eapui
Active+ Member
- Messages
- 4,827
- Joined
- Dec 28, 2007
- Messages
- 4,827
- Reaction score
- 7
- Points
- 25
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
[email protected]
SEREMBAN: Penemuan ‘cecair misteri’ pada seluar sukan dan katil seorang gadis berusia 16 tahun membongkar kejadian sadis menimpa mangsa yang dipercayai menjadi pemuas nafsu bapa kandungnya sejak empat tahun lalu.
Lebih mengejutkan apabila cecair sama turut dijumpai pada seluar bapa gadis berusia 52 tahun, sekali gus menimbulkan persoalan kepada ibu mangsa.
Cecair misteri ditemui wanita berusia 49 tahun itu selepas pulang dari tempat kerja dan memeriksa bilik tidur anak gadisnya yang kebetulan tiada di rumah kira-kira jam 9 malam pada 8 April lalu.
Ibu mangsa yang mengesyaki sesuatu dengan penemuan cecair pada katil dan pakaian dua beranak itu mendesak anak gadisnya menceritakan perkara sebenar sebaik dia pulang ke rumah.
Pendedahan gadis itu yang memberitahu dia dirogol sejak berusia 12 tahun nyata mengejutkan ibunya yang juga tukang masak di sebuah restoran.
Mangsa yang sudah tidak bersekolah dikatakan menjadi mangsa pemuas nafsu bapanya ketika mereka tinggal di Kuala Pilah dan perkara itu berlarutan sehingga berpindah ke Paroi, dekat sini.
Berang dengan perbuatan terkutuk suaminya itu, ibu mangsa membawa anak gadisnya membuat laporan polis selepas pendedahan dibuat mangsa.
Difahamkan, sepanjang tempoh itu, anak kelima dalam keluarga itu merahsiakan kejadian menimpa dirinya daripada pengetahuan keluarga.
Menyedari kegiatan jahatnya yang sanggup meratah anak sendiri terbongkar, pemandu lori itu menghilangkan diri.
Ketua Polis Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata suspek terbabit menghilangkan diri sebaik menyedari mangsa membuat laporan polis.
“Gadis itu mendakwa dia menjadi mangsa rogol bapanya kira-kira empat tahun lalu ketika mereka tinggal di Kuala Pilah. Perbuatan itu bagaimanapun berlarutan sehinggalah mereka berpindah ke Paroi,” katanya di sini, semalam.
Mangsa mendakwa takut memberitahu perbuatan terkutuk suspek kepada ibunya kerana diberi amaran supaya merahsiakan perbuatan itu.
Beliau berkata, suspek yang menghilangkan diri bagaimanapun diberkas di depan rumahnya di Paroi, dekat sini, Isnin lalu untuk membantu siasatan.