JDT Chapter 2: ACL Group G | VISSEL KOBE v JDT | 12.2.2020 -pm | Kobe Stadium | Foxsport

CG Sponsors




Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
150,790
Reaction score
20,776
Points
1,661
LIRIDON SUDAH SEMAKIN DAPAT MENYESUAIKAN DIRI DENGAN CORAK DAN FALSAFAH PERMAINAN JDT

“Sekarang ini saya mempunyai persefahaman yang baik dan dapat menyesuaikan dengan taktik pasukan jadi semua dalam keadaan baik. Dan saya harap dapat belajar lebih banyak pada masa akan datang.”

Liridon juga menganggap persaingan sengit di posisi tengah merupakan cabaran yang sihat.

“Persaingan adalah penting dalam bolasepak. Saya bangga apabila JDT satu-satunya pasukan yang boleh membariskan dua pasukan berbeza kerana mempunyai ramai pemain berkualiti.

“Saya tak pernah bermain dengan pasukan seperti JDT sebelum ini jadi persaingan adalah sesuatu yang saya perlu terima.”

Menjelang perlawanan Piala Sumbangsih 2020, Liridon berharap dapat memulakan musim baharu dengan kemenangan.

“Saya tidak mahu memikirkan kekuatan Kedah, sebaliknya saya mahu fokus kepada diri saya sendiri bersama JDT untuk membuat persiapan rapi. Seperti kita tahu Kedah merupakan pasukan yang boleh beri tentangan kepada sesiapa sahaja namun kami akan bersedia menghadapinya.” Jelas Liridon.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
150,790
Reaction score
20,776
Points
1,661
JADUAL PERLAWANAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM UNTUK BULAN FEBRUARI DAN MAC 2020

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
150,790
Reaction score
20,776
Points
1,661
TIKET PERLAWANAN CIMB PIALA SUMBANGSIH 2020 ANTARA JDT MENENTANG KEDAH AKAN MULA DIJUAL PADA 27 FEBRUARI

Tiket bagi menyaksikan perlawanan CIMB Piala Sumbangsih 2020 antara Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang pasukan Kedah boleh mula dibeli di kaunter tiket Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri dan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin mulai jam 9.00 pagi pada 27 Februari 2020.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan perlawanan tersebut yang akan berlangsung di pada 28 Februari ini di Stadium Sultan Ibrahim, stadium serba canggih milik JDT. Penyokong juga boleh mendapatkan tiket-tiket berkenaan di pejabat-pejabat daerah masing-masing sehari sebelum perlawanan.

Para penyokong yang membuat pembelian tiket online boleh terus ke Gate A atau Gate C dan tunjukkan kepada petugas bukti pembelian tiket tersebut. Proses pengimbasan tiket online akan dilakukan di sana bagi mempercepatkan urusan kemasukan penyokong. Luaskan Kuasamu Johor.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
150,790
Reaction score
20,776
Points
1,661
JDT dijangka kekal dominasi


JDT tidak ada masalah untuk mengekalkan kejuaraan Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut. FOTO Mohd Yusni Ariffin

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) dijangka meneruskan penguasaan Liga Malaysia (Liga M) musim ini dan dilihat tidak berdepan masalah untuk mengekalkan kejuaraan Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut dengan koleksi bintang import dan tempatan.
Bagaimanapun, tiga pasukan iaitu Selangor, Kedah dan Perak juga mampu menggugat skuad Harimau Selatan sekiranya anak buah Benjamin Mora terlalu mengambil mudah kemampuan lawan.
Daripada 12 pasukan Liga Super, di atas kertas UiTM FC, Petaling Jaya City (PJ City) dan PDRM FC berdepan risiko diturunkan ke Liga Perdana seandainya menamatkan saingan di dua tangga tercorot.
Ikuti analisis lanjut bekas jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan bersama Arena Metro.


WAN Jamak. FOTO Azren Jamaludin

1. JDT
Sudah pastinya JDT menjadi pilihan untuk terus mengungguli Liga Super dan kita boleh lihat pasukan terbabit turut membuat persiapan rapi selain turut mendapat semangat baharu apabila siapnya Stadium Sultan Ibrahim.
Selain itu, barisan pemain import mereka juga sangat bagus, malah kemasukan Liridon Krasniqi dan Matthiew Davies memperkukuhkan lagi pasukan.
• NAMA SAMARAN: Harimau Selatan
• PENGURUS DAN JURULATIH: Luciano Figueroa, Benjamin Mora
• STADIUM: Stadium Sultan Ibrahim
• PEMAIN TUMPUAN: Safawi Rasid, Aidil Zafuan, Syafiq Ahmad (tempatan), Diogo Luis Santo, Gonzalo Cabrera (import)
• PENCAPAIAN: Juara Liga Super (6 kali), Piala Malaysia (2), Piala FA (1), Piala Sumbangsih (4)
• BINTANG: 4.8/5

SAFAWI. FOTO Mohd Azren Jamaludin

2. Selangor
Selangor satu-satunya pasukan yang saya lihat boleh mencabar JDT.
Ini kerana berdasarkan persiapan mereka musim ini, beberapa pemain baharu dibawa masuk, saya lihat pasukan ini akan menyerlah nanti.
Rekod pramusim Selangor menunjukkan mereka di laluan tebaik ditambah penjenamaan semula pasukan kepada Selangor I dan Selangor II akan memberi kelebihan dari sudut pertambahan pemain yang boleh dibawa masuk sepanjang musim.
Pertahanan mereka juga makin kukuh selepas membawa masuk pemain baharu dan sengat penyerang juga berbisa dalam aksi pramusim ini.
• NAMA SAMARAN: Red Giants
• PENGURUS DAN JURULATIH: Mahfizul Rusydin Abdul Rashid, B Sathianathan
• STADIUM: Stadium Shah Alam
• PEMAIN TUMPUAN: Ifedayo Olusegun (import), Brendan Gan (tempatan)
• PENCAPAIAN: Juara Liga Super (6 kali), Piala Malaysia (33), Piala FA (5), Piala Sumbangsih (8).
• BINTANG: 4.

3. Kedah
Kedah kita tahu sebelum ini berjaya menjuarai pertandingan jemputan dalam pramusim di Kemboja, tapi selepas itu permainan Kedah merudum.
Kita pun tak tahu apa masalah mereka sebenarnya walaupun di atas kertas barisan pemain mereka hebat seperti Baddrol Bakhtiar dan lain-lain.
Kita harap ia dapat diatasi kerana Kedah pun tidak boleh dipandang sepi kerana mereka sebuah pasukan yang sentiasa memberi cabaran kepada pasukan lain.
Malah, pengalaman bermain di Kelayakan ACL (Liga Juara-Juara Asia) sepatutnya boleh beri mereka motivasi tambahan di samping persediaan mereka yang paling awal daripada pasukan lain.
• NAMA SAMARAN: Helang Merah
• PENGURUS DAN JURULATIH: Al-Naliq Hasmi Abu Hassan, Aidil Sharin Ishak
• STADIUM: Stadium Darul Aman
• PEMAIN TUMPUAN: Kipre Tchetche (import), Baddrol Bakhtiar (tempatan)
• PENCAPAIAN: Juara Liga Super (3 kali), Piala Malaysia (5), Piala FA (5), Piala Sumbangsih (3).
• BINTANG: 4

BADDROL. FOTO Sharul Hafiz Zam

4. Perak
Perak musim ini senyap saja. Tapi senyap-senyap ini kita tak boleh ingat mereka tak buat persiapan ibarat 'Air yang tenang jangan disangka tiada buaya'.
Kalau tengok Perak tidak begitu agresif tapi kita terkejut juga dalam perlawanan merebut Piala Unity Shield, mereka tewaskan Kedah yang gah bawa ramai pemain ternama.
Pasukan ini tak boleh pandang sepi, pemain mereka juga bagus dengan ada Shahrul Saad dan pemain lama dalam skuad itu, saya melihat Perak juga pencabar terkuat kepada JDT, Selangor dan Kedah.
• NAMA SAMARAN: The Bos Gaurus
• PENGURUS DAN JURULATIH: Mehmet Durakovic
• STADIUM: Stadium Perak
• PEMAIN TUMPUAN: Guilherme De Paula (import), Shahrul Saad, Shahrel Fikri (tempatan)
• PENCAPAIAN: Juara Liga Super (2 kali), Piala Malaysia (8), Piala FA (2), Piala Sumbangsih (3).
• BINTANG: 4

5. Melaka United
Banyak isu pasukan ini seperti perubahan presiden mereka dan beberapa lagi.
Tapi mereka masih bertahan dengan Zainal Abidin Hassan (jurulatih) ada di situ selain ada pemain hebat seperti Safiq Rahim.
Melaka juga kita tak boleh pandang sepi kerana pemain mereka sangat berpengalaman.
Lagi pun Zainal dah lama dengan pasukan ini, justeru persefahaman pemain dan jurulatih akan menjadi kelebihan mereka.
• NAMA SAMARAN: Hang Tuah
• PENGURUS DAN JURULATIH: Datuk Yusoff Mahadi, Zainal Abidin Hassan
• STADIUM: Stadium Hang Jebat
• PEMAIN TUMPUAN: Romel Morales (import), Safiq Rahim (tempatan)
• PENCAPAIAN: Juara Liga Perdana (1 kali), Liga FAM (1)
• BINTANG: 3.8

SAFIQ. FOTO Eizairi Shamsudin

6. Terengganu
Terengganu melakukan persiapan rapi pada musim ini menerusi gandingan pemain baharu dan lama, malah perlawanan persahabatan bertemu Negeri Sembilan baru-baru ini menampakkan mereka antara pasukan yang boleh mencabar skuad gergasi lain.
Mereka juga mendapatkan pemain import baharu di posisi penyerang dan pertahanan, selain beberapa pemain naturalisasi.
• NAMA SAMARAN: Sang Penyu
• PENGURUS DAN JURULATIH: Marzuki Sulong, Mohd Nafuzi Zain
• STADIUM: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
• PEMAIN TUMPUAN: Faiz Nasir, Darren Lok (tempatan), Lee Tuck, Faris Ramli, Sanjar Shaakhmedov (import)
• PENCAPAIAN: Juara Piala Malaysia (1 kali), Piala FA (2), Piala Sumbangsih (1)
• BINTANG: 3.8

7. Pahang
Naib juara Liga Super musim lalu ini berdepan kemelut dengan pemain bintang seperti Matthiew Davies tidak lagi bersama pasukan hingga menyukarkan perancangan kesebelasan utama yang mantap.
Namun, Pahang tidak boleh dipandang remeh kerana memiliki jurulatih berpengalaman, Dollah Salleh yang mampu merencana taktikal ampuh dengan menggabungkan pemain lama dan baharu.
• NAMA SAMARAN: Tok Gajah
• PENGURUS DAN JURULATIH: Datuk Suffian Awang, Dollah Salleh
• STADIUM: Stadium Darul Makmur
• PEMAIN TUMPUAN: Mohamadou Sumareh, Azam Azih, Faisal Halim (tempatan), Dickson Nwakaeme (import)
• PENCAPAIAN: Juara Liga Super (5 kali), Piala Malaysia (4), Piala FA (3) dan Piala Sumbangsih (3)
• BINTANG: 3.8

NWAKAEME. FOTO Muhd Asyraf Sawal

8. Sabah
Sabah bagi saya sangat misteri dan tak banyak kita tahu perkembangan mereka untuk persiapan Liga Super.
Tapi kalau musim lalu kita lihat mereka bertungkus-lumus di Liga Perdana hingga muncul juara untuk layak ke Liga Super, jadi kita tak boleh pandang ringan kehadiran Sabah.
Satu lagi, saya jangka pemain mereka akan beraksi tanpa tekanan kerana mereka dilihat sebagai underdog dan ini boleh beri kelebihan kepada pemain untuk mengejutkan pasukan lebih besar.
• NAMA SAMARAN: Tembadau
• PENGURUS DAN JURULATIH: Henry Saimpon, Kurniawan Dwi Yulianto
• STADIUM: Stadium Likas
• PEMAIN TUMPUAN: Hector Ramos (import), Rawilson Batuil (tempatan)
• PENCAPAIAN: Juara Liga Super (1 kali), Piala FA (1)
• BINTANG: 3.5

9. Felda United
Setakat ini perkembangan pasukan Felda United kurang digembar-gemburkan seterusnya persiapannya tidak diketahui pasukan lawan, namun skuad terbabit tetap boleh menjadi duri dalam daging kepada lawannya kelak.
• NAMA SAMARAN: The Fighters
• PENGURUS DAN JURULATIH: Jamaludin Ahmad, Nidzam Jamil
• STADIUM: Stadium Tun Abdul Razak
• PEMAIN BINTANG: Muhammad Danial Amier Norhisham, Tasnim Fitri (tempatan), Ryutaro Megumi, Nicolas Velez (import)
• PENCAPAIAN: Juara Liga Perdana 2018
• BINTANG: 3.5

10. UiTM FC
Kita tahu UiTM FC banyak menggunakan pelajar dalam pasukan ini.
Tak banyak berita kita dengar mengenai pasukan ini.
Tapi kehadiran jurulatih mereka, Frank Bernhardt mungkin boleh beri kelainan kepada pasukan ini.
Kita tahu beliau seorang jurulatih yang bagus dan pernah membimbing skuad bawah 23 tahun kebangsaan kita.
Tapi saya jangka jurulatih banyak kerja kena buat supaya tidak menjadi pasukan belasahan musim ini.
• NAMA SAMARAN: The Lion Troops
• PENGURUS DAN JURULATIH: Mustaza Ahmad, Frank Bernhardt
• STADIUM: Stadium Mini UiTM, Shah Alam
• PEMAIN TUMPUAN: Gustavo dos Santos (import), Nur Areff Kamaruddin (tempatan)
• PENCAPAIAN: -
• BINTANG: 3.2

BERNHARDT (kiri) jurulatih UiTM FC. FOTO Faiz Anuar

11. PJ City
Walaupun terdapat banyak perkhabaran kurang enak berkaitan isu dalaman pasukan ini, mereka perlu bersatu sebagai sebuah pasukan untuk mengekalkan reputasi ‘The Giant Killer’ sekali gus mengelak daripada diturunkan ke Liga Perdana musim depan.
• NAMA SAMARAN: The Phoenix
• PENGURUS DAN JURULATIH: J Dhinagaran, K Devan
• STADIUM: Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya
• PEMAIN BINTANG: Safie Sali, D Christie Jayaseelan (tempatan), Elizeu Araujo (import)
• PENCAPAIAN: -
• BINTANG: 3.2

12. PDRM
PDRM perlu bekerja keras kerana seperti sedia maklum mereka bermula dengan penolakan tiga mata (isu tunggakan gaji) sekali gus berdepan kesukaran untuk kekal di Liga Super musim depan.
Bajet juga kecil dan hanya keajaiban boleh menyelamatkan mereka daripada diturunkan ke Liga Perdana.
• NAMA SAMARAN: The Cops
• PENGURUS DAN JURULATIH: Datuk Khalil Azlan Chik, Mohamad Ishak Kunju Mohamad
• STADIUM: Stadium Kuala Lumpur
• PEMAIN BINTANG: Mohd Nor Farhan (tempatan), Antonio German (import)
• PENCAPAIAN: –
• BINTANG: 3.2
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
150,790
Reaction score
20,776
Points
1,661
Update Terkini Di Stadium Larkin

Sudah Sampai Di Gate C

#PialaSumbangsih2020


 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
150,790
Reaction score
20,776
Points
1,661
Lintas langsung terkini jam 7.40pagi, Keadaan terkini di kedua-dua perkarangan Stadium

Tiket mula dijual di Stadium Sultan Ibrahim dan Stadium Larkin pada hari ini, bermula jam 9pagi .

 

wpe

Fun Poster
Joined
Jan 28, 2007
Messages
744
Reaction score
9
Points
15
Match day gaisss..
Sunyi je semua.
Jgn mcm mcm
This is Gelang Patah!
 
Sponsored Post
Top
Log in Register