JDT Chapter 2: ACL Group G | VISSEL KOBE v JDT | 12.2.2020 -pm | Kobe Stadium | Foxsport

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,263
Reaction score
21,044
Points
1,671
Liridon kini pemain naturalisasi kedua Harimau Malaya

KUALA LUMPUR: Penantian seluruh peminat bola sepak tanah air untuk melihat Liridon Krasniqi menyarung jersi keramat skuad Harimau Malaya akhirnya terjawab selepas dia kini sah bergelar pemain naturalisasi kedua negara.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam dengan mengesahkan pihaknya sudah mendapat surat kelulusan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Perkhabaran itu sudah pasti menimbulkan perasaan tidak sabar seluruh peminat untuk melihat pemain kelahiran Kosovo itu menggalas tugas selaku perancang tengah baharu skuad Harimau Malaya.

Stuart bagaimanapun turut mengesahkan masih belum mendapat perkembangan daripada FIFA mengenai permohohan seorang lagi bakal pemain naturalisasi, Guilherme De Paula.

"Memang kalau diikutkan perlawanan dengan UAE (Emiriah Arab Bersatu) dia (Liridon) sudah boleh main, tapi FIFA tak boleh keluarkan surat selagi dia tidak memenuhi syarat lima tahun (beraksi di Malaysia).

"Dia cukup syarat lima tahun pada 25 Mac lalu dan perlawanan kita berdepan UAE sepatutnya pada 26 Mac lalu. Selepas penangguhan aksi kelayakan Piala Dunia, mereka (FIFA) keluarkan surat," kata kepada BH Sukan, semalam.

Pada 3 Februari lalu, FAM mengumumkan Liridon mendapat taraf kewarganegaraan melalui penaturalisasian selepas menerima Mykad di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya.

Peluang untuk dia membuat penampilan pertama bersama Harimau Malaya berdepan UAE pada 26 Mac lalu mencetuskan tanda tanya selepas belum mendapat kelulusan daripada FIFA selain dia hanya akan melengkapkan syarat lima tahun sehari sebelum perlawanan itu.

Namun, penangguhan aksi kelayakan Piala Dunia 2022 tampak memberi tuah buat Liridon dan Harimau Malaya untuk tampil dengan senjata baharu berdepan UAE nanti.

Pemain Pahang, Mohamadou Sumareh sebelum ini adalah pemain pertama naturalisasi skuad Harimau Malaya.

 
Sponsored Post

MrDisc

Active Member
Joined
Dec 22, 2016
Messages
2,225
Reaction score
214
Points
38
Wah mat don in da house. Makin kuat rimau malaya mcm nie... :p
 

santes

Junior Member
Joined
Apr 9, 2019
Messages
88
Reaction score
8
Points
11
Lerr.. aku dah berbulan tak login sini. Masih lagi Vissel Kobe sampai ke sudah :ROFLMAO::LOL::ROFLMAO::LOL::ROFLMAO:
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,263
Reaction score
21,044
Points
1,671
klo covid xsetel ada can smpai hjung thn visel koba
 

MrDisc

Active Member
Joined
Dec 22, 2016
Messages
2,225
Reaction score
214
Points
38
Tuah tanah fedup dah bos...lama sangat nak bertapa kat gua PUTIH tercantik di asia tue... :D

Bos Depa menega lada hitam bos...7 keturunan makan tak abis duduk gua pon gua laa...

Anak buah gaji 5-6 angka angkat mineral jek kat rumah buat sit up...

Kita yg kt grassroot dah nak kuning2 tebal lalang hasil takde....

Jadi laa bos menega cincai dapat isi anak tekak nie... :LOL:

Lerr.. aku dah berbulan tak login sini. Masih lagi Vissel Kobe sampai ke sudah :ROFLMAO::LOL::ROFLMAO::LOL::ROFLMAO:
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,263
Reaction score
21,044
Points
1,671
Safawi dahului undian gol lencongan terbaik ACL

KUALA LUMPUR: Ledakan menarik penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid ketika menentang Shandong Luneng dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) tahun lalu berpotensi dinobatkan sebagai gol lencongan terbaik sepanjang kejohanan itu.

Berdasarkan undian peminat di laman web Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), jaringan Safawi mendahului empat pencabar lain selepas menerima 49 peratus undian daripada 127,000 pengundi setakat jam 1 tengah hari ini.

Pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu bagaimanapun masih belum selesa selepas hanya satu peratus sahaja mendahului pencabar terdekat, Mame Thiam dari pasukan Esteghlal.

Cabaran sengit tampak hanya wujud antara dua pemain itu selepas tiga calon lain termasuk bekas bintang Chelsea, Oscar yang mewakili Shanghai SIPG, Nam Tae-hee dari pasukan Lekhwiya dan Serginho (Kashima Antlers) hanya memperoleh satu peratus dari jumlah keseluruhan undian.

Keadaan itu sekali gus menyaksikan Safawi yang juga tonggak skuad Harimau Malaya berpeluang besar untuk mengharumkan nama Malaysia dan JDT di kejohanan tertinggi Asia.

Jaringan sepakan lencong dari kaki kiri yang dihasilkan pemain berusia 22 tahun terbabit pada 9 April 2019 itu juga sebelum ini sudah diundi sebagai jaringan kedua terbaik saingan ACL musim lalu.

Seluruh peminat masih mempunyai masa untuk mengundi jaringan Safawi sebelum AFC menutup proses undian jam 4 petang esok.

oapo9HTo.jpg
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,263
Reaction score
21,044
Points
1,671
chrome bkk incognito bole vote 2x
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,263
Reaction score
21,044
Points
1,671
menang la pawi
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,263
Reaction score
21,044
Points
1,671
JARINGAN SAFAWI RASID DIPILIH SEBAGAI JARINGAN LENCONG TERBAIK DI LAMAN WEB AFC

Jaringan cantik Safawi Rasid ketika menentang Shandong Luneng di Liga Juara-Juara AFC 2019 telah dipilih sebagai pemenang gol lencong terbaik menerusi undian yang dilakukan di laman web the-afc.com.

Gol tersebut menerima 50% undian dari jumlah 159,502 penyertaan. Tahniah diucapkan kepada Safawi dan terima kasih kepada mereka yang mengundi gol tersebut. Luaskan Kuasamu Johor.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register