BTC USD 59,936.9 Gold USD 2,414.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Apple Android Cereka Kini Ada Pelan Langganan Tahunan, Tambah Buku Bukan Fiksyen

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,593
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,593
Reaction score
6,519
Points
916
Awards
1
Cereka merupakan salah satu aplikasi yang menawarkan akses bacaan tanpa had kepada bahan bacaan seperti novel dan buku. Selepas memulakan penawaran dengan menyediakan novel daripada penerbit tempatan, kini Cereka juga dilihat telah menambah akses kepada beberapa buku bukan fiksyen.

Bagi yang tidak mengenali akan aplikasi Cereka, ia menawarkan akses bacaan tanpa had pada harga langganan RM4.90 sebulan. Pada awalnya, ia menambah buku penerbitan daripada Hilal Asyraf, Buku Fixi dan juga Iman Publication. Disamping penerbit tersebut, kini Cereka turut telah menambah koleksi bukan fiskyen melalui Biblio Press – dan akan datang melalui IBDE. Beberapa penerbitan baharu turut ditambah, termasuk KataPilar, Patriots Publishing, Menara Seni, dan juga Karya Publika.
1672590171933.png

Pada masa yang sama, melalui kemaskini baharu juga, Cereka kini bukan sahaja menawarkan pelan langganan bulanan pada harga RM4.90 sebulan, tetapi turut telah menambah pelan langganan tahunan pada harga RM49.90. Disamping pelan berbayar, pembaca boleh mengakses bahan bacaan seperti Cerpen dan Certot secara percuma dengan hanya muat-turun aplikasi Cereka. Bagi anda yang berminat dan ingin menambah bahan bacaan pada tahun baharu 2023 ini, boleh menyemak penawaran menarik melalui Cereka hari ini di Android dan iOS.​
 
Last edited:

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register