam kelab kepada sesiapa yang berminat dalam rangka usaha memodenkan kelab barat London itu.

Tawaran Bates berbalas apabila Matthew Harding, seorang tokoh perniagaan British yang juga peminat tegar Chelsea menyahut cabaran Bates. Harding melaburkan sebanyak 26.5 juta pound sterling untuk kelab itu. 7.5 juta untuk pembinaan semula North Stand dibelakang gol dalam rangka menuruti spesifikasi baru yang ditetapkan untuk kelab-kelab football league selepas tragedi Hillsborough. 16.5 Juta pula untuk membeli pegangan freehold Stamford Bridge dan dana pembelian pemain baru.

Keunikan Stamford Bridge ini ialah pemilikan padang mereka, meskipun Stamford Bridge itu RUMAH pasukan chelsea tetapi padang,tanah,teres stadium itu milik pihak lain iaitu Chelsea Pitch Owner iaitu NGO yang diwujudkan sendiri oleh Ken Bates pada 1992 untuk memastikan dia mendapat sokongan dari penyokong Chelsea berkenaan status pemilikan tanah Stamford Bridge itu. Masalah berakar umbi sejak 80an apabila ada ura ura mengatakan Chelsea bakal diusir dari Stamford Bridge dan bakal dirobohkan untuk projek komersial. Maka dengan itu CPO diwujudkan dengan mereka yang membentuk NGO ini mengumpul duit dan membeli padang daripada pihak pemaju hartanah iaitu Cabra Estate, malangnya berlaku property crash dan Ken Bates mengambil peluang itu untuk memiliki tanah stamford bridge dari pemaju yang bankrap. Oleh itu wang yang diperoleh itu akan digunakan untuk merenovasi Stamford Bridge.
Dalam situasi sebegini, win win situation bila Bates memberikan hak pemilikan stadium dan tanah kepada CPO manakala Chelsea menggunakan wang jualan itu untuk membaikpulih stadium.
Jadi penyokong Chelsea ada jaminan dalam tangan yang kelab kesayangan mereka akan terus kekal disana selagi CPO wujud.

CPO membeli padang itu dengan harga 10.2 juta dengan kelab menjadi penjamin, oleh hal yang demikian CPO memberikan Chelsea hak pajakan selama 199 tahun. Roman pernah mencuba membeli hak dan menghapuskan CPO ini tetapi tidak mendapat sokongan majoriti. Ini memastikan supaya Chelsea terus kekal dimana ia berada sekarang. Tanpa perlu berpindah stadium.

Situasi ini dapat dilihat di West ham united, mereka membayar 2.5 juta setahun untuk sewa guna padang stadium olimpik London. Para penyokong tidak mampu berbuat apa-apa kerana upton park/Boleyn Ground bukan milik mereka. Hal berpindah kawasan ini bukan baru, Arsenal satu ketika dulu dikenali sebagai Woolwich Arsenal tetapi disebabkan mereka berpindah ke utara London jadi mereka hanya boleh menggunakan nama Arsenal kerana Woolwich itu lokasi di selatan London.

Berbalik kepada Matthew Harding tadi, beliau mendapat sambutan baik dari penyokong Chelsea meskipun kurang sependapat dengan Ken Bates. Chelsea sedang berada dalam transformasi yang baik dari segi prestasi dalam dan luar padang.

22 Oktober 1996....
Usai saja perlawanan piala liga melibatkan Chelsea dan Bolton di tempat lawan, Harding pulang menaiki helikopter bersama 4 yang lain termasuk juruterbang helikopter. Punca nahas itu adalah kerana kecuaian dan juruterbang kurang mahir dan berpengalaman dalam menangani situasi cuaca buruk.

Atas dasar memperingati jasa Mattew Harding, teres North Stand telah dinamakan sempena namanya. Tanpa pelaburannya stand berwajah baru itu tidak akan dapat disiapkan.

Yang Benar,
#ApostolosVelios

Eksklusif hanya di Info EFL Championship
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
277,098
Reaction score
11,192
Points
2,376
#bolatime #epl Kecederaan berpanjang musim lalu memaksa Loftus-Cheek disisihkan dari skuad Chelsea.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
277,098
Reaction score
11,192
Points
2,376
Sponsored Post
Top
Log in Register