BTC USD 84,300.0 Gold USD 3,022.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
66,333
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
66,333
Reaction score
7,306
Points
916
Awards
1
15.04.2020 - Kuala Lumpur, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah diletakkan dalam senarai tiga doktor terbaik dan diyakini di dunia atas usahanya menangani wabak COVID-19 di negara ini.

Pengiktirafan itu diberikan oleh sebuah stesen televisyen China, Global TV Network yang turut menyenaraikan Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand.

Ketiga-tiga mereka menerima pujian masyarakat sejak beberapa minggu ini kerana menjadi sumber maklumat paling dipercayai dan berjaya menenangkan orang ramai di negara masing-masing ketika panik melanda akibat penularan wabak berkenaan.

Dr. Noor Hisham, 56 tahun, yang memegang jawatan Ketua Pengarah sejak 2013, dilabel sebagai individu paling dipercayai oleh rakyat Malaysia kerana kekerapannya mengemas kini situasi semasa berkenaan COVID-19 di platform media sosial.

Beliau juga dipuji kerana sentiasa sabar menjawab apa sahaja persoalan yang diajukan wartawan semasa sidang media.

Dr. Fauci dan Dr. Bloomfield juga disifatkan sebagai individu berpengaruh di negara masing-masing apabila secara konsisten mengemas kini maklumat terbaharu, selain sering dilihat bertugas dalam tempoh masa yang lama.

51586955075_drnoorhisham.jpg


Berita asal http://www.astroawani.com/berita-ma...ntara-tiga-doktor-terbaik-dan-diyakini-238533
 
Sponsored Post




COVID-19 | Pengiktirafan Dr Noor Hisham Hasil Kerjasama Semua Pihak

Datuk Dr Noor Hisham menyifatkan pengiktirafan diterima beliau sebagai antara tiga doktor terbaik dunia bagi pengendalian wabak COVID-19, adalah hasil kerjasama semua pihak, termasuk Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pembuat keputusan. #Celcom
 
ni pada 15/4


·


Satu penghargaan dan penghormatan yang tinggi kepada bidang perubatan negara apabila Datuk Dr Noor Hisham bin Abdullah,
Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) diiktiraf oleh China Global Television Network sebagai antara 3 orang doktor terbaik dunia dalam menangani situasi COVID-19.

Saya sebagai Menteri Kesihatan Malaysia dan seluruh warga Kementerian Kesihatan Malaysia berbangga dengan pencapaian KPK. Tahniah dari kami semua!

Dr. Adham Baba

#KitaMestiMenang
#kerajaanprihatin
#breakthechain

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register