BTC USD 66,841.4 Gold USD 2,663.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Cemas disamun empat lelaki di stesen minyak

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
17,029
Joined
Dec 6, 2010
Messages
17,029
Reaction score
1,118
Points
201


Cemas disamun empat lelaki di stesen minyak

Subang Jaya: Seorang juruteknik menempuh detik cemas apabila kenderaannya ditahan empat penyamun bersenjata berhampiran sebuah stesen minyak di Lebuhraya Shah Alam (Kesas), di sini awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan daripada lelaki tempatan berusia 36 tahun pada 1.37 pagi tadi.

Menurutnya, suspek bukan saja menahan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dipandu suspek malah bertindak agresif dengan memecahkan cermin kereta.

"Mangsa mendakwa cuba disamun oleh empat suspek lelaki bersenjatakan kayu di mana seorang suspek menunggang motosikal manakala tiga lagi menaiki kereta.

"Suspek yang menunggang motosikal menghalang dengan berhenti di hadapan kenderaan yang dipandu mangsa lalu menghayunkan kayu ke arah cermin kereta sehingga pecah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu tular di media sosial satu klip video kamera papan pemuka memaparkan mangsa baru keluar dari sebuah stesen minyak sebelum sebuah motosikal dan kereta berwarna hitam berhenti di hadapannya.

Penunggang motosikal terbabit kemudian turun dan dilihat mengambil sebatang objek dipercayai kayu daripada kereta hitam lalu menghayunkan ke arah kereta mangsa.

Wan Azlan berkata, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 393 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

"Polis memerlukan kerjasama daripada orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat jika berlaku kejadian jenayah bagi membantu siasatan.

"Sebarang maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Liew Wai Leong di talian 014-6884167 atau mana-mana balai berhampiran," katanya.


Artikel ➡️ Harian Metro
 
Sponsored Post

hati2 lah rakan2 kalau memandu / menunggang waktu malam ya.

duduk dlm kereta mmg selamat tapi kalau dia pecah cermin x leh buat apa lah. dia boleh tarik ko keluar juga.

kena block depan, boleh reverse pastu lari arah bertentangan.

kalau block depan belakang, terpaksa surrender je lah. nyawa lebih penting. duit boleh dicari.
 
hati2 lah rakan2 kalau memandu / menunggang waktu malam ya.

duduk dlm kereta mmg selamat tapi kalau dia pecah cermin x leh buat apa lah. dia boleh tarik ko keluar juga.

kena block depan, boleh reverse pastu lari arah bertentangan.

kalau block depan belakang, terpaksa surrender je lah. nyawa lebih penting. duit boleh dicari.
Kalau kita langgar salah ke?
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register