TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,124
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,124
- Reaction score
- 22,836
- Points
- 1,831
- Awards
- 1
KUALA LUMPUR 12 Okt. - Pihak berkuasa terutama Jabatan Alam Sekitar (JAS) didesak bertindak segera menahan serta mendakwa dalang pencemaran di Sungai Selangor sehingga menyebabkan berlaku gangguan bekalan air kepada pengguna di tujuh kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur sejak semalam.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kesalahan tersebut tidak boleh dimaafkan kerana bekalan air yang terputus secara tiba-tiba menyebabkan pengguna tidak bersedia sehingga menjejaskan kehidupan seharian selain mengganggu operasi premis perniagaan.
Tegas Nadzim, tindakan tegas juga perlu sebagai pengajaran kepada pihak lain memandangkan pencemaran yang berlaku di Sungai Selangor bukan lagi perkara baharu, namun masih tetap berlaku seolah-olah tiada pengawasan daripada pihak berkuasa.
"Kita tidak mahu lagi perkara ini berterusan kerana akhirnya yang susah adalah orang ramai yang tidak melakukan persiapan sedangkan pihak tidak bertanggungjawab menyebabkan pencemaran masih meneruskan kerja mereka.
"Siapa yang perlu dipersalahkan kepada kesan lain yang timbul seperti kerosakan pasir dan kemusnahan hidupan air. Pihak berkuasa mesti bertindak, cari dalang biar sampai ke lubang cacing sekalipun," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai gangguan bekalan air tidak berjadual yang bermula malam tadi di Gombak, Shah Alam, Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Hulu Langat, Kuala Langat dan Kuala Selangor akibat pencemaran tumpahan cecair hidraulik di Sungai Selangor.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dalam satu kenyataan memaklumkan, pencemaran tersebut menyebabkan loji rawatan air (LRA) di Sungai Selangor Fasa 1 dan Fasa 3 yang diuruskan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash) dan LRA Sungai Selangor Fasa 2 serta LRA Rantau Panjang di bawah kelolaan Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. terpaksa ditutup selama 12 jam.
Menurut Syabas, kesemua LRA itu yang membekalkan kira-kira 60 peratus bekalan terawat ke Lembah Klang telah mengurangkan kuantiti bekalan di tujuh kawasan tersebut kepada hanya 1,350 juta liter sehingga menyebabkan berlaku gangguan bekalan.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berharap pihak berkuasa akan mengeluarkan satu laporan berhubung kejadian itu untuk mendedahkan kepada umum mengenai langkah-langkah yang sudah diambil dan pencegahan untuk memastikan peristiwa sama tidak berulang.
"Perkara ini sudah selalu terjadi sebab itulah kita mahu pihak berkuasa menyediakan laporan untuk diumumkan kepada rakyat apa yang telah berlaku dan bagaimana usaha untuk mengelakkannya berulang.
"Kita tidak mahu pihak berkuasa hanya memberikan kenyataan. Pengguna sekarang sudah bijak justeru, kami mahu ada tindakan tegas kepada pesalah dan untuk memastikan tiada lagi gangguan bekalan akibat pencemaran," tegasnya.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_N...g-sampai-ke-lubang-cacing---NGO#ixzz3FyVolgAE
© Utusan Melayu (M) Bhd