Cemas kereta hampir terjunam ke sungai

CG Sponsors




hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,902
Reaction score
220
Points
33
photo_2021-01-22_11-19-00_1611286435.jpg


SIMUNJAN: Seorang lelaki menempuh detik mencemaskan apabila keretanya hampir menjunam ke dalam Sungai Sadong, di sini, malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 8 malam itu berlaku apabila lelaki terbabit, Dihajesna Thomas, 49, tersilap masuk simpang dan kenderaan dipandunya terus menghala ke jeti di pekan Simunjan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata mangsa hanya menyedari kesilapan itu apabila tayar kereta Ford Ranger yang dipandunya terlepas dari jeti berkenaan.

"Mangsa bernasib baik kerana sempat menekan brek selepas tayar hadapan terlepas dari jeti itu," katanya.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan menghala ke Kuching.

Katanya, keadaan gelap dipercayai menyebabkan dia tersilap memasuki simpang.

"Dia sepatutnya membelok ke kanan, namun setibanya di simpang itu, dia jalan terus ke laluan menuju jeti," katanya.

Beliau berkata, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.15 malam.

"Maklumat awal yang diterima mengatakan sebuah kereta terjatuh ke dalam sungai di jeti berkenaan, namun apabila anggota bomba tiba, didapati kereta itu tersangkut di jeti.

"Pemandu kereta itu berjaya keluar dari kenderaannya dengan selamat dan bomba kemudian menarik kereta berkenaan," katanya.


== bharian
 
Top
Log in Register