Chef Malaysia dedah rahsia restoran halal di Jepun guna daging khinzir.

CG Sponsors




naning

Active+ Member
Joined
Mar 3, 2013
Messages
4,149
Reaction score
433
Points
41
KUALA LUMPUR: “Kami mohon maaf kepada rakyat Malaysia beragama Islam yang pernah makan di restoran itu.

“Memang rasa bersalah sangat kerana kami tahu bahan yang disediakan seperti daging adalah tidak halal serta sijil halal yang dipamerkan juga dibuat sendiri pemilik restoran,” kata Hafizee Ismail, 29, seorang daripada empat bekas cef sebuah restoran mempromosikan makanan halal di Osaka, Jepun ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, dia bersama Megat Danial Aizat Megat Ariffin, 32, Mohamad Rafael Faiq Mohd Jamaluddin, 23, dan Mohd Shazuan Shafiq Mohd Hisham, 25, mengambil keputusan berhenti daripada menjadi cef di situ dan pulang ke Malaysia, Selasa lalu kerana tidak mahu bersekongkol dengan pemilik restoran terbabit.

“Harapan kami tiada lagi Muslim Malaysia tertipu dengan promosi halal di situ kerana kami sendiri lihat dan tahu bahan yang diproses dari kilang bercampur daging ****,” katanya.

Hasrat mereka untuk mendedahkan keadaan sebenar bagaikan ditunjuk jalan apabila secara kebetulan bertemu dengan aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di restoran itu, minggu lalu yang dalam rangka lawatan sempena promosi halal anjuran pemilik restoran terbabit.

Katanya, sejak sebulan lalu, mereka berniat menceritakan perkara sebenar namun memikirkan faktor keselamatan selain belum dibayar gaji, mereka terpaksa memikirkan cara lain untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa di Malaysia memandangkan restoran terbabit menjadi tumpuan pelancong dari tanah air.

“Sebelum ini, kami dimaklumkan restoran itu menyediakan menu halal dan menawarkannya kepada pelawat khususnya dari Malaysia untuk mendapat makanan halal tanpa was-was.

“Tetapi Allah itu maha mengetahui apabila bulan lalu ketika mengambil stok bahan mentah dari kilang di Kobe, kami dapati daging yang dikatakan halal dicampur dengan daging **** dan dipotong menggunakan mesin sama.

“Terkejut dengan keadaan itu, kami berjumpa pemilik restoran berbangsa Arab dan dia berjanji memastikan perkara berkenaan tidak berulang serta akan sertu mesin berkenaan untuk kegunaan restorannya.

“Bagaimanapun, ia tidak berlaku menyebabkan kami mencari jalan menghebahkannya kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya sambil memberitahu mereka mengadakan pertemuan dengan Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan untuk memaklumkan perkara terbabit, semalam.

Dia menjadi cef di restoran itu sejak hampir dua tahun lalu manakala tiga yang lain diterima bekerja di situ pada Oktober lalu.

Megat Danial berkata, dia curiga apabila ternampak kotak mempunyai label tidak halal dihantar ke restoran itu oleh pembekal kerana sebelum ini mereka dimaklumkan restoran hanya menyediakan makanan halal.


DAGING ayam yang dibekalkan kepada restoran terbabit.

Menurutnya, pemilik restoran turut mempromosikan perniagaannya di Facebook dan menjadi antara restoran tumpuan pelancong dari Malaysia yang melawat Osaka.

Katanya, di sekitar kawasan itu, terdapat beberapa lagi restoran yang menawarkan makanan halal namun tidak begitu mendapat sambutan daripada pengunjung.

“Setiap bulan, kami menerima pelanggan antara 1,500 hingga 2,600 orang mengikut musim dan bayangkan bagaimana rasa bersalahnya kami apabila menghidangkan makanan tidak halal kepada orang Muslim sehinggakan kami nekad berhenti.

“Hujung bulan lalu, pemilik restoran mengadakan program promosi halal khusus untuk negara kita.

“Di situ kami bertemu wakil PPIM Zulkarnain Abdul Rahman yang kebetulan dijemput sama dan kami ceritakan perkara sebenar untuk meminta bantuan.

“Alhamdulillah, kami berhenti dan pulang ke Malaysia, Selasa lalu.

“Niat kami cuma untuk memastikan tiada lagi rakyat Malaysia ditipu dan kami tidak mahu bersubahat dengan pemilik yang hanya menggunakan Islam sedangkan dia tidak mempunyai sijil halal yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Jepun. Itu yang dia sendiri maklumkan kepada kami,” katanya.

Sementara itu, Nadzim berkata, pihaknya sudah merujuk perkara berkenaan kepada JAKIM dan akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat bagi mengetahui status sebenar isu terbabit.

“Kita anggap isu ini serius kerana membabitkan soal halal dan restoran itu menjadi tumpuan rakyat Malaysia. Saya ucap terima kasih kepada empat cef ini yang berani tampil biarpun terpaksa mencari kerja lain.

“PPIM juga ingin menasihatkan kepada warga Malaysia yang ingin mencari tempat makan halal di luar negara lebih berhati-hati agar tidak ditipu mereka yang ingin mengambil kesempatan,” katanya.


https://www.hmetro.com.my/utama/2018/12/401379/nekad-enggan-subahat-metrotv
 
  • Like
Reactions: TT
Sponsored Post

naning

Active+ Member
Joined
Mar 3, 2013
Messages
4,149
Reaction score
433
Points
41
Siapa pernah pergi Jepun dan makan kat restoran ni sila angkat tangan. Hehe
 

HakuLar

Active Member
Joined
Feb 5, 2011
Messages
1,118
Reaction score
27
Points
40
dh lama keje br skrg bgtau? hurmmm..
 

akiyamasan

Active+ Member
Joined
Mar 10, 2011
Messages
3,622
Reaction score
824
Points
81
Tokey Arab yang x tahan tu..jilake betul
 

naning

Active+ Member
Joined
Mar 3, 2013
Messages
4,149
Reaction score
433
Points
41
Teringat aku masa pergi Bangkok. Kita orang masuk restoran yg ada tanda halal. Lepas order makanan aku rasa nak buang air, jadi aku pergilah ke kawasan belakang dapur. Masa lalu kawasan dapur tu aku ternampak ada botol2 arak dan juga tempat sembah macam kuil kecik yg ada colok tu. Terus aku batalkan order dan sekolahkan pekerja2 restoran tu.
 

ykenobi

Super Active Member
Joined
Nov 19, 2008
Messages
6,422
Reaction score
14
Points
65
kami berjumpa pemilik restoran berbangsa Arab dan dia berjanji memastikan perkara berkenaan tidak berulang serta akan sertu mesin berkenaan untuk kegunaan restorannya.
jilake pak arab...nak untung jer...haram halal pejam mata...
 

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,137
Reaction score
798
Points
166
halamak.. kenaps tak bagi tau nama kedai... tp kat malaysia pun sama gak... ramai yang sibab
 
Last edited:

waddy

Fun Poster
Joined
Jul 12, 2008
Messages
821
Reaction score
29
Points
20
kalau tgk kat youtube..

yang padubeb tu main langgar je makan kat jepun...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register