(News) Carian Aplikasi Di Play Store Kini Memaparkan Jumlah Muat Turun

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
16,278
Reaction score
3,053
Points
236
Google Play Store adalah gedung aplikasi untuk pengguna peranti Android memuat turun, membeli atau mencuba sesuatu aplikasi. Sebelum diberi nama Google Play, gedung aplikasi untuk peranti-peranti Android digelar sebagai Android Market. Pertama kali dilancarkan adalah pada 2008 dan hanya pada tahun 2012 namanya diubah kepada Google Play atau ramai kenalinya sebagai Play Store. Sehingga hari ini, semua peranti Android mempunyai Play Store terbina. Kecuali peranti-peranti Huawei, Honor atau peranti lain yang tidak mempunyai Google Play Services.

Setiap masa, Google pasti akan mengubah sesuatu dalam Google Play Store. Pasti akan ada perubahan menarik, tidak kira dari ciri tambahan, fungsi yang hebat atau juga rekaan antaramuka yang kemas dan mesra pengguna. Terkini, Google Play Store telah dikemaskini untuk memaparkan jumlah muat turun sesuatu aplikasi. Ya, ini sudah lama. Tetapi sebelum ini, untuk melihat jumlah muat turun pengguna perlu lihat di dalam butiran aplikasi tersebut. Kemaskini ini, memaparkan jumlah muat turun apabila pengguna sedang mencari aplikasi di dalam bar carian Google Play. Pada semua peranti Android yang saya gunakan, tidak kelihatan sebarang paparan baharu ini. Ia mungkin diedarkan secara berperingkat. Dengan paparan jumlah muat turun, ia akan lebih meyakinkan pengguna yang sesuatu aplikasi itu adalah berbaloi untuk dimuat turun.



Sumber asal https://9to5google.com/2020/03/25/google-play-download-search/
 
Top
Log in Register