JDT Chapter 2: ACL Group G | VISSEL KOBE v JDT | 12.2.2020 -pm | Kobe Stadium | Foxsport

CG Sponsors




wpe

Fun Poster
Joined
Jan 28, 2007
Messages
758
Reaction score
9
Points
25
Kami berasa amat kecewa dengan keputusan ini kerana kami gagal memanfaatkan peluang dan dalam bola sepak, anda tidak akan menang jika tidak menjaringkan gol dari peluang-peluang yang dicipta. Ianya semudah itu. Kami perlu memanfaatkan peluang jaringan. Selain itu, saya rasakan kami bermain dengan baik. Kami berjaya menjaringkan gol tetapi satu kesilapan mudah menyebabkan kami kehilangan tiga mata. Pada ketika kami hendak kembali dalam perlawanan, ianya menjadi sukar dan kami tidak menjaringkan gol dari peluang yang kami ada.

Saya dan para jurulatih akan mengambil kesempatan ketika cuti ini dan bekerja keras kerana kami tidak berbahaya ketika menyerang. Penyerang kami tidak berada pada tahap terbaik dan kami kehilangan dua pemain utama - Safawi dan Leandro. Cabrera dan Diogo juga tidak berada di kemuncak prestasi mereka.

Barisan tengah kami melakukan tugas dengan baik tetapi seperti yang saya katakan, kami akan dihukum jika kami gagal di bahagian serangan dan itulah yang terjadi. Kami akan bekerja lebih keras untuk memperbetulkan segalanya dan akan kembali semula dengan lebih kuat seperti sebelum ini kerana sejak dari perlawanan pertama hingga semalam, kami bukanlah JDT yang sepertimana sebelum ini. Kami perlu mencari semula diri kami dan memperbetulkan keadaan.

Luciano Figueroa, Pengurus Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim

———

We are very disappointed with the result because we didn't make the most of our chances and in football, you don't win if you don't score from the chances you create. It is as simple as that. We must execute scoring chances. Otherwise, I think we played well. We scored a goal but one silly mistake cost us three points. By the time we had to come back, it was tough and we didn't score from the chances we had.

The coaches and I are going to take full advantage of this break and work hard because we are not dangerous enough offensively. Our attack is not in the best form and we have two key players injured - Safawi and Leandro. Cabrera and Diogo are not in their best shape too.

Our midfielders are doing well but like I said, we will be punished if we don't do well offensively and that is exactly what happened. We will work hard to fix everything and come back stronger like what we were before because from the first league game until last night, we have not been the JDT we were previously. We need to find ourselves and fix things.

Luciano Figueroa, Johor Darul Ta’zim FC Manager

Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll


FB_IMG_1584245381994.jpg
 
Sponsored Post

no trade

Super Active Member
Joined
May 16, 2008
Messages
8,453
Reaction score
243
Points
88
Ubah taktikal la, sampai bila cakap player tak perform.
 

QIPIDELANA

Super Active Member
Joined
Dec 13, 2012
Messages
9,060
Reaction score
212
Points
88
Tau pun tak berbahaya bahagian serangan,dah lama dah nampak.Penyerang yg ada mmg x bebahaya langsung.
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,098
Reaction score
20,952
Points
1,661
Keputusan penuh perlawanan ke-4 #LigaSuper2020

*Semua perlawanan bermula Isnin, 16 Mac (Liga Super, Liga Premier, Piala FA, Liga M3, Liga M4, Piala Presiden & Piala Belia) telah DITANGGUHKAN. Tarikh baru akan diberi kemudian

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,098
Reaction score
20,952
Points
1,661
Kedudukan terkini #LigaSuper2020

*PDRM didenda tolak 3 mata kerana gagal menyelesaikan tunggakan gaji pemain & pegawai

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,098
Reaction score
20,952
Points
1,661
Saya mengambil sepenuh tanggungjawab terhadap apa yang berlaku di JDT. Saya rasa saya telah menetapkan standard yang begitu tinggi - memenangi 15 trofi dalam tempoh tujuh tahun - dan harapan terhadap JDT juga sangat tinggi.

Penyokong kami menganggap keputusan seri sebagai kekalahan manakala kekalahan pula diibarat sebagai tragedi tetapi kita harus menerima hakikat bahawa ada pasang surut dalam kehidupan. Ada masa indah dan sebaliknya, di atas dan juga di bawah. Itulah lumrah kehidupan.

Kita juga harus memahami bahawa para pemain bukanlah mesin. Kita harus menghargai dan menilai apa yang telah mereka lakukan kerana walau apa pun, mereka telah memberikan kita banyak kejayaan. Sebagai contoh, kita telah memenangi tiga trofi tahun lepas dan memenangi Piala Sumbangsih pada permulaan musim ini.

Saya dapat lihat yang para pemain sedikit keletihan oleh kerana jadual yang padat. Kita mempunyai lebih perlawanan berbanding pasukan lain kerana kita juga beraksi dalam Liga Juara-Juara AFC. Saya tetap yakin mereka semua akan bangkit.

Walau apa pun, saya sentiasa dibelakang para pemain, jurulatih dan kakitangan saya setiap masa. Sama ada kami menang atau kalah, saya sentiasa bersama mereka. Saya sentiasa menyokong mereka dan mengambil sepenuhnya tanggungjawab terhadap apa yang berlaku, baik dari segi persembahan atau yang lain-lain di JDT.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,098
Reaction score
20,952
Points
1,661
tiap2 thn gitu la. awal musim mcm haram tp hujung2 bunga api

eh
 
Sponsored Post
Top
Log in Register