Carrefour Express sasar buka 100 cawangan Lembah Klang

CG Sponsors




SETUJU ATAU TIDAK


  • Total voters
    0

MrMama

Active Member
Joined
Aug 2, 2008
Messages
1,631
Reaction score
7
Points
25
Carrefour Malaysia akan menambah 100 lagi kedai serbaneka, Carrefour Express di sekitar Lembah Klang pada tahun ini.

Pengarah Carrefour (Rangkaian Kedai Runcit), Mohamed Salim Mohd Ali berkata, penambahan bilangan kedai itu dilihat mampu menggalakkan usahawan tempatan berniaga menggunakan sistem francais.

''Konsep unik yang diperkenal bukan sahaja mampu untuk menarik orang ramai menjadi usahawan malah ia berpotensi besar untuk diterima masyarakat,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar memperkenalkan juara Carrefour Duniaku musim kedua, Mastura Baharum, 23, atau lebih dikenali sebagai Mulan, di sini.

Mastura menjadi peserta termuda memenangi Carrefour Express bernilai RM500,000 setelah mengalahkan 12 lagi peserta.

Tambah Salim, usaha memperkenalkan jenama Carrefour Express ini adalah seiring dengan saranan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) supaya memperkenalkan model perniagaan secara keseluruhan melalui sistem francais, terutama kepada golongan muda.

''Carrefour bukan sahaja membenarkan usahawan menggunakan jenama ini malah melatih mereka dengan sistem yang setanding dengan pengurusan pasar raya yang sedia ada.

''Usahawan hanya perlu berfikir untuk menambah dan mencari pelanggan sahaja kerana risiko untuk menceburi perniagaan ini adalah terlalu rendah ekoran sokongan berterusan Carrefour,'' katanya.

Jelas beliau, orang ramai yang telah mempunyai kedai runcit juga boleh memohon untuk menukar premisnya menjadi Carrefour Express.

Sehingga kini, sebanyak lima buah Carrefour Express telah beroperasi di sekitar Lembah Klang.

Sementara itu, Mastura ketika ditemui berkata, pengalaman ketika bersaing di dalam Carrefour Duniaku musim kedua akan membantunya menguruskan Carrefour Express.

''Saya juga bersedia menjadi usahawan muda dan melalui bantuan Carrefour, perniagaan ini tidak akan bermasalah,'' katanya.

setuju atau tidak..aku kurang setuju coz ia akan menjejaskan peniaga kecil tempatan..C4 pye purchasing power tinggi dia dapat harga kos sama dgn hyper pye kos&ada kemungkinan bila dah dah byk outlet cost price akan jadi lebih rendah coz they can buy in bulk..sedangkan peniaga biasa dapat harga cost tinggi sket coz beli stock sket..selalunya dorg akan pancung harga jualan peniaga kecil coz nak jaga nama dorg..memang dorg perkenalkan konsep franchise tapi biasala bila dh nama franchise sah2 la franchisor yg dpat profit sharing lebih..akan ada mcm2 fees/regulation/system..ada yg charge fees based on sales ada take from GP ada yg take from NP bergantung pada company la..dr segi regulation/system actually franchisee xde byk power to control biz coz kena follow regulation/system yg disediakan..at the end of the month franchisee akan dapat gaji rm2000++ & profit sharing after tolak itu ini coz tolong jaga outlet dorg..lagipun c4 ni company luar sah2 la profit pun bwk keluar..hyper nih ok coz kita dpt beli brg2 pd harga murah tapi jgn la "masuk kampung" kacau peniaga kecil..gov please la jgn approved lesen
 
Sponsored Post

kelembai

Fun Poster
Joined
Dec 29, 2007
Messages
533
Reaction score
17
Points
15
Bukan ke kita tengah kempen boikot comp & produk yg ada kaitan dengan israel.. depa ni tak de sensitivity langsung ke.... chait!
 
Sponsored Post
Top
Log in Register