(News) Carl Pei Mengesahkan Beliau Meninggalkan OnePlus

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,756
Reaction score
3,573
Points
236
Awal minggu ini dilaporkan Carl Pei, salah seorang pengasas OnePlus telahpun meninggalkan syarikat. Semalam beliau telah mengesahkan sendiri berita ini menerusi hantaran di forum rasmi OnePlus.

Carl Pei meninggalkan syarikat yang diasaskan oleh beliau dan Pete Lau tujuh tahun yang lalu. Walaupun terdapat ura-ura berlaku pertelingkahan antara mereka, Pei telah mengucapkan terima kasih kepada Lau kerana memberikan peluang kepada beliau untuk memulakan sebuah syarikat pengeluar peranti baharu walaupun tidak mempunyai segulung ijazah.

Beliau turut berkata akan menggunakan masa yang terluang untuk menghabiskan masa dengan keluar dan berehat. Apakah yang akan dilakukan oleh beliau seterusnya masih belum diketahui.

Screenshot-2999.jpg


Sumber asal https://forums.oneplus.com/threads/thank-you.1323440/
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register