NEMO
CG Super Hardcore Club
- Messages
- 109,191
Paid Membership
- Joined
- Jan 13, 2007
- Messages
- 109,191
- Reaction score
- 1,044
- Points
- 1,101
PETALING JAYA 13 Okt. ¨C Usahawan teknologi maklumat (IT) yang sebelum ini dikaitkan dengan pelakon Fasha Sandha, Datuk Shafik Rizaal Saaban dan isteri sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.
Shafik, 34, yang lebih dikenali sebagai Datuk S. melafazkan talak terhadap Nor Haslinda Bakar, 28, di hadapan Hakim Syarie Ghazali Ahmad sambil disaksikan oleh ibu bapa dan beberapa ahli keluarga masing-masing.
Talak itu dilafazkan pada kira- kira pukul 9.25 pagi dengan nada perlahan serta suara yang tersekat-sekat sambil menitiskan air mata.
Peguam yang mewakil Shafik, Fakhrul Azman Abu Hasan kemudiannya memaklumkan bahawa atas persetujuan bersama, Nor Haslinda yang merupakan seorang eksekutif pemasaran melepaskan segala haknya untuk membuat tuntutan nafkah edah, mutaah dan harta sepencarian.
Katanya, berdasarkan perjanjian bersama, kedua-dua pihak bersetuju hak penjagaan dua anak mereka, Nurfatin Aliyah, 5, dan Muhamad Aiman Daniel, 3, diberikan kepada Nor Haslinda manakala Shafik diberikan hak lawatan pada hujung minggu.
Jelas Fakhrul, anak guamnya juga bersetuju untuk membayar nafkah anak sebanyak RM3,000 setiap bulan selain menanggung sebarang kos pembelajaran dan kos perubatan.
Nor Haslinda selaku plaintif sebelum ini memfailkan permohonan pengesahan empat lafaz cerai yang didakwa berlaku pada September dan November 2007 serta Februari lalu.
Bagaimanapun, selepas mahkamah tidak mensabit lafaz-lafaz tersebut, pasangan yang bernikah 17 Mei 2002 ini bersetuju untuk bercerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003
Semasa ditemui di luar mahkamah, Shafik yang memakai sut kelabu menegaskan bahawa perceraian itu bukan kerana orang ketiga, sebaliknya berpunca daripada salah faham keluarga.
Ditanya tentang perancangan masa depan, jawabnya; ¡®¡®Teruskan hidup balik. Nak buat macam mana, jodoh di tangan Allah¡¯¡¯.
Shafik yang dilihat agak sedih dengan perceraian itu serta ditenangkan beberapa ahli keluarga yang memeluk dan mengusap belakangnya sempat bersalaman dengan ibu bapa bekas isterinya sebelum masing-masing meninggalkan mahkamah.