JDT Chapter 2: ACL Group G | VISSEL KOBE v JDT | 12.2.2020 -pm | Kobe Stadium | Foxsport

CG Sponsors




Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,098
Reaction score
20,952
Points
1,661
Para pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menyumbangkan sebahagian daripada gaji kami kepada Tabung Bencana Negeri Johor dengan harapan ia dapat meringankan beban mereka-mereka yang terjejas disebabkan oleh penularan wabak COVID-19.

Penularan wabak COVID-19 telah mencabar setiap dari kita dan masyarakat perlu sama-sama berganding bahu menghadapi waktu mencabar ini.

Saya berharap sumbangan kami dapat membantu banyak pihak dan saya menyeru agar ramai lagi tampil ke hadapan dan melakukan apa jua bentuk sumbangan bagi membantu kita semua mengharungi episod gelap ini.

Hariss Harun, Kapten Kelab Bolasepak Darul Ta'zim

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,098
Reaction score
20,952
Points
1,661
2 bekas pemain bintang JDT iaitu Juan Martin Lucero dan Fernando Rodriguez dikatakan beraksi dengan sebuah pasukan di Argentina iaitu Defensa y Justicia.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,098
Reaction score
20,952
Points
1,661
ada jgk cite psl lucero
 

QIPIDELANA

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
9,060
Reaction score
212
Points
88
2 bekas pemain bintang JDT iaitu Juan Martin Lucero dan Fernando Rodriguez dikatakan beraksi dengan sebuah pasukan di Argentina iaitu Defensa y Justicia.

Mana 1 lucero ek?marquez ye la ada.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,098
Reaction score
20,952
Points
1,661
lucero pun dh xkenal eh
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,098
Reaction score
20,952
Points
1,661
Pemain JDT setuju potong 33 peratus gaji

KUALA LUMPUR: Pemain, jurulatih dan kakitangan skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) bersetuju memotong 33 peratus gaji mereka dalam usaha meringankan beban kelab selain membantu pihak yang terjejas susulan penularan COVID-19.

Perkembangan itu diumumkan menerusi laman rasmi Johor Southern Tigers, hari ini.

Menerusi kenyataan pasukan itu, mereka mengambil inisiatif terbabit atas dasar perikemanusiaan ekoran penularan wabak COVID-19 yang melanda semua lapisan masyarakat di negara ini.

“Pemain, jurulatih dan kakitangan JDT bersetuju untuk pemotongan gaji sebanyak 33 peratus.

“Mereka juga akan mendermakan sebahagian gaji mereka kepada Tabung Bencana Negeri Johor dalam usaha meringankan beban kelab serta masyarakat pada waktu yang mencabar ini,” kata pasukan itu.

Sebagai rekod, skuad Harimau Selatan itu menjadi pasukan pertama di negara ini yang melakukan pemotongan gaji susulan COVID-19.

Bukan sahaja JDT malah beberapa pasukan terkemuka di Eropah turut mengambil pendekatan sama untuk memotong gaji antaranya Juventus yang memotong gaji pemain untuk tempoh empat bulan.

Selain itu, Bayern Munich dan Borussia Dortmund turut memotong 20 peratus gaji pemain mereka susulan pandemik terbabit.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register