BTC USD 40,844.6 Gold USD 1,838.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

CEO Cradle Fund dibunuh, Samirah & 2 anak tiri didakwa

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,424
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,424
Reaction score
22,255
Points
1,831
Awards
1
ceo_cropped_1528970413.jpg

file6p6p40ndwb41fdpr0cph.ashx


KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Nazrin Hassan meninggal dunia dalam satu kebakaran di rumahnya di Mutiara Damansara, Selangor tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan kejadian.

“Polis yang menerima panggilan jam 12.55 bergegas ke lokasi kejadian di mana 3 jentera bomba sedang memadamkan kebakaran,” kata Mohd Zani.

Kebakaran melibatkan sebuah bilik tidur utama di tingkat atas rumah teres dua tingkat tersebut.

Sementara itu, menurut Komander Operasi Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Damansara Ramli Harun mangsa ketika kejadian berada di bilik berkenaan seorang diri.

“Mangsa berada di dalam bilik berkenaan yang dikunci dari dalam sebelum ia dipecahkan oleh pengawal keselamatan kawasan perumahan,” kata Ramli.

Isteri dan empat anak mangsa yang berada di tingkat bawah bagaimanapun sempat menyelamatkan diri.

Menurut saksi, kebakaran disedari jiran yang terlihat asap keluar dari tingkap hadapan rumah.

Jenazah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.


http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ceo-cradle-fund-maut-dalam-kebakaran-178177

PETALING JAYA: Cradle Fund Sdn Bhd chief executive officer Nazrin Hassan died of smoke inhalation after his room caught fire at his home in Mutiara Damansara here Thursday (June 14).

He was 45, and leaves behind a wife and four children.

According to a family friend, Nazrin had complained of a migraine this afternoon and went to bed after taking some medication.

The bed caught fire, and Nazrin is believed to have died of smoke inhalation.

The incident happened around 12.30 pm at Nazrin’s double-storey semi-detached house in Mutiara Damansara.

The Fire and Rescue Department said it received a report at 12.30pm and despatched two fire engines and 14 firemen to the scene.

They arrived at 12.46pm and the fire was put out at 12.53pm.

The cause of the fire has yet to be determined.

Petaling Jaya OCPD Asst Comm Mohd Zani Che Din said around 30% of the victim's body was burnt.

"The cause of death is smoke inhalation and the body being burnt," he said when contacted on Thursday.

Cradle is a Ministry of Finance company that looks into developing entrepreneurs and the Malaysian start-up ecosystem. It was the agency that gave early funding to companies like ride-hailing pioneer Grab (previously MyTeksi) and fintech startup iMoney.


https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/06/14/cradle-ceo-nazrin-hassan-dies-in-room-fire/
 
Samirah dibebaskan hari ini

D7tlKJOUwAYut9d.jpg

KENDERAAN ahli keluarga yang dipercayai membawa Samirah Muzaffar balu Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Nazrin Hassan meninggalkan Istana Kehakiman Putrajaya selepas dibebaskan dengan jaminan RM500,000 berserta dua penjamin sementara menunggu perbicaraan kes bunuh yang dihadapinya yang ditetapkan pada 3 September ini. NSTP/Luqman Hakim Zubir

PUTRAJAYA: Isteri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Samirah Muzaffar sebentar tadi dibebaskan dengan ikat jamin RM500,000 di Mahkamah Persekutuan di sini, sementara menunggu perbicaraan atas dakwaan membunuh suaminya.

Dia meninggalkan pekarangan Istana Kehakiman kira-kira jam 12.40 tengah hari dengan menaiki kereta berwarna hitam, bersama tiga ahli keluarganya melalui laluan lokap mahkamah di aras bawah tanah.

Samirah dilihat menutup wajahnya dengan selendang hitam ketika memasuki kenderaan.

Petugas media yang menunggu di Mahkamah Persekutuan sejak jam 8.30 pagi bagaimanapun gagal mendapatkan komennya.

Terdahulu, beberapa ahli keluarganya hadir di Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan di sini pada jam 11.40 pagi bagi membayar wang jaminan.

Semalam, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Samirah, 44, yang didakwa membunuh suaminya, untuk dibebaskan dengan ikat jamin RM500,000 dengan dua penjamin.

Keputusan itu dibuat panel lima hakim diketuai Tan Sri Azahar Mohamed.

Azahar berkata, alasan utama Mahkamah Tinggi sebelum ini bahawa pemohon mungkin akan mengganggu saksi jika dibebaskan adalah dakwaan yang samar dan tanpa bukti.

Azahar berkata, Mahkamah Tinggi juga gagal untuk mengambil kira bahawa wanita yang menghadapi tuduhan membunuh yang sedang menunggu perbicaraan dibenar untuk dibebaskan dengan ikat jamin.

Selain itu katanya, pemohon juga mempunyai dua anak kecil di bawah usia lima tahun yang memerlukan penjagaan serta perhatiannya, selain dia sebelum ini memberikan kerjasama kepada polis sepanjang siasatan dijalankan.

Mahkamah turut menetapkan lima syarat terhadap Samirah berikutan keputusan itu iaitu dia perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melaporkan diri kepada balai polis terdekat sekali dalam tempoh dua minggu dan perlu berada dalam rumah dari jam 6 petang hingga 8 pagi.

Selain itu, dia juga tidak boleh berada di sebarang tempat umum dan menghadiri sebarang majlis umum kecuali untuk tujuan keagamaan dan hal ehwal keluarga, selain dia tidak boleh meninggalkan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya tanpa kebenaran mahkamah.

Pada 10 Mei lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Samirah untuk dibebaskan dengan ikat jamin, sekali gus mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini yang menolak permohonan ikat jamin Samirah.

Pada 11 April lalu, Samirah yang juga tertuduh pertama dalam kes pembunuhan CEO Cradle Fund Sdn Bhd, Allahyarham Nazrin Hassan gagal mendapatkan jaminan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pada 12 Mac lalu, Samirah serta dua remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas pertuduhan membunuh Nazrin pada Jun tahun lalu.

Bagaimanapun, dua tertuduh juvana berkenaan dibenarkan ikat jamin pada 27 Mac lalu, masing-masing dengan jaminan RM50,000 dengan dua penjamin.

Perbicaraan kes pembunuhan itu sebelum ini ditetapkan bermula 3 September depan.


https://www.bharian.com.my/berita/k...eo-cradle-fund-isteri-bebas-dengan-ikat-jamin

Samirah dibebaskan sementara

SAMIRAH_MUZAFFAR_1559046320.jpg

MAHKAMAH Persekutuan hari ini membenarkan Samirah Muzaffar dibebaskan sementara menunggu perbicaraan kes bunuh dihadapinya. - FOTO Bernama

ISTERI Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Samirah Muzaffar sebak dan menitiskan air mata sebaik Mahkamah Persekutuan, Putrajaya, hari ini membenarkannya diikat jamin sementara menunggu perbicaraan atas dakwaan membunuh suaminya.

Samirah, 44, kelihatan berpelukan dengan ahli keluarganya yang hadir pada prosiding berkenaan. Beberapa ahli keluarga turut sebak selepas keputusan itu dibacakan.

Samirah akan dibebaskan pagi esok di Mahkamah Persekutuan Putrajaya, selepas membayar wang jaminan RM500,000 yang diputuskan mahkamah dengan dua penjamin.

Terdahulu, panel lima hakim diketuai Tan Sri Azahar Mohamed membuat keputusan membenarkan rayuan Samirah.

Azahar ketika membaca penghakimannya, berkata Mahkamah Tinggi sebelum ini terkhilaf apabila tidak membenarkan Samirah diikat jamin.

Beliau berkata, alasan utama Mahkamah Tinggi bahawa pemohon mungkin akan mengganggu saksi jika dibebaskan adalah dakwaan yang samar dan tanpa bukti.

Azahar berkata, Mahkamah Tinggi juga gagal untuk mengambil kira bahawa wanita yang menghadapi tuduhan membunuh yang sedang menunggu perbicaraan dibenar untuk dibebaskan dengan ikat jamin.

Selain itu, katanya, pemohon juga mempunyai dua anak kecil di bawah usia lima tahun yang memerlukan penjagaan serta perhatiannya selain dia sebelum ini memberikan kerjasama kepada polis sepanjang siasatan dijalankan.

“Dengan ini, kami membenarkan rayuan ini dan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi,” katanya.

Mahkamah turut menetapkan lima syarat terhadap Samirah susulan keputusan itu iaitu pemohon perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melaporkan diri kepada balai polis terdekat sekali dalam tempoh dua minggu dan perlu berada dalam rumah dari jam 6 petang hingga 8 pagi.

Selain itu, pemohon juga tidak boleh berada di sebarang tempat umum dan menghadiri sebarang majlis umum kecuali untuk tujuan keagamaan dan hal ehwal keluarga selain dia tidak boleh meninggalkan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya tanpa kebenaran mahkamah.

Sementara itu, peguam Samirah, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata keputusan itu adalah satu penanda aras baharu kerana tidak ada mahkamah rayuan yang membuat penghakiman mengenai ikat jamin sebelum ini di negara Komanwel.

“Undang-undang semakin munasabah kerana anda hanya dituduh, melainkan anda adalah pengganas. Ini adalah kes bunuh yang biasa dan anda belum dibuktikan bersalah serta dianggap tidak bersalah.

“Dalam bidang kuasa yang bertamadun, ikat jamin dibenarkan. Ia boleh diseimbangkan dengan mengenakan syarat dan syarat (ditetapkan mahkamah) agak ketat,” katanya.

Pada 10 Mei lalu, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Samirah untuk dibebaskan dengan ikat jamin, sekali gus mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini yang menolak permohonan ikat jamin Samirah.

Pada 11 April lalu, Samirah yang juga tertuduh pertama dalam kes pembunuhan CEO Cradle Fund Sdn Bhd, Allahyarham Nazrin Hassan gagal mendapatkan jaminan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pada 12 Mac lalu, Samirah serta dua remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh Nazrin pada Jun tahun lalu.

Bagaimanapun, dua tertuduh juvana berkenaan dibenarkan ikat jamin pada 27 Mac lalu, masing-masing dengan jaminan RM50,000 dengan dua penjamin.

Perbicaraan kes pembunuhan itu sebelum ini ditetapkan bermula 3 September depan.


https://www.hmetro.com.my/utama/2019/05/460332/air-mata-samirah

Samirah sedia kena tahan dalam rumah jika dapat ikat jamin

D5ET-ZqUYAAm8n9.png

DR Chandra Muzaffar bersama keluarga keluar dari mahkamah selepas kes rayuan isteri Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Samirah Muzaffar untuk diikat jamin atas didakwa membunuh suaminya di Mahkamah Rayuan, Putrajaya. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan 10 Mei bagi mendengar hujahan pihak pendakwaan terhadap rayuan isteri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan ikat jamin atas dakwaan membunuh suaminya.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Kamardin Hashim menetapkan tarikh itu bagi memberi masa yang cukup kepada pihak pendakwaan dalam kes pembunuhan Allahyarham Nazrin Hassan, membuat hujahan.

Terdahulu peguam tertuduh, Samirah Muzaffar, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika mengemukakan hujahan bagi pihak pembelaan, berkata terdapat asas kukuh untuk mahkamah membenarkan anak guamnya dijamin.

Peguam berkenaan memaklumkan, anak guamnya rela sekiranya dilepaskan walaupun dengan syarat jaminan yang ketat sementara menunggu perbicaraan.

“Anak guam saya sedia mematuhi syarat jaminan ketat termasuk tinggal 24 jam di dalam rumah asalkan dapat bersama empat anaknya yang mana dua daripada mereka berusia empat tahun ke bawah.

“Beliau juga tidak kisah sekiranya mahkamah menetapkan syarat perlu melapor diri di balai polis setiap minggu atau setiap hari. Beliau rela terima segala syarat mahkamah,” katanya.

Pada 11 April lalu, Samirah, 44, yang juga tertuduh pertama dalam kes pembunuhan suaminya, Nazrin Hassan, gagal dalam permohonan mendapatkan jaminan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Hakim mahkamah berkenaan, Datuk Ab Karim Ab Rahman dilaporkan, berkata mahkamah mengambil kira seriusnya dakwaan dihadapi Samirah yang membawa hukuman berat, iaitu gantung, selain ada kemungkinan saksi kes itu akan diganggu.

Ab Karim kemudian menetapkan 21 Jun ini untuk tarikh sebutan bagi pengurusan kes, manakala perbicaraan bermula 3 September ini.

Pada 12 Mac lalu, Samirah serta dua remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas pertuduhan membunuh Nazrin pada Jun tahun lalu.

Bagaimanapun dua tertuduh juvana berkenaan dibenarkan ikat jamin pada 27 Mac lalu, masing-masing dengan jaminan RM50,000 bersama dua penjamin berbeza.

Terdahulu dalam prosiding sama hari ini, Muhammad Shafee berkata, hakim tidak konsisten dalam mengendalikan permohonan jaminan oleh Samirah dan dua tertuduh juvana dalam kes itu.

Katanya, permohonan ikat jamin Samirah ditolak kerana mahkamah lebih rendah memutuskan ada kemungkinan saksi kes akan diganggu berikutan pembunuhan adalah membabitkan keluarga dan hubungan saksi juga adalah ahli keluarga.

“Bagaimanapun, mahkamah memutuskan untuk membebaskan dengan jaminan dua remaja itu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Jamil Aripin dalam hujahannya, berkata Mahkamah Rayuan tidak sepatutnya mengganggu keputusan Mahkamah Tinggi.

Katanya, tidak ada kesilapan ketika hakim menggunakan budi bicaranya untuk menolak ikat jamin Samiran sebelum ini.


https://www.bharian.com.my/berita/k...mirah-sedia-kena-tahan-dalam-rumah-jika-dapat

Samirah dan 2 remaja mengaku tak bersalah

image.jpg

Samirah (kiri) dan dua lagi remaja mengaku tidak bersalah membunuh suaminya, Nazrin (kanan) di Mahkamah Tinggi di sini tadi. Foto oleh AMIR HAFIZ ABD RAHMAN

SHAH ALAM - Balu dan dua remaja yang didakwa membunuh bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd., Nazrin Hassan, 46, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di Mahkamah Tinggi di sini tadi.

Tertuduh, Samirah Muzaffar, 44, dan dua remaja masing-masing berusia 13 dan 16 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan dihadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman.

Prosiding sebutan semula kes itu tadi dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Jamil Aripin dan Mohd. Zain Ibrahim.

Mengikut pertuduhan, mereka dengan seorang lagi yang masih bebas iaitu Eka Wahyu Lestari warga Indonesia dengan mencapai niat bersama melakukan pembunuhan ke atas Nazrin pukul 11.30 malam, 13 Jun dan 4 pagi 14 Jun tahun lalu.

Samirah diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, Rahmat Hazlan dan Tania Scivetti.

Dua remaja itu pula diwakili LS Leonard, Salim Bashir dan Hisyam Teh Poh Teik manakala S. Selvi mewakili seorang lagi tertuduh warga Indonesia yang masih bebas.

Terdahulu, semua tertuduh tiba di mahkamah pukul 8.30 pagi tadi.

Mahkamah menetapkan 11 April sebagai pengurusan kes.


http://www.kosmo.com.my/terkini/vid...an-dua-remaja-mengaku-tidak-bersalah-1.859016

Peguam gesa remaja didakwa bunuh CEO Cradle Fund dibenar ikat jamin

March 5, 2019 8:57 AM

Samirah-Muzzaffar-fmt-040319-1.jpg

Semalam, balu CEO Cradle Fund Sdn Bhd, Samirah Muzzaffar dan 2 remaja serta seorang lagi warga Indonesia yang masih bebas didakwa membunuh Nazrin Hassan.

PETALING JAYA: Seorang peguam menggesa 2 remaja yang berdepan tuduhan membunuh bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan dibebaskan dengan jaminan supaya pelajaran mereka tidak terganggu.

Baljit Sidhu berkata majistret tidak boleh menawarkan jaminan kerana pegawai itu tidak mempunyai bidang kuasa terhadap jenayah yang membawa kepada hukuman mati.

Bagaimanapun, Seksyen 388 Kanun Tatacara Jenayah membenarkan orang yang dituduh memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk jaminan bagi kesalahan yang tidak boleh dijamin seperti pembunuhan.

“Kanak-kanak, wanita, orang sakit atau orang yang lemah yang dituduh melakukan jenayah yang membawa kepada hukuman mati boleh membuat permohonan jaminan sementara menunggu keputusan perbicaraan,” kata Baljit kepada FMT.

Kedua-dua remaja yang berusia 15 dan 17 tahun itu didakwa membunuh Nazrin semalam bersama balunya, Samirah Muzaffar, dan Eka Wahyu Lestari yang masih bebas.

Mereka mencapai niat bersama melakukan sesuatu dengan menyebabkan kematian ke atas Nazrin di sebuah rumah di Mutiara Damansara.

Baljit berkata terdapat pendahulu undang-undang bagi remaja itu untuk memohon ikat jamin, memberi contoh bekas peguam Balwant Singh yang didakwa membunuh seorang penghantar barang pada 2002. Balwant dibenarkan ikat jamin kerana dia dikatakan lemah kerana sudah berusia.

“Mahkamah Tinggi kemudian mengenakan syarat dalam memberikan jaminan,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua remaja itu akan ditempatkan di Penjara Kajang tetapi diasingkan dengan tahanan dewasa.

“Mereka boleh meneruskan pelajaran mereka, dengan guru yang ditugaskan oleh pihak berkuasa untuk melawat mereka di bawah skim penjara.”

Baljit berkata ini adalah penting kerana dalam keadaan biasa, perbicaraan boleh mengambil masa antara 2 hingga 5 tahun untuk diputuskan.

“Dalam sistem keadilan jenayah kita, seseorang tertuduh dianggap tidak bersalah sehingga didapati bersalah oleh mahkamah.

“Masa mereka di penjara akan menjadi tidak produktif jika mereka akhirnya dibebaskan,” katanya.

Beliau juga mencadangkan agar remaja itu ditempatkan di bawah penjaga, dengan syarat jaminan yang ketat seperti tinggal di dalam rumah kecuali untuk bersekolah, dan melaporkan diri kepada balai polis terdekat sekali seminggu.

Baljit, yang juga ahli jawatankuasa undang-undang jenayah Majlis Peguam, menggesa kerajaan mengkaji Akta Kanak-kanak 2001 untuk membetulkan apa yang dikatakannya beberapa kelemahan dalam undang-undang.

“Mereka yang mendedahkan identiti kanak-kanak yang didakwa dengan kes jenayah mesti dihukum dengan hukuman penjara atau denda yang berat,” katanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/c...kwa-bunuh-ceo-cradle-fund-dibenar-ikat-jamin/

Samirah, 2 anak tiri cukup tenang dalam mahkamah

McGRcQ


PETALING JAYA: Kehadiran dua remaja yang lengkap berpakaian seragam sekolah menengah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor pada tengah hari Isnin menambahkan tanda tanya berhubung kematian bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn. Bhd., Nazrin Hassan.


Ketika diiringi polis memasuki kamar mahkamah, wajah kedua-dua remaja yang masing-masing berusia 13 dan 16 tahun itu ditutup dengan kain.

Begitu juga dengan Samirah Muzaffar, 44. Wajah wanita itu berselubung.

Ketiga-tiga mereka merupakan suspek yang dihadapkan di mahkamah berkenaan atas dakwaan membunuh Nazrin.

Kecoh seketika persekitaran mahkamah dengan jeritan pihak polis mengawal suasana serta kekalutan pengamal media membuat liputan kes berprofil tinggi itu.

Dalam diri semua yang menghadiri perbicaraan itu tertanya-tanya, kenapa Nazrin dibunuh pada 14 Jun tahun lalu ketika sambutan Aidilfitri?

Ketika umat Islam menyambut hari kebesaran penuh kemuliaan itu, berita duka pemergian Nazrin mengejutkan seluruh negara.

Kejutan tambah berganda apabila isteri Allahyarham Nazrin, Samirah dan dua remaja di bawah umur itu turut terpalit dalam kes pembunuhan ini.

Di mahkamah yang sama tentu sekali segala persoalan akan terjawab.

Sukar untuk meneka, jauh sekali untuk mendasari gejolak jiwa ketiga-tiga individu yang ditangkap polis awal pagi Isnin untuk didakwa di mahkamah.

Di dalam mahkamah ketika pertuduhan ke atas mereka dibaca di depan majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir, baik Samirah dan dua remaja berkenaan cukup tenang.

Pemerhatian Astro AWANI dari jauh sukar untuk membaca 'air muka' mereka, sebaliknya, ketiga-tiga mereka sekadar angguk menandakan faham dengan pertuduhan yang dibacakan walaupun hukuman yang menanti mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan adalah hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Di satu sudut lain, kelibat ahli keluarga ketiga-tiga tertuduh tersebut termasuk ayah Samirah yang juga penganalisis politik dan aktivis sosial, Dr Chandra Muzaffar hadir berkerusi roda memberikan sokongan buat anaknya itu.

Seperti majoriti rakyat Malaysia, semua yang berada di mahkamah turut tertanya-tanya apakah jawapan di sebalik kematian Allahyarham Nazrin.


http://www.astroawani.com/berita-malaysia/menanti-jawapan-misteri-kematian-nazrin-200217

Polis buru amah Indonesia

RAMPASAN_DADAH_SYABU_JABATAN_SISASATAN_NARKOTIK_IPK_SELANGOR_1551698176.jpg


KUALA LUMPUR: Polis masih memburu seorang wanita warga asing yang dituduh bersama Samira Muzaffar dan dua remaja dalam kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan.


Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, berkata pihaknya akan mendapatkan bantuan dari negara jiran dalam usaha menjejak wanita itu.

“Kami masih mengesan wanita terbabit dan akan mendapatkan bantuan daripada negara jiran,” katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Samira, 44, bersama dua remaja terbabit yang masing-masing berusia 13 dan 16 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas tuduhan membunuh Nazrin, tahun lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, Samira didakwa bersama dua remaja dan seorang lagi yang masih bebas iaitu warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari melakukan pembunuhan dan menyebabkan kematian terhadap Nazrin, 45.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh.


https://www.bharian.com.my/berita/k...ru-tertuduh-keempat-kes-bunuh-ceo-cradle-fund

4 MAC: Suspek remaja berpakaian sekolah dibawa keluar dari Lokap Mahkamah Majistret Petaling Jaya difahamkan akan dibawa ke Penjara Kajang

D0zLFmoVYAAONku.jpg

4 MAC: Suspek Samirah Muzaffar 44 tahun dibawa keluar oleh polis dari Lokap Mahkamah Majistret Petaling Jaya. Beliau dituduh bersama membunuh Allahyarham Nazrin Hassan.

D0zPlRoUwAE9ajA.jpg

D0zPlR2UYAEreZF.jpg

2 anak tiri pakai baju sekolah

D0y8BTBV4AACG-z.jpg


PETALING JAYA 4 Mac - Isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd., Allahyarham Nazrin Hassan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh suaminya, Jun tahun lalu.


Turut didakwa bersama Samirah Muzaffar, 44, adalah dua anak lelakinya yang masing-masing berusia 13 dan 16 tahun.

Kesemua tertuduh mengangguk faham bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan ketika prosiding secara terbuka di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd. Nasir.

Kesemua tertuduh bersama-sama seorang yang masih bebas iaitu seorang wanita warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari di dakwa bagi mencapai niat bersama melakukan pembunuhan dan menyebabkan kematian mangsa di kediaman mereka di Mutiara Damansara di sini antara pukul 11.30 malam 13 Jun dan 4 pagi 14 Jun tahun lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Kesekaaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Ketika prosiding hanya Samirah yang merupakan bekas Eksekutif Kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) berada di dalam kandang tertuduh, bagaimanapun dua anaknya yang memakai baju sekolah itu berada di luar kandang.

Turut mengikuti prosiding pertuduhan hari ini adalah penganalisis politik, Dr. Chandra Muzaffar yang juga bapa Samirah serta ahli keluarga tertuduh yang lain.


http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/bunuh-ceo-cradle-fund-isteri-dua-anak-tiri-didakwa-1.853365

3 beranak didakwa bunuh Nazrin

oWH8BVWf


BALU serta dua anak tiri kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Allahyarham Nazrin Hassan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini, atas pertuduhan membunuh mangsa pada Jun tahun lalu.


Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Samirah Muzaffar, 44, dan dua anak lelakinya yang berusia 13 dan 16 tahun selepas pertuduhan dibacakan secara bersama di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir.

Ini berikutan kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Samirah yang juga bekas Eksekutif Kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan dua anaknya yang memakai pakaian seragam sekolah itu mengangguk faham dan tenang di dalam kandang tertuduh.

Turut kelihatan di galeri awam, puluhan ahli keluarga tiga beranak itu, termasuk penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar yang hadir dengan berkerusi roda di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya bagi memberikan sokongan.

Mengikut pertuduhan, tiga beranak itu didakwa bersama-sama dengan seorang lagi yang masih bebas Eka Wahyu Lestari, warga Indonesia, dengan niat bersama melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Nazrin, 47, di kediamannya di Mutiara Homes, antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi, 14 Jun 2018.

Dakwaan kes dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) yang dibaca bersama Seksyen 34 KK yang memperuntukkan hukuman mati, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan kes diwakili Ketua Unit Perbicaraan di Jabatan Peguam Negara Datuk Jamil Aripin dan Mohd Zain Ibrahim manakala Samirah dan dua anaknya diwakili peguam L S Leonard dan Mahinderjit Singh.

Dalam prosiding itu, Mohamad Ikhwan membenarkan kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi serta-merta.

Pada 14 Jun tahun lalu, Nazrin yang ketika itu berusia 47 tahun ditemui maut dalam kejadian kebakaran di bilik di rumahnya di Mutiara Homes, di sini.

Bagaimanapun, siasatan mendapati bahawa Allahyarham sudah meninggal dunia terlebih dahulu selain hasil bedah siasatan mendapati terdapat kesan melecur di beberapa bahagian di bahagian tubuh serta dua kesan lubang atau kecederaan pada bahagian kiri kepala mangsa.

Susulan itu, polis menahan beberapa individu untuk soal siasat termasuk Samirah serta bekas suaminya dan dua anaknya.


https://www.hmetro.com.my/utama/2019/03/429677/update-tiga-beranak-didakwa-bunuh-nazrin


Isteri, 2 anak CEO Cradle Fund akan didakwa membunuh

Isteri dan dua anak bekas CEO Cradle Fund Nazrin Hassan bakal didakwa atas kesalahan bunuh hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat berkata, turut akan didakwa adalah seorang lagi individu yang masih bebas.

"Jabatan Peguam Negara telah mengeluarkan arahan pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan ke atas Samirah Muzaffar, 43, dua anak lelaki (Nazrin) yang masing-masing berumur 15 dan 17 tahun, dan seorang lagi yang masih bebas.

"Ketiga-tiga (isteri dan dua anak lelaki) ditahan di kediaman mereka jam 6.45 pagi tadi. Pertuduhan akan dibuat jam dua petang ini di Mahkamah Majistret Petaling Jaya," katanya lagi.

Sekysen 302 Kanun Keseksaan berkenaan kesalahan bunuh, yang boleh membawa kepada hukuman mati jika sabit kesalahan.

Nazrin meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya pada 14 Jun lalu. Ketika itu, Allahyarham dikatakan maut akibat kebakaran selepas telefon bimbit dalam biliknya meletup.

Dua bulan kemudian, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh selepas siasatan bomba mendapati ada kesan petrol di tempat kejadian.

Polis kemudian menyoal siasat anggota keluarganya, termasuk mereman isteri dan menahan dua anak tirinya.


Pada 8 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan kubur Allahyarham digali semula agar bedah siasat kedua dapat dijalankan bagi mencari bukti baru mengenai kematiannya.

Laporan bedah siasat kedua kemudian mendapati Nazrin mati akibat kecederaan di kepala, bukan berpunca daripada telefon bimbit meletup.

Bedah siasat kedua, Nazrin mati akibat cedera di kepala

Laporan bedah siasat kedua mencadangkan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan meninggal dunia akibat beberapa kecederaan kepala dan bukan disebabkan telefon bimbit yang meletup, lapor The Sun.


Mengutip sumber, akhbar itu mengatakan laporan bedah siasat tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dan polis Selangor.

Nazrin, 45, ditemui mati pada 14 Jun tahun lepas selepas berlaku kebakaran di rumahnya di Petaling Jaya, Selangor.

Pada mulanya, Cradle Fund mengeluarkan kenyataan yang mendakwa Nazrin meninggal dunia akibat letupan telefon bimbit.

Laporan terbaru ini disokong oleh laporan bedah siasat pertama.

Bagaimanapun, polis mengesyaki Nazrin dibunuh selepas siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat mencadangkan kemungkinan terdapat perbuatan khianat.

Pusara Nazrin digali semula pada Oktober lalu.

Polis telah menyoal siasat beberapa ahli keluarga Nazrin dan bekas suami kepada isterinya. - MKini

f93a52ba8dccb17d4c6e079653bb505c.jpeg

Nazrin buat 4 laporan polis

KUALA LUMPUR - Sebanyak empat laporan polis termasuk berkaitan ugutan bunuh telah dibuat oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan tiga bulan sebelum dia dilaporkan meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya pada 14 Jun lalu.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kesemua laporan tersebut bagaimanapun telah ditarik semua oleh allahyarham Nazrin dan ketika ini pihaknya masih menunggu arahan daripada pejabat timbalan pendakwaraya untuk tindakan lanjut.

"Sebanyak empat laporan polis telah dibuat dan kesemua laporan itu telah kami siasat namun arwah telah menarik balik laporan-laporan tersebut.

"Kertas siasatan telah dikemukakan pada pihak Timbalan Pendakwa Raya namun kami tidak mendapat sebarang arahan jadi kita akan tunggu," katanya.

Terdahulu, media melaporkan polis sudah menyiasat dakwaan ugutan bunuh yang diterima Nazrin dan hasil siasatan yang dijalankan mendapati ancaman dalam bentuk panggilan telefon itu dilakukan oleh saudara terdekatnya.

Bagaimanapun, perkara melibatkan ugutan itu tidak termasuk dalam siasatan berhubung kes bunuh allahyarham.

Mengulas lanjut mengenai laporan bedah siasat kedua ke atas Nazrin, Mohamad Fuzi berkata pihaknya masih menunggu hasil laporan berkenaan yang sedang disiapkan oleh pegawai perubatan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), selepas proses bedah siasat kedua dibuat pada 8 Oktober lalu.


http://www.kosmo.com.my/terkini/all...laporan-polis-berhubung-ugutan-bunuh-1.789149

image.jpg

CEO Cradle Fund terima ugutan bunuh, sebelum dibunuh

KUALA LUMPUR 15 Nov. - CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan menerima ugutan bunuh tiga bulan sebelum beliau dibunuh, lapor sebuah portal berita.

The Malaysian Insight melaporkan, Nazrin menerima panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenali yang mengugut akan membunuhnya.

Portal itu melaporkan Nazrin menganggap ugutan itu serius dan telah membuat laporan polis.

Nazrin, 45, maut dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, di Petaling Jaya, kira-kira pukul 12.20 tengah hari, 14 Jun lalu.

Kematiannya kemudian diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas siasatan bomba menemukan kesan petrol di lokasi kebakaran.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jen...-bunuh-sebelum-dibunuh-1.787785#ixzz5WtPWG1ZC

Jenazah Nazrin dikebumikan kali kedua

DphQmx3VsAAIsTA.jpg

XWujgAwF

DphiJaAVsAASSFD.jpg


SELEPAS digali semula bagi membolehkan proses bedah siasat kedua dijalankan lapan hari lalu, jenazah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Nazrin Hassan dikebumikan untuk kali kedua di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara, hari ini.


Jenazah yang dibawa dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dengan van jenazah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan diiringi dua anggota polis bermotosikal tiba pada 11.35 pagi.

Turut kelihatan Proton Preve yang dinaiki oleh pegawai penyiasat kes sementara ahli keluarga terdekat Nazrin tiba 10 minit kemudian.

Pengebumian semula selesai kira-kira satu jam kemudian, pada 12.30 tengah hari.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilaporkan sebagai berkata, jasad Nazrin akan dikebumikan pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, pengebumian semula ditangguhkan selepas ahli patologi meminta sedikit masa untuk melengkapkan proses bedah siasat.

Pada 8 Oktober lalu, jenazah Allahyarham Nazrin dibawa keluar dari tanah perkuburan berkenaan untuk bedah siasat kali kedua di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Sebelum ini, Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 1 Oktober membenarkan permohonan polis untuk menggali semula kubur Allahyarham Nazrin bagi membolehkan bedah siasat kali kedua dijalankan untuk membantu siasatan polis berhubung kes bunuh mangsa.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/10/386608/jenazah-nazrin-selamat-dikebumikan-sekali-lagi

Jenazah dikebumi semula Jumaat ini

lwxfuzi040917.jpg


KUALA LUMPUR: Jenazah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan akan dikebumikan semula pada Jumaat ini.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, setakat ini proses bedah siasat kali kedua sedang dijalankan dan dijangka selesai dalam masa terdekat.

“Proses bedah siasat kali kedua bermula pada jam 4 petang semalam. Ini adalah satu proses mahkamah.

Penggalian dilakukan mengikut tertib agama yang perlu dipatuhi,” katanya.

Semalam, Jenazah Nazrin dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), untuk proses bedah siasat kedua.

Jasad Nazrin yang digali keluar dari kuburnya sekitar jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari semalam oleh kakitangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), dan dipantau pegawai Institut Perubatan Forensik Negara, dibawa dari kawasan Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 9, Kota Damansara, di sini, menuju ke PPUM.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, berkata proses penggalian semula kubur dijalankan dengan penuh berhati-hati dan teliti demi menghormati jenazah dan ahli keluarganya.

Selain dikendalikan oleh pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), proses penggalian semula kubur turut dipantau oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), doktor dan pegawai perubatan PPUM serta peguam pemerhati dan ahli keluarga Allahyarham Nazrin.


https://www.bharian.com.my/berita/k...azah-ceo-cradle-fund-akan-dikebumi-jumaat-ini

Kerja gali kubur Nazrin selesai

Do9eUtQVAAEuH31.jpg

Jenazah difahamkan akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menggunakan van jenazah untuk proses bedah siasat kali kedua.

PETALING JAYA 8 Okt. - Jenazah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd., Nazrin Hassan dibawa keluar selepas proses penggalian semula kubur Allayharham di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, di sini selesai tengah hari tadi.

Kerja-kerja penggalian yang bermula kira-kira pukul 8.30 pagi itu selesai sekitar pukul 12.45 tengah hari dan jenazah difahamkan akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menggunakan van jenazah untuk proses bedah siasat kali kedua.

Kawasan perkuburan yang menempatkan Allahyarham Nazrin dikawal ketat pihak polis serta wartawan tidak dibenarkan masuk untuk melihat prosedur penggalian tersebut.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili isteri Allahyarham, Samirah Muzzaffar dan ahli keluarga terdekat sahaja dibenarkan masuk.

Pagi tadi, Mahkamah Rayuan Putrajaya menolak permohonan Samirah untuk menangguhkan pelaksanaan perintah penggalian kubur yang dibenarkan Mahkamah Tinggi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Komisioner Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, bedah siasat kedua ke atas jenazah Nazrin dilakukan susulan terdapat anggota keluarga tidak berpuas hati atas laporan sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor mengesahkan kerja-kerja penggalian semula kubur Allahyarham Nazrin telah selesai.


http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/kerja-gali-semula-kubur-nazrin-selesai-1.763085

Laporan Sin Chew dakwa Samirah mempunyai bebanan hutang dan membuat tuntutan insurans berjumlah RM3.5 juta, seminggu selepas kematian Nazrin.

Do9JC-dV4AAogxB.jpg

Do9JEJCUYAIXOUP.jpg


http://www.sinchew.com.my/node/1792625

Samirah minta tangguh gali kubur

ISTERI Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Samirah Muzaffar, mengemukakan permohonan di Mahkamah Rayuan di Putrajaya, hari ini bagi menangguhkan penggalian semula kubur Allahyarham Nazrin Hassan.


Permohonan itu dikemukakan Samirah melalui peguam LS Leonard berikutan penggalian semula kubur di mana jenazah Nazrin akan dijalankan kira-kira jam 10 pagi.

Pasukan forensik polis dipercayai tiba di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara, jam 8.30 pagi tadi

Penggalian semula berkenaan dijalankan atas permintaan abang kandung Nazrin, Dr Malek Hassan, supaya bedah siasat kedua dapat dilakukan.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam, memperbetulkan perintah Mahkamah Majistret Petaling Jaya berkaitan penggalian semula kubur

“Sesuatu permohonan inkues tidak boleh dijalankan selagi hasil dan laporan lengkap siasatan tidak diserahkan kepada Majistret.

“Berikutan itu, saya memperbetulkan perintah itu kepada Seksyen 329 (3) kanun sama yang memperuntukkan kuasa penuh kepada polis bagi menjalankan siasatan terutama mengenal pasti punca sebenar kematian (Nazrin),” katanya.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/10/384386/minta-tangguh-gali-semula-kubur-ceo

Abang tak puas hati laporan bedah siasat
Kubur digali semula Isnin depan

PETALING JAYA - Kubur jenazah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd., Allahyarham Nazrin Hassan yang meninggal dunia dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Damansara, Jun lalu akan digali semula Isnin depan.


Menurut kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Se*nior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, permohonan itu dibuat pegawai penyiasat kes tersebut di dalam kamar Majistret Nor Ariffin Hisham.

"Mahkamah telah mengeluarkan perintah untuk mengali semula bagi tujuan bedah siasat kali kedua yang akan dilaksanakan pada Isnin depan," katanya.

Fadzil memberitahu, pihak polis telah menerima laporan dibuat oleh abang Nazrin yang tidak berpuas hati atas laporan bedah siasat dikeluarkan pihak patologi Hospital Kuala Lumpur.

"Pihak polis menerima laporan itu pada 24 September lalu. Ekoran daripada laporan berkenaan, pihak polis telah berbincang dengan Pengarah Pendakwaan Negeri untuk menjalankan prosedur dibawah Seksyen 336 Kanun Tatacara Jenayah iaitu untuk mengalikan dan mengadakan bedah siasat mayat kali kedua," katanya.

Terdahulu, beberapa ahli keluarga Nazrin tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya kira-kira pukul 9.40 pagi sebelum keluar kira-kira 40 minit kemudian.

Bagaimanapun, pihak media tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pengawai penyiasat bagi mengetahui maklumat lanjut behubung kes berkenaan.


http://www.kosmo.com.my/terkini/kubur-ceo-cradle-fund-digali-semula-isnin-depan-1.758517

Mahkamah benar kubur CEO Cradle Fund digali semula

WhatsApp_Image_2018-10-01_at_10.56.51_AMblur_1538369093.jpg

AHLI keluarga Nazrin ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali







PETALING JAYA: Polis dibenarkan Mahkamah Majistret di sini, hari ini, untuk menggali semula kubur jenazah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Allahyarham Nazrin Hassan yang meninggal dunia dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Damansara, Jun lalu.

Difahamkan, permohonan itu dibuat untuk mendapatkan mayat Nazrin bagi menjalankan bedah siasat kali kedua.

Permohonan itu dibuat pegawai penyiasat kes itu di dalam kamar Majistret Nor Ariffin Hisham.

Menurut sumber, proses menggali semua kubur itu akan dibuat pada Rabu ini.

Terdahulu, beberapa ahli keluarga Nazrin tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya kira-kira jam 9.40 pagi sebelum keluar kira-kira 40 minit kemudian.

Pada 4 September lalu, isteri Nazrin, Samirah Muzaffar dan bekas suaminya yang masing-masing berusia 43 tahun ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes itu.

Turut ditahan reman, anak tiri Nazrin yang berusia 14 dan 16 tahun pada 9 September lalu.

Selain itu, pada 24 September lalu, sepasang suami isteri yang juga adik ipar kepada Nazrin pula direman empat hari.

Bagaimanapun, kesemua suspek dibebaskan selepas tamat reman.










sumber: https://www.bharian.com.my/berita/k...mah-benar-kubur-ceo-cradle-fund-digali-semula







.

Adik ipar dan suami pula ditahan

image.jpg

Adik ipar arwah Nazrin dan suami ditahan reman hari ini.

PETALING JAYA - Adik ipar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd., Nazrin Hassan dan suaminya ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan kes kematian Nazrin yang maut dalam kebakaran di rumahnya Jun lalu.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Hairul Azhar Mohd. Ishak membenarkan tempoh reman sehingga Khamis ini bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap kedua-dua suspek yang berusia 39 dan 41 tahun.

Siasatan terhadap kedua-dua suspek itu dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Pada 4 September lalu, isteri kepada Nazrin dan bekas suaminya ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.

Sementara itu, pada 9 September lalu, turut ditahan reman dua anak tiri Nazrin yang berusia 14 dan 16 tahun.

Bagaimanapun, kesemua suspek dibebaskan selepas tamat reman.


http://www.kosmo.com.my/terkini/adik-ipar-ceo-cradle-fund-dan-suami-direman-4-hari-1.753698

Samirah dibebaskan

PETALING JAYA: Balu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Nazrin Hassan yang maut dalam kebakaran di rumahnya Jun lalu, dibebaskan selepas tempoh tahanan remannya tamat hari ini.


Wanita berusia 43 tahun itu yang disambung reman selama tiga hari pada Isnin lalu dibebaskan pada jam 5 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini.

Terdahulu, wanita berkenaan direman polis pada 4 September lalu selama tujuh hari sebelum disambung reman tiga hari lagi bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Peguam yang mewakilnya, L S Leoanard ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Remannya tamat hari ini. Kita sedang tunggu pembebasan dari pegawai penyiasat kes,” katanya.

Beliau juga mengesahkan bahawa setakat ini tiada pendakwaan akan dibuat terhadap anak guamnya.

Semalam, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan bagi membatalkan tempoh reman tujuh hari terhadap dua anak tiri Nazrin.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman mengarahkan kedua-dua remaja berusia 14 dan 16 tahun itu dibebaskan daripada tahanan reman petang semalam selepas mereka ditahan Ahad lalu.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/09/473280/balu-ceo-cradle-fund-dibebaskan

Bekas suami Samirah dibebaskan, tidak terlibat

SHAH ALAM: Bekas suami kepada isteri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan, sudah dibebaskan petang tadi.


Menurut jurucakap keluarganya, Nizam Mydin Bacha Mydin, 43, seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang sebelum ini direman bersama isteri Nazrin berhubung kes pembunuhan Nazrin awal Jun lalu, dibebaskan di Balai Polis Sea Park.

“Pagi tadi, kami ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk membuat permohonan memendekkan tempoh reman dan mahkamah menerima permohonan kami kerana tiada kes.

“Dia baharu sahaja dibebaskan jam 5 petang tadi di Balai Polis Sea Park dan saya ke sana untuk membawanya pulang,” katanya.

Jurucakap terbabit juga menafikan pembabitan Nizam dalam kes berkenaan dan hanya ditahan bagi membantu siasatan sahaja.

“Nizam hanya berhubung dengan bekas isteri membabitkan hal anak saja memandangkan dua anaknya itu tinggal bersama ibu mereka.

“Pihak keluarga berharap tiada spekulasi lain membabitkan nama Nizam dengan kes bunuh Nazrin,” katanya.

Beliau juga memberitahu, Nizam yang bercerai dengan bekas isterinya, lima tahun lalu mempunyai dua anak lelaki berusia 11 dan 15 tahun.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi NSTP mengesahkan Nizam dibebaskan, bagaimanapun bekas isterinya tidak dibebaskan

“Sama ada Nizam dipanggil semula atau tidak bergantung kepada siasatan polis,” katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/k...uami-kepada-isteri-ceo-cradle-fund-dibebaskan

Laporan tak benar, polis nafi tahan 2 anak tiri

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor menafikan pihaknya menahan dua remaja berhubung kematian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Nazrin Hassan, yang maut dalam kebakaran pada Jun lalu.


Ini sekali gus menafikan dakwaan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan, hari ini yang melaporkan dua remaja terbabit yang juga anak tiri kepada Nazrin ditahan di rumah datuk mereka kira-kira jam 9.30 malam tadi.

"Laporan itu tidak betul. Jumlah tangkapan masih kekal dua orang setakat ini," katanya ringkas ketika dihubungi NSTP melalui aplikasi WhatsApp, hari ini.

Terdahulu, akhbar terbabit yang memetik kenyataan sumber melaporkan dua remaja lelaki yang masih bersekolah itu ditahan bagi membantu siasatan kematian Nazrin selepas pemeriksaan forensik menemui dua lubang pada lehernya kesan daripada anak panah.

Menurut laporan akhbar itu lagi, kedua-duanya ditahan selepas soal siasat ke atas kedua-dua ibu mereka yang ditahan terlebih dahulu mendapati anak mereka itu mempunyai kemahiran dalam sukan memanah.

Kelmarin, polis menahan bekas isteri Nazrin, Samirah Muzaffar dan bekas suaminya, kedua-duanya berusia 43 tahun bagi membantu siasatan kes itu sebelum mereka direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Pada 3 Ogos lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengklasifikasikan kes kematian Nazrin sebagai kes bunuh selepas siasatan bomba menemui kesan petrol di lokasi kebakaran.

"Kes kematian Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund yang maut pada 14 Jun lalu diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Ini dibuat berdasarkan laporan bomba dan keputusan bedah siasat yang diperoleh," katanya.

Dalam tragedi 14 Jun lalu itu, Nazrin maut dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, di Petaling Jaya, kira-kira jam 12.20 tengah hari.

Syarikat Cradle Fund dalam kenyataannya sehari selepas kejadian, mengesahkan laporan bedah siasat kematian pegawainya, Nazrin berpunca daripada letupan telefon pintar.

Mangsa yang jawatan terakhirnya di syarikat itu sebagai juga Ketua Pegawai Eksekutif, sudah berkhidmat di syarikat yang sama sejak 15 tahun lalu.

Cradle Fund, syarikat di bawah Kementerian Kewangan yang berperanan membangunkan usahawan teknologi dan ekosistem syarikat permulaan di negara ini.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/09/470438/polis-nafi-tahan-2-anak-tiri-nazrin

Kesan panah pada leher, dakwa portal

KUALA LUMPUR, 6 Sept ― Polis menahan dua anak tiri CEO Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan selepas mendapati terdapat kesan cedera akibat panah pada leher mangsa.


Sumber memberitahu Malay Mail dua remaja lelaki yang masih bersekolah itu ditahan pada pukul 9.30 malam tadi di rumah datuk mereka.

Kelmarin polis menahan isteri Nazrin, Samirah Muzaffar dan bekas suaminya bagi membantu siasatan kes bunuh.

“Siasatan menemui kesan lubang di leher, kesan daripada anak panah.

“Remaja terbabit ditahan untuk siasatan selepas difahamkan mereka berdua bermain sukan panah dan ada beberapa perkara berkaitan soal siasat ibu bapa mereka yang membawa kepada penahanan mereka,” kata sumber.

Samirah, 43, anak kepada ahli sains politik Chandra Muzaffar, ditahan di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail pada pukul 2.15 pagi kelmarin.

Dua remaja terbabit ketika ditahan berada di rumah Chandra. - MMO


Chandra-Muzafar.jpg

Samirah, 43, merupakan anak kepada Chandra Muzaffar

Letupan telefon tak pernah berlaku

Sementara itu, sumber yang dekat dengan siasatan mendedahkan letupan telefon bimbit, yang pada mulanya didakwa sebagai punca kebakaran yang meragut nyawa Nazrin, tidak pernah berlaku.


Kederaan di badan mangsa juga tidak menunjukkan ada serpihan daripada letupan, kata sumber itu.

"Ada kesan petrol di badannya...dan kecederaan di kepala."

Jabatan Bomba dan Penyelamat sebelum ini menafikan dakwaan anggota keluarga Nazrin bahawa punca kematiannya adalah kecederaan akibat letupan telefon bimbit, yang dicaj berhampiran katil ketika dia sedang tidur.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat selangor Azmi Osman menjelaskan siasatan pihaknya tidak mendapati perkara itu dan berkata dakwaan itu dibuat keluarga mangsa sendiri.

Menurut laporan, adik ipar mangsa berkata di media sosial yang salah satu daripada dua telefon Nazrin telah meletup.

"Jika anda masih ingat, di hari Nazrin mati, tidak lama selepas itu ada mesej tular yang mengaitkan kematiannya dengan letupan telefon bimbit. Siapa yang tulis mesej itu? Insiden itu tidak pernah berlaku...dan syarikat telekomunikasi boleh saman pihak yang terlibat," kata seorang lagi sumber.

Sumber itu berkata selama beberapa minggu, penyiasat bekerja keras untuk mencari kaitan seorang individu yang dipercayai memainkan peranan dalam pembunuhan itu, berdasarkan bukti yang ada.

"Klu menunjukkan kepada seorang...tetapi ia bukan sesuatu yang mudah kerana penyiasat perlukan bukti kukuh yang mendakwa orang itu di mahkamah," katanya.

Beliau berkata, seorang yang rapat dengan Nazrin menjadi berang selepas membaca laporan bahawa kematian Nazrin melibatkan hal di luar kebiasaan.

Bulan lalu, isteri Nazrin Nazrin, Samirah Muzaffar berkata dia dan keluarga tidak diberitahu langsung tentang perkembangan siasatan dan bomba enggan memberikan salinan laporan siasatan mereka.


https://www.malaysiakini.com/news/441622

Isteri, bekas suami ditahan

PETALING JAYA: Isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Nazrin Hassan, yang maut dalam kebakaran di rumahnya Jun lalu, bersama bekas suaminya ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh Nazrin.


Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Hairul Azhar Mohd Ishak membenarkan tempoh reman sehingga Isnin depan bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap kedua-dua suspek yang berusia 43 tahun itu.

Siasatan terhadap bekas pasangan suami isteri itu dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika disabit kesalahan.

Terdahulu, mereka yang memakai baju-T berwarna hitam tiba di mahkamah pada jam 11 pagi dan dia yang diiringi anggota polis keluar dari bilik reman pada jam 12.20 tengah hari.

Suspek wanita yang juga Eksekutif Kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) itu kelihatan muram di dalam bilik reman.

Sebelum ini, suspek wanita pernah menyelar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membuat dakwaan tidak benar mengenai kes kematian mengejut suaminya yang kemudian diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh.

Sementara itu, pihak JBPM berkata, keputusan yang diumumkan pihaknya mengenai kematian Nazrin adalah berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan.

Pada 3 Ogos lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengklasifikasikan kes kematian Nazrin sebagai kes bunuh.

Media melaporkan sebuah telefon bimbit yang diletak sama ada di atas katil atau sisi katil meletup semasa dicas mungkin menjadi punca kebakaran di bilik tidur yang mengorbankan Nazrin.

Kronologi kes kematian Nazrin

14 Jun

- JBPM menerima panggilan terdapat kebakaran di sebuah rumah dua tingkat di Mutiara Homes, Petaling Jaya

- JBPM menemui mayat seorang lelaki dengan kesan terbakar di bilik tingkat atas yang terbakar

- Mangsa yang meninggal disahkan sebagai Nazrin. Balu serta anak Nazrin yang berada di ruang tamu bahagian bawah rumah dikatakan tidak menyedari berlaku kejadian kebakaran dan Nazrin berada berseorangan di dalam bilik

- Kes pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)

16 Jun

- Syarikat Cradle Fund Sdn Bhd mengeluarkan kenyataan bahawa hasil bedah siasatan mengesahkan kematian Nazrin berpunca daripada letupan telefon pintar dan menyebabkan beberapa komplikasi kecederaan pada tubuh

25 Jun

- Ketua Pengarah JBPM, Mohammad Hamdan Wahid memaklumkan sudah selesai menjalankan siasatan terhadap punca kebakaran meragut nyawa Nazrin

- Siasatan menggunakan dua kaedah iaitu kaedah siantifik dan menggunakan unit Anjing Pengesan (K9P di lokasi kejadian

6 Ogos

- Polis menyiasat semula kes kematian Nazrin mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berdarakan laporan forensik JBPM

8 Ogos

- Polis mengambil keterangan beberapa individu termasuk keluarga Nazrin

14 Ogos

- Samirah membidas JBPM kerana tidak dimaklumkan mengenai hasil maklumat siasatan dijalankan selain mendakwa JBPM mengeluarkan tuduhan tidak benar serta bercanggah dengan laporan dikeluarkan Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur

15 Ogos

- Polis sahkan Samirah antara individu yang disiasat polis dan meminta wanita itu tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebaliknya menyerahkannya kepada polis untuk menjalankan siasatan


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/09/469718/isteri-ceo-cradle-fund-bekas-suami-direman

Isteri CEO ditahan reman

4918fb1_1536040505.jpg









ISTERI kepada Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Nazrin Hassan yang maut dalam kebakaran di rumahnya Jun lalu, ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh suaminya itu.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Hairul Azhar Mohd Ishak membenarkan tempoh reman sehingga Isnin depan bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap suspek yang berusia lingkungan 40-an.

Siasatan terhadap wanita itu dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika disabit kesalahan.

Terdahulu, wanita itu yang memakai baju-t berwarna hitam tiba di mahkamah pada 11 pagi dan dia yang diiiringi anggota polis keluar dari bilik reman pada 12.20 tengah hari.

Dia yang juga Eksekutif Kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) itu kelihatan muram di dalam bilik reman.

Sebelum ini, suspek pernah menuduh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membuat dakwaan tidak benar mengenai kes kematian mengejut suaminya yang kemudian diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh.

Sementara itu, pihak JBPM keputusan yang diumumkan adalah berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan.

Pada 3 Ogos lalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengklasifikasikan kes kematian Nazrin sebagai kes bunuh.

Media melaporkan telefon bimbit yang diletak sama ada di atas katil atau sisi katil meletup semasa dicas mungkin menjadi punca kebakaran di bilik tidur yang mengorbankan Nazrin.







sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2018/09/374184/isteri-ceo-ditahan-reman




.

Bomba pula bidas isteri Nazrin

ISTERI kepada Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazri Hassan perlu menyerahkan siasatan berhubung kematian suaminya kepada pihak polis daripada menyalahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).


Ini kerana JBPM sudah memberi penjelasan melalui surat yang dibalas kepada isteri arwah, minggu lalu dan kini siasatan diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis memandangkan ia kes berprofil tinggi.

Ketua Pengarah JBPM Mohammad Hamdan Wahid berkata, berikutan itu pihaknya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai laporan siasatan itu sama ada kepada keluarga mangsa mahupun orang ramai.

“Penyiasatan yang dijalankan JBPM berhubung kes ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan tidak seperti yang didakwa isteri arwah apabila dilihat cuba mencari kesalahan agensi (JBPM) ini.

“Kita menyiasat kes ini secara terperinci bahkan menggunakan khidmat pasukan Unit K9 iaitu anjing terlatih untuk mencari bukti dan mustahil anjing itu menipu. Jadi dakwaan isteri arwah itu adalah tidak benar apatah lagi kes suaminya disifatkan berprofil tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Samirah Muzaffar, yang mendakwa JBPM tidak telus dalam siasatan kes kematian suaminya dengan menyatakan dakwaan agensi penyelamat berkenaan berhubung kes itu tidak benar.

Sementara itu, Mohammad Hamdan berkata, pihaknya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes itu atas nasihat pakar undang-undang.

“Kes ini menjadi SOP pihak JBPM jika sesuatu hasil siasatan itu nampak luar biasa dan terdapat unsur jenayah, maka ia akan diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

“Kita juga tidak berhasrat untuk menjawab semua tuduhan isteri arwah dan berdebat dengannya melalui media kerana kita sudah pun jawab dengan membalas surat rasmi yang dihantar kepada pihak kita sebelum ini,” katanya.

Dalam kejadian 14 Jun lalu, Nazrin ditemui meninggal dunia dipercayai terhidu asap selepas berlaku kebakaran di tingkat atas kediamannya di Mutiara Damansara.

Punca kejadian itu pada mulanya dikatakan akibat telefon bimbitnya meletup ketika mengecas, namun kes itu diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan pada 3 Ogos lalu.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/08/368565/update-jangan-hanya-cari-salah-jbpm

Bomba hairan dakwaan isteri Nazrin

Jabatan Bomba dan Penyelamat menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kematian CEO Cradle Fund Sdn Bhd Nazrin Hassan.


Seorang sumber yang merupakan pegawai kanan Bomba berkata hasil laporan telah diserahkan kepada polis yang kini menyiasat kes berkenaan.

Kenyataan sumber itu sebagai merespons dakwaan isteri mangsa, Samirah Muzaffar yang mendakwa dia dan keluarganya tidak dimaklumkan hasil perkembangan siasatan.

Samirah juga mendakwa permohonannya untuk mendapat salinan laporan yang dibuat Bomba ditolak.

Sumber yang bercakap kepada Malaysiakini itu menyatakan bahawa dia berasa hairan dengan dakwaan Samirah.

"(Sebelum ini) kami telah menulis surat kepada orang yang buat hebohan ini. Kita dah tulis secara rasmi menjawab soalan yang dikemukakannya. Saya fikir itu sudah cukup memadai untuk kita maklumkan kepadanya tindakan kita ketika ini.

"Dia tidak seharusnya mensensasikan isu ini," katanya kepada Malaysiakini.

Sumber itu berkata Bomba telah menjalankan siasatan teliti yang turut melibatkan pakar dari jabatan itu menggunakan kaedah saintifik dan unit anjing K9.

Bagaimanapun, katanya, Bomba tidak dapat memberikan butiran lanjut kerana tidak mahu mengganggu siasatan polis.

"Kita tunggu saja polis siasat perkara ini," katanya.

Pada 14 Jun lepas, Nazrin ditemukan maut setelah terperangkap dalam satu kebakaran di tingkat atas rumahnya di Mutiara Damansara dengan kesan kebakaran sebanyak 30 peratus di badannya.

Mesej dari adik ipar mangsa yang tersebar di media sosial mendakwa sebuah telefon yang dicas Nazrin meletup menyebabkan kecederaan di bahagian belakang kepala dan menjadi punca kematiannya.

Bagaimanapun, awal bulan ini polis mengesahkan kes kematian Nazrin diklasifikasikan sebagai kes bunuh berikutan laporan pihak bomba serta laporan bedah siasat yang diperoleh. - MK

MyIPO%20Samirah%20Muzaffar.jpg

Isteri tolak kematian Nazrin akibat bunuh

KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Kenyataan polis berhubung kematian ketua eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd dipersoal isteri mangsa berikutan percanggahan dengan laporan bedah siasat.


Menolak kematian suaminya sebagai bunuh, Zamirah Muzaffar berkata Hospital Kuala Lumpur menyimpulkan Nazrin Hassan maut kerana pelbagai komplikasi kecederaan akibat letupan.

“Laporan yang saya miliki menyatakan bahawa suami saya mengalami kecederaan di parietal kiri. Kecederaan ini dikaitkan dengan tahap kecederaan kepala yang teruk,” kata dalam satu kenyataan.

“Laporan itu juga menyebut pelbagai kecederaan kecil telah ditemui di wajah, leher, dada, bahu kiri, belakang tangan kiri yang mempunyai corak kecederaan serpihan”.

Pada 6 Ogos lalu, keputusan makmal Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor mendapati ada unsur jenayah dan polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai kes bunuh.

Keputusan tersebut dibuat berikutan ada kesan minyak petrol dijumpai pada empat lokasi iaitu kepala mangsa, bingkai katil, tilam dan telefon bimbit Nazrin. - MMO

https://media.hatred contents/uploads/articles/2018/2018-08/20180814_SAMIRAH.jpg

Siasatan tak telus, kata isteri
Barang hilang, tak dibenar masuk bilik

PETALING JAYA: Isteri Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan, membidas badan penyiasat yang didakwa tidak telus dalam menjalankan siasatan kes kematian suaminya itu.


Menurut Samirah Muzaffar, biarpun sudah membuat permohonan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, dia tidak menerima sebarang laporan mengenai perkembangan siasatan kerana ia diklasifikasikan sebagai kes berprofil tinggi.

Dia juga sedang menunggu informasi mengenai beberapa barangan peribadi suaminya yang hilang sejak insiden itu berlaku.

Dalam pada itu, Samirah menuduh Jabatan Bomba dan Penyelamat membuat dakwaan tidak benar mengenai kes tersebut.

Malahan, beliau dan keluarganya dimaklumkan mereka tidak boleh masuk ke bilik yang menjadi lokasi kejadian sejak pukul 5 petang pada 14 Jun lalu.

"Namun, pihak bomba telah mengeluarkan surat pada 19 Jun tetapi bertarikh 14 Jun. Perlakuan seperti ini tidak mengikut prosedur dan membuat kami hilang keyakinan," ujarnya.

Tambah Samirah lagi, laporan media mengenai insiden itu juga tidak konsisten dengan penemuan dalam laporan bedah siasat yang dikeluarkan Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 2 Ogos.

Katanya, laporan bedah siasat menyatakan Nazrin mengalami kecederaan tusukan benda tumpul di bahagian parietal kiri dan luka kecederaan kepala yang teruk.

"Sebagaimana orang ramai tahu, suami saya hidup dengan penuh integriti, jujur dan profesional. Saya mahu siasatan yang mengikut standard etika dan telus," katanya lagi.

Kes itu telah dikelaskan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan pada 3 Ogos.

Terdahulu, Nazrin meninggal dunia dipercayai berpunca daripada terhidu asap selepas kebakaran berlaku di tingkat atas kediamannya di Mutiara Damansara di sini, pada 14 Jun lalu.

Dilaporkan telefon bimbitnya meletup semasa mengecas. - MStar

fef3.jpg

Kesan petrol ditemui

Dj6uA4AU8AAqY2E.jpg


Satu sumber berkata, hasil siasatan pihak forensik bomba mendapati ada kesan petrol dalam bilik tidur rumah teres dua tingkat beliau di Mutiara Damansara.


“Hasil siasatan pihak bomba juga mendapati kesan petrol di bahagian kepala, tilam serta telefon bimbit yang dipercayai punca kebakaran merebak cepat sehingga mengorbankan mangsa.

“Siasatan kini dibuka mengikut Seksyen 302 kanun Keseksaan iaitu bunuh selepas kita mendapat keputusan siasatan daripada pihak bomba,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengesahkan pihaknya membuka kertas siasatan berhubung kematian Nazrin.


http://www.kosmo.com.my/negara/kematian-nazrin-diklasifikasikan-kes-bunuh-1.724101

Polis kini siasat sebagai kes bunuh

KUALA LUMPUR, Aug 6 — Police are now investigating the death of Cradle Fund Sdn Bhd CEO Nazrin Hassan as murder, following lab results last week that suggested foul play.


A police source revealed that the lab results from the Selangor Fire and Rescue Department showed that there were four traces of petrol found in Nazrin’s room that caught fire.

“Police have now opened an investigation paper under Section 302 of the Penal Code for murder after the Fire and Rescue department alerted them to their findings.

“The lab results showed traces of petrol on his head, bedframe and mattress, as well as his handphone,” the source told Malay Mail.

On June 20, Selangor Fire and Rescue Department director Azmi Osman told Malay Mail that his investigators did not conclude or even suggest that an exploding handphone killed Nazrin as claimed by latter’s family.

Azmi at that point said it was premature to establish the fire was caused by an exploding handphone.

Police were not roped in at the time as the fire and rescue team was still studying the fire pattern for lab submissions and further analysis.

Following the incident, Cradle also issued a statement asserting that Nazrin died from blast injuries attributed to an exploding handphone that was being charged next to him.

The purported message from Nazrin’s family included other unverified details, such as that Nazrin’s device overheated and exploded, causing blunt force trauma to the back of Nazrin’s head, killing him.

The message also alleged that Nazrin was dead before the bed he had been lying on caught fire, partially burning his body.

According to results of the preliminary investigation from Fire and Rescue department after the incident, Nazrin was killed following a fire in his bedroom at his double-storey terrace house in Mutiara Damansara and likely died of smoke inhalation.

He suffered burns to 30 per cent of his body.

Cradle is a firm under the Ministry of Finance, which oversees the development of tech entrepreneurs and the Malaysian start-up ecosystem.

It was the agency that provided seed funding to firms such as ride-hailing provider Grab (previously MyTeksi) and fintech start-up iMoney.

The incident took place on June 14, a day before the Hari Raya Aidilfitri celebrations.

Nazrin was 45, and left behind a wife and four children, including a son from a previous marriage.


https://www.hatred contents/s/1659703/police-probing-death-of-cradle-ceo-as-murder

Letupan telefon bimbit punca kematian

KUALA LUMPUR: Sebuah telefon bimbit yang diletak sama ada di atas katil atau di sisi katil yang meletup semasa sedang dicas, mungkin menjadi punca kebakaran sebuah bilik tidur semalam yang mengorbankan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan.


Mesej daripada keluarga Allahyarham Nazrin yang kini viral dalam media sosial, memetik seorang ipar lelaki yang mendakwa pada suatu peringkat, telefon itu terlampau panas lalu meletup, mengakibatkan trauma hentakan di bahagian belakang kepala yang membawa kepada kematian mangsa.

Tilam turut disambar api, namun ketika ini Nazrin sudah pun tidak bernyawa, kata ipar Allahyarham yang namanya tidak disebut dalam mesej berkenaan.

"Beliau ada dua telefon, saya tidak tahu mana satu yang meletup. Siapa sangka prosedur rutin yang tidak berbahaya ini adalah penyebab tiga anak kecil membesar tanpa bapa mereka di sisi," katanya.

Menurut polis, Nazrin terperangkap dalam kebakaran di bilik tidur rumah teres dua tingkat beliau di Mutiara Damansara semalam dan berkemungkinan meninggal dunia akibat terhidu asap. Tubuh mangsa turut melecur.

Mesej itu turut memuatkan nasihat kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika mengecas telefon bimbit, termasuk mempertimbangkan zon yang selamat untuk berbuat demikian.

"Paling baik, bukan di dalam bilik tidur. Ia jauh lebih berbaloi sungguhpun telefon berada jauh daripada jangkauan," kata ipar Allahyarham.

Cradle Fund adalah syarikat di bawah Kementerian Kewangan yang berperanan membangunkan usahawan teknologi dan ekosistem syarikat permulaan Malaysia.

Ia adalah agensi yang memberi pembiayaan awal kepada syarikat-syarikat yang berjaya seperti Grab (sebelum ini MyTeksi) dan syarikat pemula niaga fintech iMoney. - BERNAMA


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/06/438201/letupan-telefon-bimbit-punca-kematian

Mesej yang viral.

4405352761001_5797495517001_5797488760001-vs.jpg


[15/06 13:27] ?

Message believed to be from Nazrin’s family. Nazrin was CEO of Cradle who passed away earlier today..... KINDLY NOTE!!!

NAZRIN today past away from unfortunate incident. While he was having a nap, he put his mobile phone to charge. At some point the phone overheated and exploded. The force caused a blunt trauma to the back of the head, and was the cause of his demise. The mattress caught on fire but he was already lifeless beyond that point. My BIL is a techie of sort, always changing phones for the fun of it.

He had two phones, one Blackberry and a Huawei. I don't know which one exploded. Who would have thought such an innocuous routine procedure is the reason three young kids will grow up without their father by their side. That's how fragile life is, we don't put much thought to it...

WARNING!!!
The next time you charge your mobile phones, consider a safe zone. Better yet, not in the bedroom. My BIL is never coming back and my nephews will grow up not remembering who the wonderful man he was.

It's worth the inconvenience of not having your mobile a hand reach away.

Letupan telefon bimbit punca kematian

cradle_15jj.jpg.transformed.jpg

UNIT Forensik Bomba menjalankan siasatan di kediaman Allahyarham Nazrin di Mutiara Damansara semalam. - Foto NSTP









KUALA LUMPUR: Sebuah telefon bimbit yang diletak sama ada di atas katil atau di sisi katil yang meletup semasa sedang dicas, mungkin menjadi punca kebakaran sebuah bilik tidur semalam yang mengorbankan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan.

Mesej daripada keluarga Allahyarham Nazrin yang kini viral dalam media sosial, memetik seorang ipar lelaki yang mendakwa pada suatu peringkat, telefon itu terlampau panas lalu meletup, mengakibatkan trauma hentakan di bahagian belakang kepala yang membawa kepada kematian mangsa.

Tilam turut disambar api, namun ketika ini Nazrin sudah pun tidak bernyawa, kata ipar Allahyarham yang namanya tidak disebut dalam mesej berkenaan.

"Beliau ada dua telefon, saya tidak tahu mana satu yang meletup. Siapa sangka prosedur rutin yang tidak berbahaya ini adalah penyebab tiga anak kecil membesar tanpa bapa mereka di sisi," katanya.

Menurut polis, Nazrin terperangkap dalam kebakaran di bilik tidur rumah teres dua tingkat beliau di Mutiara Damansara semalam dan berkemungkinan meninggal dunia akibat terhidu asap. Tubuh mangsa turut melecur.

Mesej itu turut memuatkan nasihat kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika mengecas telefon bimbit, termasuk mempertimbangkan zon yang selamat untuk berbuat demikian.

"Paling baik, bukan di dalam bilik tidur. Ia jauh lebih berbaloi sungguhpun telefon berada jauh daripada jangkauan," kata ipar Allahyarham.

Cradle Fund adalah syarikat di bawah Kementerian Kewangan yang berperanan membangunkan usahawan teknologi dan ekosistem syarikat permulaan Malaysia.

Ia adalah agensi yang memberi pembiayaan awal kepada syarikat-syarikat yang berjaya seperti Grab (sebelum ini MyTeksi) dan syarikat pemula niaga fintech iMoney. - BERNAMA











sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/06/438201/letupan-telefon-bimbit-punca-kematian










.

Last edited:
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,467
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,467
Reaction score
15,807
Points
2,066
Awards
1
lahai innalillah kesiannya. takziah pada keluarga arwah
 

AlYamani

Legendary Member
gem
Messages
12,292
Joined
Jan 23, 2011
Messages
12,292
Reaction score
628
Points
161
Mungkin terperangkap kot,Kenapa tak guna pintu lagi satu yg boleh ke balkoni.

Kunci pintu ni mesti sentiasa ada kat pintu tu.tu gunanya kalau ada emergency...
 

Niyang

CG Top Poster Club
gem
Messages
42,830
Joined
May 13, 2009
Messages
42,830
Reaction score
1,603
Points
201
cradle fund ni compny ape?
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,424
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,424
Reaction score
22,255
Points
1,831
Awards
1
cradle fund ni compny ape?

bwh MOF.

dulu die sdri yg bentang depan Tun nk tubuhkan cradle ni. tun approve

klo kita ada proposal bagus nk setup company nnt cradle ni bantu bg dana la. mcm gitu la
 

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,288
Joined
Apr 18, 2010
Messages
39,288
Reaction score
3,006
Points
266
Awards
1
bwh MOF.

dulu die sdri yg bentang depan Tun nk tubuhkan cradle ni. tun approve

klo kita ada proposal bagus nk setup company nnt cradle ni bantu bg dana la. mcm gitu la

macam Magic juga la kan.
under MOF juga.

tapi baawah PH dah dibubarkan.
 

makcikcomei

Active Member
Messages
2,345
Joined
Dec 3, 2010
Messages
2,345
Reaction score
579
Points
81
Tidur kat rumah sendiri pun kunci pintu bilik... Tak bagi anak2 kacau kot...
 

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,324
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,694
Points
191
Letupan telefon bimbit punca kematian

cradle_15jj.jpg.transformed.jpg

UNIT Forensik Bomba menjalankan siasatan di kediaman Allahyarham Nazrin di Mutiara Damansara semalam. - Foto NSTP









KUALA LUMPUR: Sebuah telefon bimbit yang diletak sama ada di atas katil atau di sisi katil yang meletup semasa sedang dicas, mungkin menjadi punca kebakaran sebuah bilik tidur semalam yang mengorbankan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan.

Mesej daripada keluarga Allahyarham Nazrin yang kini viral dalam media sosial, memetik seorang ipar lelaki yang mendakwa pada suatu peringkat, telefon itu terlampau panas lalu meletup, mengakibatkan trauma hentakan di bahagian belakang kepala yang membawa kepada kematian mangsa.

Tilam turut disambar api, namun ketika ini Nazrin sudah pun tidak bernyawa, kata ipar Allahyarham yang namanya tidak disebut dalam mesej berkenaan.

"Beliau ada dua telefon, saya tidak tahu mana satu yang meletup. Siapa sangka prosedur rutin yang tidak berbahaya ini adalah penyebab tiga anak kecil membesar tanpa bapa mereka di sisi," katanya.

Menurut polis, Nazrin terperangkap dalam kebakaran di bilik tidur rumah teres dua tingkat beliau di Mutiara Damansara semalam dan berkemungkinan meninggal dunia akibat terhidu asap. Tubuh mangsa turut melecur.

Mesej itu turut memuatkan nasihat kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika mengecas telefon bimbit, termasuk mempertimbangkan zon yang selamat untuk berbuat demikian.

"Paling baik, bukan di dalam bilik tidur. Ia jauh lebih berbaloi sungguhpun telefon berada jauh daripada jangkauan," kata ipar Allahyarham.

Cradle Fund adalah syarikat di bawah Kementerian Kewangan yang berperanan membangunkan usahawan teknologi dan ekosistem syarikat permulaan Malaysia.

Ia adalah agensi yang memberi pembiayaan awal kepada syarikat-syarikat yang berjaya seperti Grab (sebelum ini MyTeksi) dan syarikat pemula niaga fintech iMoney. - BERNAMA











sumber: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/06/438201/letupan-telefon-bimbit-punca-kematian










.
 

zed82

Active Member
Messages
1,973
Joined
Mar 20, 2007
Messages
1,973
Reaction score
15
Points
25
Tpon yg baru2 ni bukan ade safety ke.. Klau overcas dia akan cut..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register