BTC USD 28,655.3 Gold USD 1,960.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cara Matikan PayDirect TnG Agar Baki eWallet Tidak Di Tolak Di Plaza Tol

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
41,444
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
41,444
Reaction score
5,122
Points
516
Awards
1
Ciri PayDirect pada aplikasi TNG eWallet ialah sebuah fungsi yang mana baki dalam TNG eWallet akan ditolak apabila pengguna menggunakan kad Touch 'n Go di sesetengah plaza tol dan parkir. Maksudnya, apabila anda tap kad di tol atau melalui SmartTAG, kadar tol akan akan ditolak daripada duit dalam eWallet, bukan baki dalam kad TNG.

Beberapa hari sebelum ini ramai pulang ke kampung sempena cuti Hari Malaysia, TNG eWallet hadir dengan butang yang benarkan pengguna aktifkan dan nyahaktif ciri PayDirect. Untuk mematikannya, masuk ke aplikasi eWallet. Tekan TNG Card > pilih kad > tekan 3 titik > PayDirect > Matikan/hidupkan.
1664718098194.png
1664718114462.png

1664718132501.png

Pilihan untuk hidupkan dan matikan sepatutnya sudah lama wujud namun hanya bulan ke-9 dalam tahun 2022 ia disediakan pihak Touch 'n Go eWallet. Hal ini kerana sebelum ini, jika anda telah menambah kad dalam eWallet, ia secara automatik menggunakan baki eWallet.

mceclip2.png


Justeru, sesetengah pengguna berasa tidak puas hati kerana mereka mahu ia ditolak daripada baki kad yang masih banyak. Selain itu, baki eWallet juga mereka peruntukkan untuk penggunaan selain tol.

Untuk makluman, tidak semua plaza tol dan tempat parkir menyokong ciri ini. Antara tol yang tidak menerimanya ialah lebuh raya PLUS. Katakanlah baki dalam eWallet anda tidak mencukupi, maka barulah sistem akan secara automatik menggunakan baki dalam kad.

Anda kini boleh menambah sehingga 5 kad TNG dalam aplikasi tersebut dan mengaktifkan PayDirect. Untuk senarai tol, pusat beli-belah yang menyokong PayDirect dan maklumat lanjut, sila ke laman web Touch 'n Go.​
 

CG Sponsors




Top
Log in Register