'Check-in' ramai-ramai...

Recommended Brokers


cyber99

Fun Poster
Joined
Mar 5, 2011
Messages
791
Reaction score
81
Points
20
'Check-in' ramai-ramai...

Share
0


ANGGOTA penguat kuasa JAIK (berdiri kiri) memeriksa sebuah bilik yang disewa sembilan lelaki dan tiga wanita di sebuah hotel murah di Lebuhraya Darulaman. FOTO Ihsan JAIK


AMAT mengejutkan apabila sembilan remaja lelaki belasan tahun ditemui bersama tiga remaja perempuan dalam sebuah bilik hotel di Lebuh Raya Darulaman, dekat Alor Setar, semalam.

Kesemuanya berusia antara 16 hingga 19 tahun ditemui dalam serbuan oleh sepasukan anggota polis bersama anggota Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) di hotel itu, 11.45 pagi semalam.

Ketika serbuan, mereka sedang tidur dan seorang daripadanya membuka pintu selepas terdengar ketukan pintu dari luar.

Bilik yang disewa mereka itu kecil namun mereka sanggup berhimpit bagaikan tin sardin.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Undang-undang Syariah JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pada mulanya, pihaknya menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat di bilik hotel berkenaan.

Beliau berkata, selepas diperiksa, terdapat sembilan lelaki dalam bilik berkenaan dalam keadaan mencurigakan dengan keadaan fizikal mereka rambut pelbagai warna selain mengesyaki mereka terbabit dengan gejala tidak sihat.

“Tindakan curiga mereka menyebabkan kami menyerahkan kes itu kes kepada polis kerana mengesyaki mereka terbabit dengan aktiviti berkaitan dadah.

“Kebanyakan mereka berasal dari Kuala Nerang, Pendang, Alor Setar, Sungai Petani, Pulau Pinang dan Perlis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Radzi berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka tidak mempunyai sebarang hubungan mahram.

Berikutan itu, kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Kota Setar untuk tindakan lanjut selepas kes diserahkan kepada polis.

“Sehubungan itu ibu bapa diminta supaya mengawasi anak masing-masing supaya tidak terjebak dengan aktiviti tidak bermoral,” katanya.

 
Sponsored Post

imatheonlyone

Legendary Member
Joined
Mar 11, 2009
Messages
12,488
Reaction score
313
Points
141
Kalau da sampai sembilan orang Tu tong la duit Cari hotel 3 star ke atas Bo do
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
31,572
Reaction score
1,268
Points
206
bukan gang bang ni.
ni geng2 BBNU rebel tak tentu hala.
 

QIPIDELANA

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
8,600
Reaction score
162
Points
78
Apa nak jadi bdk2 ni.Terikut sgt budaya barat.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
260,030
Reaction score
8,751
Points
2,226
Kalau da sampai sembilan orang Tu tong la duit Cari hotel 3 star ke atas Bo do
Selesa sikit nak duk dalam tu kalau hotel 3 ⭐ ke atas
Ni jenis asal boleh je kot
 

jaih

Super Active Member
Joined
Jan 14, 2006
Messages
9,512
Reaction score
227
Points
73
siap ada teddy bear hahahah
 

stonz

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Sep 18, 2008
Messages
4,235
Reaction score
117
Points
43
diorang penat buat food panda ni. lagipun semua berpakaian lengkap. hanya tumpang tido disebabkan rumah semua jauh2.... ujar salah seorang remaja terbabit

vavi
 
Sponsored Post
Top
Log in Register