Cara Nak Berkabung (rakyat Johor terutama)

CG Sponsors

ridersenja

Active Member
Joined
Jul 24, 2007
Messages
1,090
Reaction score
23
Points
25
Salam semua..
memandangkan aku pon tak brapa confem nk jawab bila org tanya.. then skrg dah jumpa jwpnnya and nak share kt korang mana2 yg blom tahu.

PERATURAN BERKABUNG

(a) Bagi orang-orang Melayu hendaklah memakai tanda perkabungan kain putih berlilit selilit sahaja, selebar 2 inci pada songkok.

(b) Bagi lain-lain bangsa dan agama, memakai selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri dan bertali leher warna hitam.

(c) Bagi mereka-mereka yang berhak memakai uniform dan pada majlis yang tertentu, selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri.

(d) Bagi perempuan Melayu, hendaklah memakai tudung kepala warna putih.

(e) Bagi orang-orang perempuan lain bangsa atau agama, memakai selilit kain hitam lebarnya 3 inci di lengan kiri.
 
Sponsored Post

ridersenja

Active Member
Joined
Jul 24, 2007
Messages
1,090
Reaction score
23
Points
25
Isytihar by MBJ

Teks ucapan MB Johor.

Patik sebaga rakyatJohor menyembahkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang teramat sangat ke atas kaum kerabat Di Raja Negeri Johor di atas kemangkatan DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.

Sultan Johor yang amat dihormati dan dikasihi telah mangkat, berpindah daripada alam fana kealam akhirat yang baka pada jam 7.15 malam hari Jumaat tarikh 22 Januari 2010 bersamaan dengan 6 Safar 1431H di Hospital Pakart Puteri, Johor Bahru.

Oleh itu ketahuilah bahawa dengan titah perintah Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar Pemangku Raja adalah ditentukan perkabungan kerana kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, iaitu mulai hari ini 22 Januari 2010 seperti di bawah ini:

(1) Bendera Negeri diturunkan separuh tiang dan hari berikutnya dinaikkan separuh tiang dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang dan sedimikian selama 7 hari dari tarikh dimakam Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.

(2) Segala Bangunan-Bangunan Kerajaan hendaklah dinaikkan Bendera Negeri separuh tiang bagaimana waktu tersebut dalam (1) di atas dan demikian selama 7 hari daripada tarikh dimakamkan Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.

(3) Segala bentuk hiburan dan permainan hendaklah dibatalkan pada siang dan malam tersebut pada hari memakamkan Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.

(4) Semua masjid-masjid dan surau surau-surau di dalam Negeri Johor hendaklah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa ke atas roh Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Tuanku itu selepas Fardhu Maghrib selama tujuh (7) hari selepas daripada dimakamkan Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.

(5) Rakyat-rakyat dan penduduk negeri ini hendaklah berkabung dari tarikh ini dan kemudian daripada dimakamkan Jenazah Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia itu selama tujuh (7) hari.
 
S.Y.E.D

Banned
Joined
Jun 6, 2008
Messages
18,685
Reaction score
588
Points
161
ermmm.. nak tanye sket.. berkabung2 ni ade dlm islam x.
 
hazirah

Super Active Member
Joined
Jan 9, 2009
Messages
6,907
Reaction score
100
Points
73
ermmm.. nak tanye sket.. berkabung2 ni ade dlm islam x.

yg setahu sy kalau isteri yg kematian laki kira dlm tempoh 4 bulan x bleh suka suki kluar rumah suma tu lebih kurang cam berkabung la...
 
azr33na

Fun Poster
Joined
Jan 19, 2010
Messages
217
Reaction score
3
Points
15
sy pun kurang arif.....harap sesiapa bleh bg info tentang hal ni
 
ridersenja

Active Member
Joined
Jul 24, 2007
Messages
1,090
Reaction score
23
Points
25
ermmm.. nak tanye sket.. berkabung2 ni ade dlm islam x.
tak pasti lar..
benda ni mcm lebih kpd adat istiadat..
lgpon arahan drpd MB..
bkn ker kita kena patuh pd ulil amri (ketua)
selagi tak terkeluar dari syariah islam.

sape nak buat.. buat.
taknak, sukati...:">
 
kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,664
Reaction score
836
Points
171
seeloknya baca Quran sedekah utk almarhum..sebab bila dah meninggal itu ja yang memberi manfaat..
 
S.Y.E.D

Banned
Joined
Jun 6, 2008
Messages
18,685
Reaction score
588
Points
161
seeloknya baca Quran sedekah utk almarhum..sebab bila dah meninggal itu ja yang memberi manfaat..

haah.. sedekah doa lebey baik untuk simati.. muga2 amalan simati semasa hidup didunia diterima oleh ALLAh.. itu saja..:-<
 
anak_jatiperak

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2009
Messages
5,360
Reaction score
6
Points
65
Salam....itu utk org johor da...utk org org luat da????
 
LORDZ666

Active+ Member
Joined
Apr 26, 2007
Messages
3,672
Reaction score
5
Points
25
yg setahu sy kalau isteri yg kematian laki kira dlm tempoh 4 bulan x bleh suka suki kluar rumah suma tu lebih kurang cam berkabung la...
dalam quran mn ade benda ni.sunah nabi pun xde....khurafat semua tu.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register