BTC USD 61,967.8 Gold USD 2,653.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Cara nak tahu duit hasil rompak dari ATM, tengok tanda hitam atas wang kertas

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,080
Top Poster #5
Joined
Apr 15, 2012
Messages
40,080
Reaction score
3,962
Points
266
Awards
1

Cara nak tahu duit hasil rompak dari ATM, tengok tanda hitam ini atas wang kertas​

POSTED ON FEBRUARY 6, 2023 BY ADMIN
duit-1.jpg



Cara nak tahu duit hasil rompak dari ATM, tengok tanda hitam ini atas wang kertas. Mesti ada di antara kita yang pernah melihat wang kertas yang mempunyai kesan dakwat padanya.
Jika terdapat individu yang ingin menukar atau memberikan wang seperti itu, kita jangan terima dan elakkan.
Terutamanya bagi peniaga-peniaga di luar sana. Mana tidaknya, mereka yang bergelar peniaga lebih terdedah untuk menerima wang kertas sebegini
Rupanya, ada sebabnya mengapa wang kertas yang mempunyai dakwat ini harus dielakkan.
Baru-baru ini, tular di media sosial Twitter, di mana seorang penggunanya memuat naik sebuah perkongsian mengatakan wang kertas yang mempunyai kesan dakwat ialah wang kertas dari hasil rompakan.

duit-1-300x185.jpg

Menurut perkongsian yang di muat naik oleh @chrissytwittwit, beliau menyarankan kepada orang ramai supaya tidak menerima wang kertas tersebut walaupun daripada mana-mana sumbernya kerana ianya merupakan wang kertas dari hasil rompakan dari mesin ATM.

Dedahnya lagi, Majoriti mesin ATM di seluruh Malaysia telah dinaik taraf dengan sistem baru seperti ini, jika berlaku rompakan terhadap mesin ATM, secara automatik mesin itu akan menyemburkan dakwat ink kesemua duit wang tunai yang ada dalam mesin tersebut.

Apabila mesin ATM tersebut menerima impak yang kuat, letupan atau sebagainya ia secara automatik akan mengeluarkan dakwat bagi merosakan wang kertas tersebut supaya perompak tidak boleh menggunakannya lagi.
Bank Simpanan Nasional (BSN) turut menyarankan supaya orang ramai lebih berhati-hati tidak menggunakan wang kertas yang mempunyai dakwat padanya Pihaknya juga meminta mana-mana individu yang menerima wang sedemikian, terus laporkannya pada pihak polis.
Diharapkan dengan informasi sebegini, orang ramai akan lebih peka dan elakkan daripada menerima wang kertas seperti yang dinayatakan.

sumber - https://ohviralnews.com/cara-nak-ta...-atm-tengok-tanda-hitam-ini-atas-wang-kertas/
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register