BTC USD 40,687.6 Gold USD 1,839.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

CEO Cradle Fund dibunuh, Samirah & 2 anak tiri didakwa

QIPIDELANA

Legendary Member
gem
Messages
10,622
Joined
Dec 13, 2012
Messages
10,622
Reaction score
448
Points
146
kes pecah 2015 dikorek balik tu. saja nak buat org lain nampak salah
Dahsyat dorg ni,macam2 cara nak lepaskan diri,lawyer plk antara yg terkenal dan terbaik.
 
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,902
Joined
Jul 1, 2008
Messages
35,902
Reaction score
2,730
Points
261
Awards
1
Perbicaraan 14 Julai 2020

Saksi pendakwaan tidak setuju hasil analisis makmal bomba salah

SHAH ALAM: Pembelaan dalam perbicaraan kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mempersoalkan kesahihan hasil analisis makmal bomba yang menjumpai kesan petrol pada sampel dari tempat kejadian.


Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata ini kerana analisis Jabatan Kimia terhadap sampel yang diambil di lokasi kejadian tidak menjumpai kesan petrol atau cecair mudah terbakar.

"Hasil analisis yang dilakukan oleh Jabatan Kimia mendapati tiada kehadiran petrol di dalam bilik berkenaan. Polis telah mengambil sampel dengan cara mengikis lantai dan beberapa tempat lain.

"Hasil analisis ini berlawanan dengan apa yang ditemukan oleh makmal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang tidak mempunyai pensijilan," katanya ketika menyoal balas Pengarah Jabatan Keselamatan Kebakaran JBPM, Edwin Galan Teruki.

Terdahulu, saksi pendakwaan ke-20 itu tidak bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa hasil analisis makmal penyiasatan kebakaran bomba berkaitan penemuan kesan petrol adalah salah kerana analisis Jabatan Kimia menunjukkan keputusan berbeza.

Galan berkata, kesan petrol tidak semestinya dapat ditemukan pada sampel yang diambil secara kikisan kerana jumlah bahan bakar digunakan dalam kejadian itu adalah sedikit.

Berikutan itu, katanya, hasil analisis terhadap sampel yang diambil dari lokasi kejadian oleh Jabatan Kimia tidak menjumpai sebarang kesan petrol atau cecair mudah terbakar.

Dalam prosiding perbicaraan pada 2 Disember lalu, saksi pendakwaan ke-14, pegawai sains di makmal penyiasatan kebakaran JBPM Selangor, Aznor Sheda Samsudin, 39, memberitahu mahkamah bahawa sisa petrol dijumpai pada tiga sampel sisa kebakaran yang diujinya.

Samirah Muzaffar, 45, dan dua remaja lelaki, masing-masing berusia 17 dan 14 tahun serta seorang wanita Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari, didakwa membunuh Nazrin di sebuah rumah di Mutiara Damansara, antara jam 11.30 malam 13 Jun 2018 dan jam 4 pagi 14 Jun 2018.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman bersambung pada 24 Julai ini. – BERNAMA


mcm lemah je bukti ptrol plak.. result polis kata x ada.. bomba plak ada.. adui
 

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,902
Joined
Jul 1, 2008
Messages
35,902
Reaction score
2,730
Points
261
Awards
1
Saya diberitahu telefon bimbit Nazrin meletup, kata saksi
| | 11 September 2020

Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan
A
A
SHAH ALAM - Saksi pendakwaan ke-28 kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan menyatakan, beliau ada diberitahu kejadian kebakaran di bilik tidur lelaki berkenaan akibat letupan telefon bimbit yang juga terkena pada mangsa.


Bekas pemandu peribadi Nazrin, Muhammad Nabil Faqih, 28, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, perkara tersebut dimaklumkan kepadanya oleh anak tiri majikannya itu ketika mereka bertemu pada hari kejadian.

Muhammad Nabil berkata, pada mulanya, beliau mengetahui Nazrin sudah meninggal dunia apabila dihubungi oleh setiausaha majikannya itu bernama Anisa pada hari kejadian (14 Jun 2018), menyebabkannya segera ke rumah mangsa bersama isteri.


“Pada 14 Jun (2018), saya diberi cuti (oleh Nazrin). Saya menerima panggilan (daripada Anisa) menyatakan Nazrin sudah meninggal dunia. Saya bertanya kenapa dan diberitahu berlaku kebakaran di rumahnya.

“Apabila sampai di rumah (Nazrin), saya ada bertemu dengan anak tirinya. Saya bertanya macam mana boleh terbakar? Dia kata ‘handphone’ meletup terkena bahagian belakang,” katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah mengenai kes kematian Nazrin di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman.

Terdahulu, Mohd Asnawi bertanyakan kepada Muhammad Nabil keberadaannya pada 14 Jun 2018 dan bagaimana beliau mengetahui majikannya telah meninggal dunia.

Mohd Asnawi turut bertanya apakah yang difahami dengan maksud ‘bahagian belakang’ seperti diberitahu anak tiri Nazrin, Muhammad Nabil bagaimanapun tidak dapat menjelaskan secara terperinci kerana tidak mengingati butirannya.

“Saya tak berapa ingat cuma apabila saya nak balik, anak tiri Nazrin ada beritahu saya 'Uncle Nazrin mungkin ada orang buat atau pukul sebab dekat belakang ada darah, sambil menunjukkan tangan di belakang kepala,” katanya.

Mohd Asnawi: Dia (anak tiri Nazrin) kata mungkin ada orang buat. Kenapa dia kata begitu? Encik Nabil tanya ke?

Muhammad Nabil: Saya tak tanya.

Mohd Asnawi: Apa reaksi Encik Nabil apabila diberitahu begitu?

Muhammad Nabil: Sepanjang saya kenal anak tiri Nazrin, dia memang suka cerita macam budak-budak tapi saya tak ambil serius. Mungkin dia nampak dari jauh dan beranggapan begitu.

Mohd Asnawi: Encik Nabil tak cakap apa-apa? Memang Encik Nabil kenal dia banyak bercakap tapi Encik Nabil tak tanya (dengan lebih lanjut)?

Muhammad Nabil: Saya tak tanya dan cuma mendengar.

Pada 12 Mac 2019, Samirah Muzaffar, 45, bekas eksekutif kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang juga isteri Nazrin serta dua remaja lelaki masing-masing berusia 17 dan 14 tahun, didakwa bersama seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari, membunuh mangsa.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.

Perbicaraan bersambung 25 September. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...tahu-telefon-bimbit-Nazrin-meletup-kata-saksi
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,902
Joined
Jul 1, 2008
Messages
35,902
Reaction score
2,730
Points
261
Awards
1
Fund: Keterangan bekas pemandu Nazrin mengelirukan
| | 25 September 2020

Nazrin ditemui maut dalam kebakaran kira-kira jam 12 tengah hari di bilik tidur tingkat atas rumahnya di Lorong PJU 7/24A, Mutiara Damansara, Petaling Jaya pada 14 Jun 2018.

SHAH ALAM - Pihak pembelaan perbicaraan kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa saksi pendakwaan ke-28 terpengaruh dengan pelbagai teori semasa memberi keterangan.


Peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika menyoal balas bekas pemandu peribadi Nazrin, Muhammad Nabil Faqih, 28, berkata, dakwaan bahawa kematian Nazrin berpunca daripada letupan telefon bimbit hanya diperkatakan selepas bedah siasat pertama selesai.

"Kamu (Muhammad Nabil) memberitahu mahkamah, semasa kamu sampai di tempat kejadian kira-kira jam 2 petang, anak tiri arwah (Nazrin) memaklumkan kepada kamu bahawa kematian Nazrin adalah akibat letupan telefon bimbit.


"Tahukah kamu bahawa teori ini hanya keluar selepas bedah siasat dijalankan?” soal Muhammad Shafee di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman.

Menurutnya, pihak pembelaan berpendapat Muhammad Nabil telah mencampuradukkan perkara yang berlaku semasa berada di rumah Nazrin dengan apa dibacanya menerusi media sosial terutamanya di akaun laman Facebook ‘Justice For Nazrin’ dan ‘Memories of my Beloved brother arwah Ying-Nazrin’.

Bagaimanapun Muhammad Nabil menepis dakwaan berkenaan dan kekal dengan keterangan bahawa anak tiri Nazrin ada memberitahunya, kejadian kebakaran di bilik tidur Nazrin adalah akibat letupan telefon bimbit.

Muhammad Shafee dalam soal balasnya turut mempertikaikan masa kehadiran Muhammad Nabil ke rumah Nazrin pada hari kejadian.

Muhammad Nabil dalam keterangannya terdahulu menyatakan beliau tiba di rumah Nazrin di Mutiara Damansara antara jam 1.30 tengah hari hingga 2 petang dan berdiri di pintu bilik yang terbakar itu sambil berkata, dia tidak melihat mayat Nazrin kerana sudah dibawa ke hospital.

Muhammad Shafee berkata, berdasarkan laporan bomba dan polis, mayat Nazrin hanya dibawa keluar daripada rumah berkenaan pada kira-kira jam 4 petang dan dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat.

Pada 12 Mac 2019, Samirah Muzaffar, 45, bekas eksekutif kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia, yang juga isteri Nazrin serta dua remaja lelaki masing-masing berusia 17 dan 14 tahun, didakwa bersama seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari membunuh mangsa.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara jam 11.30 malam 13 Jun dan 4 pagi 14 Jun 2018.

Perbicaraan bersambung 2 Oktober ini. - Bernama
 

QIPIDELANA

Legendary Member
gem
Messages
10,622
Joined
Dec 13, 2012
Messages
10,622
Reaction score
448
Points
146
Bila kes ni nak selesai?xsabar nak tgu keputusan mahkamah
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,145
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,145
Reaction score
3,195
Points
261
Awards
1
pendpt pribadi
Spt plot kaitan kes bunuh
Sbb drp citer, pasangan slalu bergaduh
Tp yg heran tu siap anak plak ada subahat memanah
Mungkin penderaan mental sampai sanggup ada plot pembunuhan

kita tunggu episod seterusnya
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,145
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,145
Reaction score
3,195
Points
261
Awards
1
Jadi kes bunuh selepas makluman awal JBPM
Shah Alam: Perbicaraan kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan diberitahu tadi, bahawa kertas siasatan kes itu ditukar daripada mati mengejut kepada membunuh susulan pemakluman awal kejadian oleh bomba pada 18 Jun 2018.

Anggota Balai Polis Damansara, Sarjan Abdul Rahim Taha, 59, berkata, maklumat awal Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor melalui surat menyatakan kejadian kebakaran di bilik tidur Nazrin adalah kes sengaja dibakar.

"Dalam pemakluman awal itu bertulis 'kes sengaja dibakar, rumah berkembar dua tingkat. Siasatan awal mendapati kes sengaja dibakar. Sukacita dimaklumkan supaya kes disiasat mengikut Seksyen 435, 436 dan 438 Kanun Keseksaan supaya mana-mana orang didakwa di mahkamah," katanya.

Saksi pendakwaan ke-33 itu yang disoal Timbalan Pendakwa Raya Siti Rohaida Che Hamid berkata, beliau kemudian diarahkan ketuanya supaya menghantar kertas siasatan dan surat pemakluman awal berkenaan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan selanjutnya.

"(Siasatan) Kes itu diserahkan kepada ASP (asisten superintendan ) Mohd Nizam Daud daripada Jabatan Siasatan Jenayah IPD Petaling Jaya dan ia kemudian diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Pada prosiding perbicaraan kes itu semalam, Abdul Rahim dalam pernyataan saksi memaklumkan siasatan awal polis mengklasifikasikan kematian Nazrin sebagai mati mengejut sebelum bedah siasat dilakukan di Hospital Kuala Lumpur yang menyimpulkan puncanya adalah akibat 'komplikasi daripada kecederaan letupan'.

Samirah Muzaffar, 45, bekas eksekutif kanan yang juga isteri Nazrin serta dua remaja lelaki masing-masing berusia 14 dan 17 tahun didakwa bersama seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari, membunuh mangsa.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara jam 11.30 malam 13 Jun, 2018 dan jam 4 pagi, 14 Jun 2018.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman bersambung 15 Januari depan.
 

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,288
Joined
Apr 18, 2010
Messages
39,288
Reaction score
3,006
Points
266
Awards
1
Kes bunuh CEO Cradle Fund: Plastik putih ada kesan jelaga antara dirampas

failcradle_1614602624.jpg


Shah Alam: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa terdapat kesan seakan-akan jelaga pada plastik putih tertulis nama 'Nazrin' mengandungi kad sim yang ditemui ketika pemeriksaan polis di sebuah rumah di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) pada 11 September 2018.

Pegawai Penjaga D9 Siasatan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, R Murugesh, 35, berkata kesan itu dilihat berdasarkan pemerhatiannya terhadap plastik tersebut.

"Ada (kesan seakan-akan jelaga), pada plastik (berwarna putih)," katanya ketika menjawab soalan peguam bela L.S. Leonard mengenai kewujudan kesan itu pada bahan bukti yang mengandungi kad sim tersebut pada perbicaraan kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan, hari ini.

Samirah Muzaffar, 46, bekas eksekutif kanan yang juga isteri Nazrin serta dua remaja lelaki masing-masing pada berusia 17 dan 14 tahun didakwa bersama seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari, menyebabkan kematian Nazrin di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.

Murugesh, saksi ke-37 berkata kad sim berwarna putih di bahagian hadapan dan ungu di belakang itu, dirampas oleh pasukannya ketika melakukan pemeriksaan kali kedua di sebuah bilik di kediaman ibu bapa Samirah kira-kira 4.30 petang pada hari tersebut yang dipandu arah oleh Samirah.

Beliau berkata, pada plastik putih itu juga terdapat kesan kecil seakan-akan cair di bahagian atas bahan kes itu.

"Ketika (pemeriksaan) ada nampak kesan (jelaga) seakan-akan ada, nampak juga (kesan) sedikit kotor, ada kehitaman sedikit. Mungkin benda (plastik putih) tersebut sudah lama," katanya menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Siti Rohaida Che Hamid berhubung kewujudan kesan pada plastik tersebut.

Terdahulu, Murugesh yang membaca pernyataan saksi memaklumkan, semasa pemeriksaan di kediaman ibu bapa Samirah, beliau berkhidmat sebagai Pegawai Operasi D9 Cawangan Siasatan Jenayah Khas IPD Petaling Jaya.

Beliau berkata semasa di rumah itu, pihaknya turut merampas barang elektronik ketika dipandu arah oleh seorang remaja lelaki yang juga salah seorang tertuduh bagi kes berkenaan, kira-kira 7.50 pagi.

"Antaranya yang dirampas ialah tiga telefon bimbit jenama Nokia, Samsung dan Huawei, dua komputer riba jenama Apple dan Lenovo, (dua) Ipad dan (dua) cakera keras, satu kad sim, (satu) kamera Nikon, (satu) alat pengecas Apple. Kesemua barang ini dirampas bagi membantu siasatan," katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman bersambung esok. TAG: CEO,

 

Jal Leman

Fun Poster
Messages
389
Joined
Apr 2, 2018
Messages
389
Reaction score
48
Points
30
Bila baca balik kes ni, rasa macam sbb pembunuhan disebabkan masalah keluarga.
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,424
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,424
Reaction score
22,255
Points
1,831
Awards
1
Samirah kemuka bantahan penama KWSP Nazrin

h17_1615996922.jpg


Shah Alam: Mahkamah Tinggi di sini, semalam diberitahu bahawa balu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan mengemukakan bantahan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berhubung penamaan caruman kredit oleh suaminya, dua minggu selepas kematian Nazrin.


Noor Hafizah Osman, 36, Pegawai Akaun KWSP di Jabatan Pengurusan Operasi Pengeluaran KWSP pada 2018 berkata, berdasarkan rekod KWSP, penamaan bagi caruman kredit ahli KWSP bernama Nazrin Hassan dinamakan atas nama Eza Shafina Dzulkarnain, 47, yang dibuatnya pada 13 Januari 2011.

"Pada 28 Jun 2018, KWSP menerima bantahan penamaan daripada isteri si mati (Nazrin) bernama Samirah Muzaffar yang dibuat di KWSP Cawangan Kuala Lumpur. Pada tarikh itu, Samirah ada mengemukakan surat bantahan atas nama beliau dan ditandatangani olehnya sendiri," katanya.

Saksi pendakwaan ke-45 itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan kes Samirah, 46, serta dua remaja lelaki masing-masing kini berusia 17 dan 14 tahun didakwa bersama seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari, menyebabkan kematian Nazrin di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.

Noor Hafizah berkata, Samirah mengemukakan permohonan bantahan berkenaan dengan meminta supaya pihak KWSP membekukan akaun suaminya berikutan wanita itu dalam proses untuk mendapatkan sijil faraid daripada Mahkamah Syariah.

Katanya, lanjutan bantahan oleh Samirah, pihak KWSP pada 6 Julai 2018 melalui Jabatan Pengurusan Operasi Pengeluaran mengeluarkan surat kepada wanita itu mencadangkan supaya beliau memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi sekiranya ingin membantah pembayaran kredit si mati (Nazrin) yang merupakan ahli KWSP kepada penama Eza Shafina dan juga mendapatkan perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi dalam tempoh 21 hari bekerja.

"Namun, pihak KWSP tidak dikemukakan dengan sebarang saman pemula atau perintah injunksi daripada Samirah sehinggalah pihak KWSP dimaklumkan bahawa kes kematian Nazrin disiasat sebagai satu kes bunuh," kata saksi itu lagi.

Sementara itu, ketika disoal balas oleh peguam L S Leonard, saksi berkenaan berkata, sebagai seorang pegawai akaun yang menguruskan bantahan waris di KWSP, beliau sering menerima bantahan berhubung penamaan KWSP seperti yang dikemukakan oleh Samirah.

"Bantahan begini adalah satu perkara biasa. Tidak ada apa yang luar biasa," katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman bersambung Isnin depan.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register