BTC USD 44,164.1 Gold USD 1,768.52
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC Tips & Tricks Cara Papar "FPS Counter" Di Skrin Komputer Tanpa Guna Perisian Pihak Ketiga

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
Peminat permainan video pasti biasa dengan "FPS counter" yang memantau frame rate dan kelancaran permainan.

Bagaimanapun, tidak semua tahu cara untuk menghidupkan ciri ini tanpa menggunakan perisian pihak ketiga. Berikut adalah cara untuk memaparkan fps counter di Windows 10 menggunakan XBox Game Bar.

Pertama sekali, buka "Settings", pergi ke "Gaming", pilih "XBox Game Bar", dan hidupkan fungsi tersebut. Untuk lebih mudah, tekan Windows+G.

1-7.jpg


Seterusnya, tekan butang menu di overlay Game Bar untuk paparkan wiget "Performance".

enable-performance-widget.png


performance-game-bar-widget.png


Kemudian, tekan pilihan "FPS" dan tekan "Request Access".

request-access-performance-fps.png


Selepas itu anda perlu but semula komputer untuk menghidupkan ciri ini. Sebaik sahaja komputer dibut semula, lancarkan permainan dan buka Game Bar.

Sekarang anda boleh pantau kadar FPS melalui wiget tersebut dan juga boleh kecilkan, serta gerakkan atau "Pin" kan mengikut kehendak.

pin-performance-fps.png


xbox-game-bar-fps-in-doom-eternal-pc-game.jpg


Untuk tutup atau buang fungsi ini, buka Game Bar dan tekan butang "Unpin". Ia hanya akan muncul apabila anda buka semula Game Bar.​

Itu sahaja perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat ..

Sumber asal Howtogeek
 

CG Sponsors




Top
Log in Register