BTC USD 27,923.7 Gold USD 1,999.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cari adik tak dapat, abang pula dibunuh

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,124
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,124
Reaction score
22,836
Points
1,831
Awards
1
27hm014dd.transformed.jpg


Port Dickson: Seorang mandur dibunuh kejam oleh sekumpulan lelaki yang menetak mangsa hingga menyebabkan kaki kirinya putus manakala kedua tangannya hampir putus, petang kelmarin.

Difahamkan, kejadian jam 4.30 petang itu berlaku ketika mangsa, V Muniandy, 24, tinggal sendirian di rumahnya di Ladang Tanah Merah, dekat sini, sebelum diserang kumpulan terbabit dan berlaku pergaduhan.

Bapa saudara mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia setahun setengah namun ketika kejadian anggota keluarganya itu tiada di rumah kerana menziarahi jiran berhampiran.

“Saya diberitahu, suspek datang mencari adik mangsa. Bagaimanapun, mereka dipercayai tidak puas hati dengan jawapan mangsa menyebabkan dia diserang. Saya tidak menyangka mereka sanggup membunuhnya dengan cara kejam.

“Isteri mangsa berusia 22 tahun sedang hamil empat bulan. Kami sekeluarga berasa amat sedih kerana baru saja menyambut Deepavali bersama Rabu lalu,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Port Dickson (HPD), semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Baharudin Mustapha berkata, mangsa diserang sekumpulan tiga hingga lima lelaki yang datang menaiki sebuah kereta.

“Mangsa dipanggil keluar rumah untuk berbincang, tetapi diserang dengan parang. Mangsa putus kaki kiri, kedua tangan hampir putus dan terdapat kesan luka di kepala akibat ditetak.

“Polis menahan reman dua lelaki yang disyaki terbabit dalam serangan itu. Mereka ditahan selama tujuh hari mulai hari ini (semalam) hingga 1 November depan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat luka daripada tetakan berganda dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4406#sthash.JIW27hPM.dpuf
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register