BTC USD 42,241.5 Gold USD 1,749.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

CEO Twitter Sasar Bitcoin Mungkin Mainkan Peranan Masa Depan Twitter

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
Jack Dorsey, CEO Twitter sedia memberikan lebih perhatian kepada arena rantaian-blok, terutamanya Bitcoin akhir-akhir ini. Syarikat Square dibawah beliau sedia membangunkan sebuah bahagian khusus memfokuskan Bitcoin, dan terbaru beliau turut mengatakan Bitcoin bakal memainkan peranan utama dalam masa depan Twitter.

Beliau mengatakan, Bitcoin boleh diintegrasikan kepada beberapa penawaran Twitter, antaranya termasuk pada ciri seperti langganan, dan sebagainya – yang melibatkan transaksi kewangan. Jack Dorsey melihat pelbagai perkara boleh dibangunkan diatas kriptowang utama berkenaan, apatah lagi ia sering dilihat sebagai matawang alternatif di arena web.

Pada masa yang sama, Jack Dorsey menekankan yang mana bukan Twitter sahaja akan melihat kepada arena kriptowang ini, sebaliknya Facebook juga sedang membangunkan matawang mereka tersendiri berasaskan digital, dinamakan Diem.

1627094592410.png
 
Sponsored Post

chip555

Active Member
Joined
Dec 3, 2007
Messages
2,383
Reaction score
236
Points
43
masa untuk membeli pastikan keluar awal ye :D :D :D
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register