BTC USD 62,236.4 Gold USD 1,762.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cari mayat warga Vietnam, jumpa mayat warga Thailand

eboss

CG Hardcore
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
PASIR PUTEH 11 Dis - Operasi mencari mangsa lemas membabitkan seorang warga Vietnam sejak petang semalam dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dipercayai warga Thailand berhampiran Jambatan Tok Bali di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Kamal Zainal berkata, mayat berkenaan ditemui terapung-apung di kawasan Terusan Semerak dekat sini tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

Beliau berkata, mayat lelaki berkenaan berusia dalam lingkungan 20-an itu ditemui oleh anggota keselamatan yang menjalankan gerakan mencari dan menyelamat pada pukul 9.50 pagi ini.

“Kami percaya mayat lelaki dipercayai warga Thailand tersebut merupakan awak-awak yang menjalankan tangkapan ikan di perairan negara ini dan berpangkalan di Tok Bali,’’ katanya ketika di temui di tempat kejadian di sini, hari ini. - Utusan
 
Sponsored Post

-pojie-

Well-Known, Member, XM Official, Representative
Joined
Oct 29, 2008
Messages
20,951
Reaction score
50
Points
120
lain yg di cari..
lain plak yg jumpe..
 

anbusan

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2006
Messages
8,315
Reaction score
296
Points
91
cam cite hantu kak limah balik kg lak, nak tangkap kak limah tp hantu thai dgn hantu kopek yg dtg kehkehkeh
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register