BTC USD 58,768.0 Gold USD 1,796.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ceritakan Pengalaman Korang Camne Handle Amah Supaya Tak Buat Hal

logammaut

Legendary Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
10,970
Reaction score
1,180
Points
201
Salam. Aku plan nak amik amah. Tapi risau jugak pasal macam2 masalah dgn amah skang ni, terutamanya Indon. Kakak ipar aku dah 3 orang amah Indon dia lari. Bukan setakat lari tapi barang dlm rumah pun ada kena sebat. Skang ni pun kerajaan Indon demand macam2.

Nak tanye sape2 yg ada amah camne korang handle amah kat umah supaya tak buat hal.



Amah Kerja Ikut Waktu Tertentu, Tinggal Asing
Oleh Amin Ridzuan Ishak
[email protected]
2010/12/13

Indonesia minta wakil di luar negara buat kajian

GEORGETOWN: Indonesia bercadang melaksanakan peraturan baru berkaitan pembantu rumah dengan menetapkan amah warganya hanya bekerja mengikut tempoh tertentu dan tidak tinggal bersama majikan seperti diamalkan sekarang.

Cadangan itu dikemukakan Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) yang baru-baru ini menghantar surat kepada semua wakilnya di luar negara untuk membuat kajian berhubung perkara itu.

Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang, Chilman Arisman, berkata menerusi langkah dikenali sebagai sistem ‘Tinggal di Luar’ itu, pembantu rumah hanya bekerja mengikut tempoh yang bakal ditetapkan dan akan pulang ke asrama selepas bekerja.

“Contohnya, mereka datang bekerja pada waktu siang dan pulang ke asrama lewat petang. Ini bagi memastikan mereka tidak perlu bekerja 24 jam dengan majikan yang kadang kala menyebabkan mereka terlalu penat berikutan ada segelintir majikan tidak memberi rehat,” katanya kepada Berita Harian.

Chilman berkata, langkah itu juga untuk mengelakkan kes pembantu rumah warganya tidak dibayar gaji oleh majikan yang ada kalanya melangkau tempoh beberapa tahun.
“Kami yakin kaedah baru ini mampu mengatasi masalah pembantu rumah Indonesia yang tidak dibayar gaji. Masalah ini turut memberi kesan kepada majikan kerana perlu mengeluarkan bayaran besar sekali gus. Kajian kami mendapati ada majikan tidak membayar gaji sehingga beberapa tahun,” katanya.

Beliau berkata, bagi melaksanakan kaedah baru itu, Kerajaan Indonesia akan melantik syarikat yang berperanan menyediakan tempat tinggal kepada pekerja domestik terbabit serta memastikan majikan membayar gaji mengikut tempoh sepatutnya, namun semuanya masih di peringkat cadangan.

Kerajaan Malaysia sebelum ini mengumumkan beberapa pendekatan ‘mesra pembantu rumah warga Indonesia’, antara lain mewajibkan majikan memberi cuti sehari dalam seminggu kepada mereka, tetapi jika kedua-dua pihak bersetuju tidak mahu melaksanakan konsep itu, amah terbabit boleh dibayar pampasan cuti berkenaan.

Jun tahun lalu, Kerajaan Indonesia menghentikan sementara penghantaran pembantu rumah dari republik itu ke Malaysia berikutan dakwaan pekerjanya dianiaya, termasuk didera majikan serta tidak dibayar gaji.
 
Last edited:
Sponsored Post

moneymaker3000

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Mar 24, 2007
Messages
25,321
Reaction score
555
Points
176
sejak aku kecik ada lebey kurang 35 amah dah bekerja kat umah aku. Diorang ni ada yg rajin ada yg tak, serupa la macam pekerja kat ofis pun. 1st skali kene ajar diorang cara bekerja, dan paling penting beri diorang ruang kebebasan, contohnye tak perlu bekerja hari ahad
 

logammaut

Legendary Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
10,970
Reaction score
1,180
Points
201
sejak aku kecik ada lebey kurang 35 amah dah bekerja kat umah aku. Diorang ni ada yg rajin ada yg tak, serupa la macam pekerja kat ofis pun. 1st skali kene ajar diorang cara bekerja, dan paling penting beri diorang ruang kebebasan, contohnye tak perlu bekerja hari ahad

Ramainya. Tukar tiap2 tahun ke?
 

logammaut

Legendary Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
10,970
Reaction score
1,180
Points
201
tak juga, ada yg stay bertahun2, ada yg sekejap je keje, ada yg kene tangkap basah, ada yg dah meninggal, ada skali tu ambil 2 amah :) :p

Amah kawan bini aku hari2 bawa masuk jantan keje renovation sebelah umah. Buat keje atas katil tuan rumah lak tu. Siap hidangkan makan t/hari lagi. Last2 kantoi pasal ada jiran bagitau hari2 nampak jantan Indon masuk umah.

Amah keje kat umah ko dari Indon aje atau ada dari tempat lain gak? Ada org bagitau amah Kemboja jauh lagi bagus drpd Indon.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register