JDT Chapter 2: ACL Group G | VISSEL KOBE v JDT | 12.2.2020 -pm | Kobe Stadium | Foxsport

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,098
Reaction score
20,952
Points
1,661
Kedudukan Mora tak tergugat

KUALA LUMPUR: Kedudukan pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora tidak tergugat sekalipun Harimau Selatan tampak bergelut dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards seakan memberi bayangan pasukan itu akan terus mempercayai kredibiliti yang dimiliki Mora bagi misi mereka meneruskan dominasi dalam kancah bola sepak tempatan.

Jelasnya, Mora sudah melakukan tugas yang cemerlang untuk membimbing skuad Harimau Selatan terutamanya selepas dinilai berdasarkan keputusan yang dilakar mereka setakat ini.

“JDT berada di persada Liga Super Malaysia selepas empat perlawanan dengan mencatatkan tiga kemenangan, satu seri dan mengekalkan rekod tanpa kalah termasuk kemenangan ke atas Suwon Samsung Bluewings dalam Liga Juara-Juara AFC,” katanya.

Sebagai rekod, JDT membuka kempen Liga Super dengan menewaskan juara Piala FA, Kedah 1-0 sekali gus merangkul Piala Sultan Ahmad Shah 2020.

Mereka terus meraih tiga mata apabila menewaskan ‘pendatang baharu’ Liga Super, UiTM FC 2-1 namun bergelut ketika menentang satu lagi pasukan baharu, PDRM yang menyaksikan mereka sekadar menang tipis 1-0.

Namun, momentum tiga kemenangan direncatkan FELDA United selepas ‘The Fighters’ berjaya mengikat JDT 1-1 pada aksi keempat, minggu lalu.

 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,098
Reaction score
20,952
Points
1,661
kesayangan ni mana ada istilah tgugat
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,098
Reaction score
20,952
Points
1,661
Menyentuh mengenai laporan akhbar Berita Harian yang membuat spekulasi tentang kedudukan ketua jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) Benjamin Mora, Harimau Selatan ingin menzahirkan rasa terkilan kami memandangkan JDT berada di persada Liga Super Malaysia selepas empat perlawanan dengan mencatatkan tiga kemenangan, satu seri dan mengekalkan rekod tanpa kalah termasuk kemenangan ke atas Suwon Samsung Bluewings dalam Liga Juara-Juara AFC.

Apa yang lebih membingungkan adalah bahawa sebuah organisasi akhbar telah mendapatkan pendapat dari seorang individu yang bukannya seorang jurulatih, bekas pemain atau pun seorang yang terlibat dalam industri bola sepak untuk mensensasikan keputusan seri 1-1 JDT ketika menentang Felda United dan membuat spekulasi tentang perihal yang tidak pasti.

Kami faham bahawa 'rating' akan meningkat apabila topiknya berkaitan JDT tetapi laporan haruslah sentiasa disampaikan secara profesional, logik dan tidak berat sebelah pada setiap masa.

Alistair Edwards, Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,098
Reaction score
20,952
Points
1,661
Kedudukan Liga Super selepas perlawanan ke 4. Hanya Terengganu dan PJ City masih belum beraksi kerana ditunda tiada stadium.

1 . Johor DT kekal sebagai pendahulu Liga, tetapi peliknya masih berkumandang #MoraOut.

2. Perak walaupun nampak goyang sebelum permulaan liga, menunjukkan prestasi yang baik.

3. Melaka kembali perlahan-lahan menjadi Melaka.

4. Pahang mula jumpa rentak.

 

arnabkacak

Active+ Member
Joined
Aug 27, 2008
Messages
2,555
Reaction score
28
Points
30
taktikal mudah sangat di baca, player star rasa selesa sangat si diogo ni...dah boleh tukar jdt2 punye striker tuh test..
 

alas.meja

Fun Poster
Joined
May 31, 2018
Messages
482
Reaction score
98
Points
20
bangga sgt dgn kedudukan skrg top league.. fakta point lps 4 game..
mmg lah boleh duk atas sbb lawan uitm, pdrm dgn felda..
belum lawan team2 kuat yg lain..
 

QIPIDELANA

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
9,060
Reaction score
212
Points
88
bangga sgt dgn kedudukan skrg top league.. fakta point lps 4 game..
mmg lah boleh duk atas sbb lawan uitm, pdrm dgn felda..
belum lawan team2 kuat yg lain..
Biasalah..jdt ngan fakta berpisah tiada.Tgu la game dgn team2 yg kuat tgk bole nak bangga ker tak.
 

iwak

Super Active Member
Joined
Mar 21, 2008
Messages
7,589
Reaction score
37
Points
80
Awal lg. Yg penting konsisten tak kalah. Liga panjang lg. Taktilal kekal mcm biasa je. Taktikal lain ada je standby.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register