hiduprakyat
Super Active Member

- Messages
- 8,779
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 8,779
- Reaction score
- 576
- Points
- 121
Cemas lihat kereta ‘Civic ketam’ terjunam dalam ban
SEBERANG PERAI – Seorang usahawan makanan berkongsi detik cemas selepas melihat kejadian sebuah kereta Honda Civic yang popular dengan panggilan ‘Civic ketam’ terjunam ke dalam ban selepas merempuh kenderaan yang dinaikinya bersama suami di Kubang Semang, di sini malam tadi.
Advertisement
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Farhan Hanani, 28, berkata, kejadian kira-kira pukul 10.20 malam itu berlaku berhampiran simpang di hadapan sebuah restoran semasa mereka dalam perjalanan pulang ke rumah.
“Secara tiba-tiba muncul sebuah kereta Honda Civic yang dipandu dengan laju dari arah bertentangan sebelum melanggar kereta kami.
“Masa itu hujan. Nasib baik kami sempat elak. Jadi, kereta kami ‘okay’. Dia (pemandu Honda Civic) cuma langgar tayar belakang (sahaja).
“(Tapi) masa tu…Allah, jantung ni rasa nak luruh. Masa turun kereta tengok kereta tu (yang melanggar) terbabas masuk ke dalam parit ‘ban busuk’ tu. Dahla (Sudahlah/ ayaq (air) deras,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.
Beritahu Farhan lagi, dalam keadaan panik dia terus menghubungi talian 999 ketika orang ramai yang kebetulan berada di situ cuba menyelamatkan mangsa keluar dari kereta.
Wanita itu bagaimanapun bersyukur apabila mangsa iaitu seorang lelaki berbangsa Cina bersama dua orang anaknya berjaya diselamatkan sebelum kereta yang mereka naiki dihanyutkan arus deras.
“Nasib (baik) kami naik 4×4 (kenderaan pacuan empat roda) masa tu. Kalau tidak memang kami yang jatuh parit dulu,” katanya yang pergi semula ke lokasi kejadian pagi tadi untuk meninjau keadaan semasa.
Tambah Farhan, suaminya turut membuat satu laporan polis di Balai Trafik Seberang Perai Tengah (SPT) kira-kira pukul 10.18 pagi tadi untuk memaklumkan kejadian berkenaan.
Terdahulu, satu rakaman video berdurasi hampir 20 saat yang menunjukkan sebuah kereta Honda Civic berwarna merah dibawa arus tular dalam media sosial sejak tengah malam tadi.
Video dan gambar kejadian turut mendapat perkongsian dan pelbagai daripada pengguna media sosial.
Sumber: KOSMO! ONLINE
Gambar/ Video Media Sosial
#Kosmo