BTC USD 61,656.6 Gold USD 4,263.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cathay Pacific, Dragonair nyaris bertembung

helmisaman

Legendary Member
gem
Messages
11,106
Joined
Jul 15, 2011
Messages
11,106
Reaction score
266
Points
131
2011/09/27
HONG KONG: Dua pesawat yang berpangkalan di Hong Kong dengan lebih daripada 600 penumpang terselamat daripada bertembung antara satu sama lain selepas juruterbangnya dalam situasi kelam kabut bertindak balas terhadap isyarat amaran yang diterima.

Kapal terbang berkenaan masing-masing, Cathay Pacific Boeing 777 yang tiba dari New York dan Dragonair Airbus A330 dari Taiwan memaklumkan menara kawalan untuk melakukan pendaratan berikutan cuaca buruk, 18 September lalu, bagaimanapun, tersasar ke laluan pesawat bertentangan.

Pegawai syarikat penerbangan yang terbabit, berkata kedua-dua pesawat itu berada pada jarak 2,000 meter dengan ketinggian sama, barat daya Lapangan Terbang Hong Kong sebelum sistem pencegahan amaran dibunyikan.

Tindakan juruterbang Dragonair meletakkan pesawat yang membawa 284 penumpang dan 12 anak kapal dalam keadaan mendaki manakala Cathay Pacific yang membawa 299 penumpang dan 18 anak kapal menjunam berjaya mengelakkan sebarang kemalangan. - AFP



http://www.bharian.com.my/bharian/articles/CathayPacific_Dragonairnyarisbertembung/Article
 
huhuhuh.. cuaca buruk tu... nasib baik pantas diaorg nie... nasib baik gak sistem amaran berfungsi... satu naik atas satu turun bawah.... klau kapal laut dua2 kapal mesti belok kanan (my right)bila nak bertembung...
 
huhuhuh.. cuaca buruk tu... nasib baik pantas diaorg nie... nasib baik gak sistem amaran berfungsi... satu naik atas satu turun bawah.... klau kapal laut dua2 kapal mesti belok kanan (my right)bila nak bertembung...

Kalo tak da boleh masuk dalam rancangan Air Crash Investigation dalam Astro tu..
 

Kalo tak da boleh masuk dalam rancangan Air Crash Investigation dalam Astro tu..
dik kerana suka sangat rancangan ni ler... aku sampai sekarang rasa cuak aja bila terpaksa flaight.:)
 
huhh.. sib bek selamat.. juruterbang mmg kena alert benda ni..
 
Back
Top
Log in Register