Ceroboh hutan simpan, ahli perniagaan didakwa

Recommended Brokers


kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
31,801
Reaction score
1,303
Points
206


AHLI perniagaan yang juga kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kulim semalam, atas tiga pertuduhan menceroboh dan meneroka sebahagian Kompartmen 19 Hutan Simpan Gunung Inas September lalu.


Tertuduh, Mohamad Raman Shariff, 43, meminta untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Musyiri Peet.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menjalankan aktiviti pembinaan struktur bangunan iaitu sebuah rumah banglo, binaan bangunan batu-bata yang belum siap, kandang burung unta, bangsal rusa dan sangkar landak dalam Kompartmen 19, Hutan Simpan Gunung Inas tanpa permit penggunaan yang sah.

Tertuduh turut didakwa melakukan aktiviti penanaman pokok buah dan memelihara haiwan sebanyak 36 rusa, tiga burung unta serta tujuh landak dalam kawasan sama.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menebang 111 batang pokok dari kawasan kompartmen sama seperti pertuduhan pertama tanpa kebenaran yang sah.

Tertuduh berdepan pertuduhan kedua pilihan yang mana tertuduh didakwa membersihkan tanah dalam hutan simpanan kekal dengan niat mengusahakan tanah itu untuk dijadikan kawasan peliharaan haiwan dan penanaman pokok buah dalam kompartmen berkenaan tanpa kebenaran sah.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didapati melepaskan ternakan iaitu empat kuda yang dibiarkan bergerak secara bebas dalam kawasan kompartmen berkenaan tanpa kebenaran sah.

Semua perbuatan dilakukan pada 19 September 2019 sekitar jam 4 petang. Justeru, tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 32(1), Seksyen 81(1)(a) dan Seksyen 81(1)(e) Enakmen (Pemakaian) Perhutanan Negara 1985 (Akta 313) kerana pendudukan atau menjalankan aktiviti, melepaskan haiwan ternakan dan membersih dan membajak tanah di atas Hutan Simpanan Kekal tanpa kebenaran sah.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-dua jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Fazilah Mansor dan Mason Jaro Lenya Barayan manakala tertuduh diwakili peguam, Johan Jaaffar.

Pihak pendakwaan memohon mahkamah menetapkan RM20,000 sebagai jaminan kepada tertuduh namun Johan mewakili anak guamnya meminta mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM10,000 kerana tertuduh mempunyai tanggungan keluarga.

Mahkamah membenarkan jaminan terhadap tertuduh dikurangkan kepada RM10,000 dan menetapkan 17 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

 
Sponsored Post

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,353
Reaction score
2,114
Points
226
jangan bagi pinjam akaun nombor .. SPRM tengah cek :D
 

azham

Active+ Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
4,075
Reaction score
404
Points
56
Kes ni niat betul cara salah.
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,135
Reaction score
1,526
Points
596
jangan ikut suka ceroboh hutan
 

myroadtax.com

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,874
Reaction score
574
Points
161
Biasanya yang dengar kes ceroboh hutan ni pasal nak tanah percuma. Bila dah teroka dan bangunkan, dia guna kabel minta tanah tu dengan kerajaan negeri.
 

d_conan

CG Top Poster Club
Joined
Aug 24, 2011
Messages
24,147
Reaction score
865
Points
161
uishh.. ikut suka dia buat binaan kat hutan simpan? huhu.. mmg salah la
 
Sponsored Post
Top
Log in Register