JDT Chapter 2: ACL Group G | VISSEL KOBE v JDT | 12.2.2020 -pm | Kobe Stadium | Foxsport

CG Sponsors




Sponsored Post

MrDisc

Active Member
Joined
Dec 22, 2016
Messages
2,225
Reaction score
214
Points
38
Kobe pon kobe laa..

Janji bunga api rimau terbang 2 ekor jinak atas bumbung stdm daun pisang gelang patah.

stdm nama jati melayu punya..

InshaALLAH sambung 8game champion lagi..

Tunggu ronaldo kacak pula dtg stdm buat sambutan besday next time ya... 🙏🏼😅
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,263
Reaction score
21,044
Points
1,671
JDT kembali kibar cabaran di ACL

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) akan meneruskan aksi dalam Kumpulan G di kejohanan bola sepak Liga Juara-juara Asia (ACL), Oktober depan.

Berdasarkan kalendar perlawanan terkini yang dikeluarkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam laman sesawangnya, www.the-afc.com, hari ini, skuad Harimau Selatan akan menentang juara dua kali ACL, Guangzhou Evergrande dari China pada 17 Oktober, sebelum berhadapan wakil Korea Selatan, Suwon Samsung Bluewings, enam hari kemudian.

JDT, kemudian akan menentang kelab Jepun, Vissel Kobe pada 29 Oktober, sebelum melengkapkan perlawanan pusingan awal berhadapan Guangzhou Evergrande pada 1 November.

AFC berkata semua perlawanan akan berlangsung di venue terpusat yang akan diumumkan kemudian.

Pada masa ini, JDT berada di tangga kedua Kumpulan G dengan mengutip tiga mata selepas dua perlawanan, dan ketinggalan tiga mata di belakang Vissel Kobe yang mengekalkan rekod tanpa kalahnya.

Pertandingan kelab bola sepak peringkat teratas Asia dan juga peringkat kedua Piala AFC ditangguhkan AFC sejak Mac lepas berikutan pandemik COVID-19.

AFC juga mengesahkan tarikh untuk lima lagi pertandingan selepas mengadakan perbincangan berterusan dengan ahli gabungannya.

Kejohanan Bola Sepak AFC B-19 di Uzbekistan akan berlangsung dari 14 hingga 31 Oktober, Kejohanan Futsal AFC di Turkmenistan (4 hingga 15 November) Kejohanan AFC B-16 di Bahrain (25 November hingga 12 Disember) sementara Kejohanan Kelab Futsal AFC 2020 di Emiriah Arab Bersatu dijadualkan berlangsung dari 2 hingga 13 Disember.

'Sepanjang perbincangan yang bermula di Kuala Lumpur, Doha, Dubai dan Delhi dalam Februari dan Mac, dan bersambung secara dalam talian sejak itu, kami bersetuju dengan kalendar perlawanan yang akan membolehkan kami melengkapkan kedua-duanya, kejohanan kelab dan kejohanan terpusat dalam 2020," menurut Setiausaha Agung AFC Datuk Windsor John.

Sebelum ini, AFC telah menjadualkan semula perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dari Mac, Jun dan September kepada Oktober dan November tahun ini kerana pandemik COVID-19. -BERNAMA

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,263
Reaction score
21,044
Points
1,671
game rapat2 tu
 

MrDisc

Active Member
Joined
Dec 22, 2016
Messages
2,225
Reaction score
214
Points
38
Haa...rapat pon rapat janji game rimau terbang stdm daun pisang ada semula...

Mau tgk seat recaro pakai kain rentang apa? mana tau ada robot A.I jadi fans ker kan... :D
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,263
Reaction score
21,044
Points
1,671
Kerajaan benarkan Liga M disambung 15 Ogos

PUTRAJAYA: Penantian pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang terpaksa 'berehat' lebih lima bulan sebelum ini berakhir selepas pertandingan itu dibenarkan untuk kembali bersambung, 15 Ogos ini.

Perkembangan itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media hariannya di sini, hari ini.

Ismail berkata, Mesyuarat Khas Menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersetuju membenarkan penganjuran kejohanan namun pertandingan yang tidak membabitkan penonton dan dilangsungkan di peringkat dalam negara sahaja.

"Justeru, sukan bersentuhan fizikal bagi sukan berpasukan seperti bola sepak, ragbi, hoki, sepak takraw dan skuasy dibenarkan bermula pada 15 Ogos ini.

"Contoh kejohanan untuk sukan berpasukan adalah Liga Super dan Liga Perdana bagi bola sepak, Liga Sepak Takraw (STL), Liga Hoki Malaysia (MHL) dan Liga Ragbi. Ini liga yang dibenarkan untuk memulakan pertandingan mereka nanti.

"Penganjuran pertandingan hanya terhad kepada kejohanan tempatan sahaja tanpa penonton dan tidak membabitkan perhimpunan ramai. Penganjuran acara antarabangsa yang membabitkan peserta luar negara tidak dibenarkan sama sekali buat masa ini.

"Bagaimanapun, pelaksanaan aktiviti sukan dan penganjuran kejohanan perlu diadakan dalam keadaan terkawal dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,263
Reaction score
21,044
Points
1,671
acl home tgguh dulu la

Penganjuran acara antarabangsa yang membabitkan peserta luar negara tidak dibenarkan sama sekali buat masa ini.
 

MrDisc

Active Member
Joined
Dec 22, 2016
Messages
2,225
Reaction score
214
Points
38
Game lwn pahang jek laa nie...adoii

Pahang pon pahang laa...janji sumareh hepy... player no 84 lagi hepy :LOL:

acl home tgguh dulu la

Penganjuran acara antarabangsa yang membabitkan peserta luar negara tidak dibenarkan sama sekali buat masa ini.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,263
Reaction score
21,044
Points
1,671
Kekalkan Liga M bermula awal September

KUALA LUMPUR: 'September lagi baik!'

Beberapa jurulatih Liga Malaysia (Liga M) mengharapkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dapat kekal dengan perancangan untuk memulakan kembali saingan domestik pada September sekalipun kerajaan sudah membenarkan pertandingan bola sepak untuk dilangsungkan bermula 15 Ogos ini.

Ini kerana aksi pada September mengikut ketetapan sebelum ini dapat memberi lebih banyak masa kepada pasukan untuk menjalani latihan lebih sempurna apatah lagi latihan penuh secara kontak hanya dibenarkan bermula 15 Julai.

Perkara itu diakui jurulatih Selangor, B Satianathan yang melihat aksi pada 1 September akan membantu persiapan pasukan yang lebih rapi sekali gus merancakkan kembali saingan apabila sepak mula berlangsung selepas 'digantung' sejak Mac lalu susulan penularan pandemik COVID-19.

"Sebagai jurulatih, saya rasa lebih baik ikut perancangan asal seperti pada September. Banyak masa diperlukan untuk kita kembali mendapatkan rentak kerana pemain sudah lama tidak memegang bola. Banyak kerja perlu dilakukan sebelum kita bermula secara kompetitif.

"Tetapi kalau Liga M bermula September, ia baik untuk pasukan liga dan kalau mula pada 15 Ogos pula, ia baik kepada skuad kebangsaan. Jadi, terpulang pada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tetapi kita sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan," katanya.

Nada sama dikongsi jurulatih PJ City, K Devan yang secara peribadinya melihat 1 September sebagai tarikh sesuai untuk saingan kompetitif bersambung kembali namun dia menegaskan tetap akur dengan sebarang keputusan diputuskan badan pengendali liga itu.

"Bagi isu ini, semuanya bergantung kepada keputusan MFL tetapi kalau mengikut pandangan saya, lagi baik kalau kita kekal dengan aksi pada September. Kalau bermula awal, mungkin ia akan beri sedikit kekurangan pada pasukan khususnya yang lambat memulakan latihan.

"Banyak perkara perlu diambil kira dan saya rasa pemain diberi ruang secukupnya untuk melakukan persiapan kerana kita tahu sudah lama mereka tidak beraksi. Apapun, kita akan patuh kepada apa yang akan diputuskan MFL nanti," katanya.

Sementara itu, jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah pula menjelaskan dia turut bersedia dengan sebarang kemungkinan apabila menganjakkan sesi latihan untuk pasukannya lebih awal berbanding perancangan awal pada 1 Ogos sekiranya saingan Liga Perdana bermula lebih awal.

"Kalau MFL mahu mulakan liga pada 15 Ogos pun, itu satu keputusan yang relevan sebab mereka sudah beri masa secukupnya untuk pasukan menjalani latihan sejak 15 Jun. Kita terima kalau 15 Ogos, kita main dan kalau September pun, kita main juga.

"Cuma dengan perkembangan semalam (kelmarin), kita ambil pendekatan untuk awalkan latihan dan cuba membuat persiapan yang sepatutnya supaya dapat mengadakan latihan bermula minggu hadapan," katanya.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register