JDT Chapter 2: ACL Group G | VISSEL KOBE v JDT | 12.2.2020 -pm | Kobe Stadium | Foxsport

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,263
Reaction score
21,044
Points
1,671
JDT 'juara' media sosial

KUALA LUMPUR: Bukan sahaja menguasai permainan dia atas padang, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) turut menjadi 'juara' dalam senarai pengikut di laman media sosial berbanding pasukan lain dalam Liga Malaysia (Liga M).

Berdasarkan data yang dikeluarkan kelab berkenaan, JDT yang juga juara Liga Super enam kali berturut-turut sejak 2014 mengumpul 3.6 juta jumlah pengikut di tiga laman sosial utama.

Kelab itu mendedahkan, JDT mempunyai hampir 2.5 juta pengikut di laman Facebook, 900,000 pengikut di Instagram dan 217,000 pengikut di laman Twitter.

"Pasukan Liga Super Malaysia yang lain seperti Kedah mempunyai pengikut seramai 902,000 pengikut diikuti Selangor dengan 505,000 pengikut dan Perak dengan 180,000 pengikut laman sosial," kata kelab itu semalam.

"Jumlah ini sekali gus jauh meninggalkan pengikut laman sosial pasukan lain bukan hanya di Malaysia tetapi juga antara yang tertinggi di peringkat ASEAN.

"Di Indonesia yang mempunyai jumlah penduduk melebihi 270 juta, Persib Bandung muncul pasukan paling popular di media sosial dengan 14.9 juta pengikut diikuti Persija Jakarta dengan 6.6 juta pengikut.

"Di Thailand, Muangthong United mempunyai pengikut terbanyak dengan 2.6 juta manakala Buriram United dengan 2.1 juta pengikut. Kelab Filipina, Ceres Negros mempunyai 65,000 pengikut manakala kelab Singapura Home United dengan 26,000 pengikut."

JDT tidak menolak kemungkinan kejayaan mereka di peringkat Asia banyak menaikkan populariti Harimau Selatan dan dengan memiliki laman sosial dwibahasa, ia memudahkan peminat tempatan dan asing memahami kandungan yang disampaikan kelab.

_O56qV5u.jpg
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,263
Reaction score
21,044
Points
1,671
TAHAP KECERGASAN PEMAIN HARIMAU SELATAN DIPANTAU MENERUSI UJIAN DARAH

Tahap kecergasan para pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) berterusan dipantau oleh barisan kejurulatihan menerusi ujian darah yang diambil untuk mengukur kandungan asid laktik di dalam tubuh badan mereka.

Sampel darah pemain yang diambil akan diuji menggunakan sebuah mesin yang mana keputusan diberikan dalam bentuk nombor. Julat 5 sehingga 12 menandakan tahap latihan berat yang dilakukan oleh pemain.

Selain daripada dapat mengetahui keputusan ujian serta merta melalui penggunaan mesin tersebut, informasi mengenai paras asid laktik ini juga membantu barisan kejurulatihan mengetahui tahap pemulihan pemain. Luaskan Kuasamu Johor.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,263
Reaction score
21,044
Points
1,671
"Saya hanya mempunyai perkara yang baik untuk dikatakan tentang kelab dan orang di sini, dan saya menyukainya setiap detik.

"Saya datang dari Liga Australia dan pada pandangan saya, tiada satu pun kelab di Liga A yang mempunyai fasiliti, protokol, barisan kejurulatihan dan pengurusan seperti ini. Jadi ianya sangat menakjubkan untuk berada di sini. Saya sangat bertuah dan bersyukur sebagai pemain bola sepak untuk mengalami fasiliti ini dan tahap perhatian yang diberikan kepada para pemain.

"Perkara-perkara kecil seperti makanan sihat yang disediakan kepada anda selepas latihan. Sejurus selesai latihan, anda mempunyai mesin krioterapi, sauna infra merah, bilik pemulihan, mandian ais... ianya sangat menakjubkan jika dilihat tahap perhatian yang diberikan kepada pemain-pemain. Ianya perkara-perkara kecil dari segenap sudut. Kelab ini diuruskan dengan sangat baik."

— Matt Davies

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,263
Reaction score
21,044
Points
1,671
Liga M tetap disambung 26 Ogos

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menegaskan tarikh penyambungan semula saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini masih kekal seperti dirancang pada 26 Ogos.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) semalam dilaporkan akan mengadakan mesyuarat sama ada wajar atau tidak Liga M diteruskan susulan perkembangan semasa kes COVID-19 di negara ini yang dilihat semakin meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan bagaimanapun sudah berhubung dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengenai perkara itu.

Beliau mengesahkan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang membenarkan kejohanan kontak penuh seperti bola sepak bermula 15 Ogos 2020 masih kekal.

"Keputusan untuk menyambung semula Liga M seperti dirancangkan adalah kekal. Tiada perubahan setakat ini di mana semua pasukan Liga M kini sedang giat melakukan persiapan rapi," katanya.

Sebelum ini, Liga M yang ditangguhkan sejak 16 Mac lalu akan kembali bersambung pada 26 Ogos dengan aksi serentak Liga Super dan Liga Perdana manakala saingan Piala Malaysia akan bermula pada 17-18 Oktober depan.

Bagaimanapun, perlawanan tertunda iaitu aksi Liga Super yang menemukan PJ City FC dengan Terengganu FC serta perlawanan Liga Perdana antara UKM FC dan Kelantan akan berlangsung lebih awal pada 22 Ogos.

Selain itu, Ab Ghani turut mengingatkan semua pihak termasuk pemain dan pegawai pasukan mengikuti prosedur standard operasi (SOP) serta mengekalkan momentum seperti sesi latihan Fasa 1.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,263
Reaction score
21,044
Points
1,671
TMJ tolak gaji siling

KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan tidak bersetuju sekiranya gaji siling diperkenalkan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Menerusi kenyataan ringkas di laman Twitter miliknya, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menjelaskan perkara paling penting adalah pengurusan kewangan yang baik dilakukan pengurusan kelab atau persatuan negeri.

"Pemain tidak memerlukan satu had gaji. Kelab mesti mempunyai disiplin dalam berbelanja dan sesetengah orang memerlukan profesion baharu," kata Tunku Ismail.

TMJ berkata demikian sebagai menyatakan pendiriannya selepas Setiausaha Agong Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon dilaporkan berkata pemain Liga M memerlukan gaji siling.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin sebelum ini menjelaskan sukar untuk melaksanakan gaji siling bagi pemain Liga M.

Malah, BH Sukan sebelum ini turut melaporkan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) juga menolak had gaji tertentu ditetapkan ke atas pemain.

Apa yang menjadi masalah ketika ini adalah pasukan dilihat masih belum belajar daripada pengalaman lalu apabila melakukan perbelanjaan melebihi kemampuan.

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md Nor semalam mendedahkan persatuan itu terpaksa menanggung hutang RM10.6 juta susulan perbelanjaan besar oleh pengurusan lama dalam mendapatkan pemain.

Malah, beliau turut mendedahkan ada pemain Helang Merah yang dibayar gaji terlampau tinggi mencecah RM125,000 sebulan.

N94uapmu.jpg
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,263
Reaction score
21,044
Points
1,671
Malaysia tuan rumah saingan ACL Zon Timur

hbUPndV0.jpg


KUALA LUMPUR: Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memilih Malaysia sebagai tuan rumah bagi perlawanan Kumpulan G dan H bagi Zon Timur saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini.


Perlawanan peringkat kumpulan itu dijadualkan berlangsung dari 17 Oktober hingga 1 November ini tetapi gelanggang perlawanan masih lagi belum diputuskan.

Kumpulkan G membabitkan wakil negara iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT) selain Vissel Kobe (Jepun), Guangzhou Evegrande (China) dan Suwon Samsung Bluewings (Korea Selatan).

Sementara itu, Kumpulan H diisi Yokohama F Marinos (Jepun), Jeonbuk Hyundai Motors (Korea Selatan), Sydney FC (Australia) dan Shanghai SIPG (China).

Malaysia juga akan menjadi tuan rumah bagi pusingan 16 terbaik yang akan membabitkan pertembungan wakil pasukan dari kedua-dua kumpulan itu pada 4 November.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,263
Reaction score
21,044
Points
1,671
Kedudukan Hariss bersama JDT timbul tanda tanya

JOHOR BAHRU: Juara Liga Super enam musim berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) kemungkinan besar terpaksa melupakan khidmat kapten pasukan, Hariss Harun pada aksi liga yang akan bersambung 26 Ogos ini.

Ini selepas kelibat pemain antarabangsa Singapura itu tidak kelihatan pada sesi latihan pasukan sejak 17 Jun lalu, sekali gus menimbul tanda tanya peminat.

Hariss difahamkan sebelum ini mengalami kecederaan lutut yang mungkin mengambil tempoh masa lama untuk pulih sekali gus terpaksa melupakan saingan liga yang membabitkan tujuh perlawanan.

Malah belum pasti sama ada dia boleh beraksi pada saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) yang akan bersambung Oktober ini.

Kelibat Hariss tidak diturunkan pada aksi skuad Harimau Selatan menentang FELDA United pada 14 Mac lalu yang menyaksikan kedua-dua pasukan seri 1-1, sebelum semua aksi saingan liga ditangguhkan akibat pandemik COVID-19

Skuad bimbingan Benjamin Mora akan kembali beraksi menentang Pahang di Stadium Darul Makmur, 26 Ogos ini dan kemudian akan kembali beraksi di Stadium Sultan Ibrahim apabila melayani kunjungan Perak, 1 September.

4EBiIG3Q.jpg
 
Sponsored Post
Top
Log in Register