BTC USD 61,614.4 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cef Wan buka restoran di Plaza Singapura awal Nov

Kiasu

Fun Poster
Joined
Aug 26, 2012
Messages
110
Reaction score
12
Points
15
TUKANG masak selebriti terkenal Malaysia, Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Cef Wan, akan membuka sebuah restoran halal ala bufet di Plaza Singapura pada awal November ini.

Dinamakan 1 Market By Chef Wan, restoran yang mampu menampung 500 pengunjung itu merupakan usaha sama dengan syarikat makanan Singapura, Food Junction Holdings.

Food Junction Holdings memiliki sebuah rangkaian pusat makanan dan restoran Mediterranean, Medzs, di Orchard Central.

Rancangan membuka restoran itu didedahkan Cef Wan dalam satu wawancara bersama seksyen Life! akhbar The Straits Times semalam.

Apabila dibuka kelak, ruang makanan restoran seluas 11,000 kaki persegi (1,022 meter persegi) - atau seluas 11 flat empat bilik - itu akan menyediakan makanan Asia Tenggara, dengan sajian dari Vietnam, Kemboja, Thailand dan Indonesia - kesemuanya dihasilkan menerusi resipi beliau sendiri.

Restoran tersebut adalah yang pertama bagi Cef Wan, 56 tahun, dan kerja-kerja dimulakan sejak tahun lalu.

"Ia merupakan impian saya mahu membuka sebuah restoran di Singapura. Plaza Singapura terletak di tengah-tengah Orchard Road dan ia merupakan lokasi yang baik bagi menunjukkan masakan saya kepada warga tempatan dan pelancong," kata Cef Wan.

Angka '1' dalam nama restoran itu merujuk pada nama gelarannya, Wan.

Cef Wan, bagaimanapun, enggan mendedahkan menunya, namun berkata: "Saya teruja untuk memperkenalkan makanan saya daripada resipi yang didapatkan hasil perjalanan meluas saya ke serata Asia Tenggara."

Beberapa sajian beliau yang dikenali termasuk ayam santan ala Minang, kari kelapa sayur-sayuran dan kari daging lembu Pekan.

Harga bagi bufet itu belum ditetapkan.

Duta makanan Malaysia itu mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam industri makanan dan popular di kalangan penonton televisyen yang gemar rancangan memasaknya. Beliau juga menulis buku resipi.

Dilahirkan di Singapura, beliau berpindah ke Kuala Lumpur semasa berusia tiga tahun.

Beliau pernah bekerja sebagai akauntan sebelum belajar memasak di New York dan San Francisco.
 
Last edited:
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register