CERITA PENDEK: Komputer bimbit pusaka Megat Komeng

CG Sponsors




LLM

Freshie
Joined
Nov 9, 2007
Messages
30
Reaction score
0
Points
6
Arakian Megat Komeng dengan syahdu menghadap komputer bimbit yang penuh dengan keramat serta mempunyai sejarah bermula dari zaman Raja Kayangan.

'Hamba amat daif. Papa kedana. Hamba tidak mampu membeli perisian Windows Vista dari saudagar komputer. Setakat Windows 98 sahaja terdaya tuan hamba' dengan air mata berlinangan Megat Komeng berseloka..

Ufuk pada petang Jumaat yang keramat itu semakin menyinsing. Senja sudah ketibaan.

Sayugia, Megat Komeng segera mengasapkan komputer bimbit peninggalan nendanya dengan kemenyan putih beserta dengan membaca jampi serapah untuk menghalau rasukan virus-virus di dalam cakera keras perisian..

Umpama garuda memburu ayam, Megat Komeng bertempik dengan gegak gempita. 'Durjana kau virus laknat. Nyah engkau dari komputer bimbit pusaka nenda ku tersayang'

Tiba-tiba Megat Komeng menyedari kehadiran seorang polan bin polan. 'Megat Komeng, mengapa tuan hamba melafazkan perbahasaan yang sungguh lapuk ditelan zaman? Mengapa tuan hamba mmengasapkan komputer bimbit?'

Hatta saat itu mata Megat Komeng merah membara umpama biji saga. 'Tuan hamba usah peduli akan perkara itu!' Dengan nafsu amarah yang menggelojak, dia menghunuskan kerisnya dan sayugia itu menikam ulu hati si polan bin polan yang telah mengkucar-kacirkan ketenteraman jiwanya..

Darah mengalir umpama lautan selat Melaka. Megat Komeng dengan penuh gah dan angkuh umpama Firaun Mesir ketawa semahu-mahunya.

'Wahai rakyat marhaen, usah membuat onar dengan tuan hamba. Matikan persoalan ***** kalian sekira kalian ingin hidup di dunia fana ini!'

Suara Megat Komeng bergema di seluruh bumi Kerajaan Panji Alam. Rakyat jelata lari bertempiaran..

Sejurus itu, Megat Komeng kembali menghadap komputer bimbit pusaka peninggalan nendanya. Dan terus mengasapkan kemenyan...

SEKIAN
 
Sponsored Post

zamreda

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
51
Points
120
entah tak paham aper lawaknya.........
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,416
Reaction score
21,052
Points
1,671
nukilan ni..yg terbuka hati, berjiwa seni pahamlah kot..(agaknyela hahaha)
 

apipmeka

Fun Poster
Joined
Oct 16, 2008
Messages
264
Reaction score
2
Points
15
megat komeng tu sapa??

MEGATron kenal la...:eek: :eek: :eek:
 

satriahitam

Active+ Member
Joined
Oct 15, 2008
Messages
4,503
Reaction score
59
Points
30
gilos... penat nak paham karya sastera nie... kalau aku jawap soalan degree kena soalan sastera camnie konfirm aku fail.....
 

qai

Active+ Member
Joined
Nov 11, 2008
Messages
2,928
Reaction score
1
Points
25
kena smbung lg drama ni..
baru umpphh..
 

ah fan

Super Active Member
Joined
Oct 29, 2009
Messages
8,148
Reaction score
28
Points
70
ni klau bethoven bace ni sure menangis..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register