CD Artis Buat Maksiat Kembali Lagi

CG Sponsors




Status
Not open for further replies.

fazarudin

Legendary Member
Joined
Jan 2, 2006
Messages
10,985
Reaction score
258
Points
136
Dipetik dari Berita Minggu...


BUAT baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Tapi, apa yang berlaku kepada sepasang merpati dua sejoli adalah sebaliknya. Zubir dapat tahu, beberapa bulan lalu sepasang pelakon popular bercuti ke sebuah negara jiran berdekatan. Biasalah apabila dah bercuti tu, mesti ada “plus-plus. Faham-faham sendirilah apa maksud Zubir. Dengar cerita aksi terlarang mereka di bilik hotel penginapan mereka, sudah “diskodeng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Biasalah, apabila diri sudah popular, pergi ke mana-mana pun pasti orang perasan sekalipun kita berada di negara seberang. Agaknya apabila mendapat tahu pasangan popular itu menginap di hotel berkenaan, maka adalah fikiran yang kreatif ni, sudah pasang CCTV. Nak dijadikan cerita, segala perbuatan yang boleh bikin badan panas, sudah dimuat turun ke dalam bentuk VCD (cakera padat video).

Dua minggu lalu, ada seorang rakan memberitahu Zubir, VCD aksi terlampau dua pelakon popular itu sudah pun memasuki pasaran tempatan. Dengar cerita, VCD berkenaan sudah diedarkan di beberapa lokasi strategik sekitar ibu negara. Rakan Zubir itu pula mendakwa dirinya didekati seorang jurujual VCD, dia memiliki VCD yang dimaksudkan.

Bang, baik punya VCD Bang, artis X, artis Y tengah “toot! Ambillah satu Bang, tengok sendiri. Saya dah tengok Bang, memang real! kata jurujual berkenaan kepada rakan Zubir yang sedang menikmati makan malamnya di sebuah warung.

Tapi, sayang seribu kali sayang, kenalan Zubir itu tidak berminat untuk memiliki VCD berkenaan kerana menyangka ia omong kosong jurujual berkenaan untuk melariskan jualan VCD lucah miliknya.

Bagi Zubir, selagi kita tak tengok isi kandungannya, kita tak tahu kesahihannya sama ada benar pasangan popular itu yang beraksi atau kes pelanduk dua serupa. Zubir pula sudah meminta kenalan Zubir itu untuk pergi semula ke warung kegemarannya dan berharap jurujual yang sama akan datang menjual VCD berkenaan.

Zubir harap ini sekadar omong kosong, tapi jika sebaliknya, ia satu kebenaran, aksi terlampau mereka berjaya divideokan, Zubir kasihan dengan dua pelakon popular yang dimaksudkan itu. Berpada-padalah dalam pergaulan kita.


siapakah dua artis popular itu ? :-?
 
Sponsored Post

ezis2u

Super Active Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
9,747
Reaction score
22
Points
75
panggil skuad horatio siasat ler klu cenggini...
 

arulgit

Active Member
Joined
Jan 6, 2007
Messages
2,061
Reaction score
13
Points
25
pasni adela nti bebudak ni bg link donlot :))
 

shahrul_hla

Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
2,221
Reaction score
1
Points
25
alonso...tugas utk ko mencari video yg dimaksudkan n pm kat aku...biar aku buktikan kesahihannya...
 
Status
Not open for further replies.
Sponsored Post
Top
Log in Register