BTC USD 61,306.2 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cara Letak Waris Untuk Akaun Facebook Anda

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,197
Reaction score
4,196
Points
236
Pernahkah terfikir apa yang berlaku pada akaun Facebook anda setelah meninggal dunia? Sebenarnya Facebook mempunyai ciri Kenalan Legasi (Legacy Contact). Ia bertujuan untuk mewariskan akaun anda kepada orang lain apabila anda sudah tiada lagi.

Melalui pewaris, mereka boleh:
  • Menulis siaran yang dipinkan (pinned post) untuk profil anda seperti kongsi mesej akhir bagi pihak anda atau memberitahu atas pemergian anda
  • Kemas kini gambar profil dan muka depan (cover photo)
  • Memohon Facebook memadam akaun anda
  • Muat turun salinan tentang perkara yang telah anda kongsi di Facebook (jika anda menghidupkan ciri ini)

Namun, pewaris tidak boleh:
  • Log masuk akaun anda
  • Baca mesej anda
  • Mengalih keluar (remove) mana-mana rakan anda atau membuat permintaan menjadi rakan yang baharu

Oleh itu, ini adalah cara bagaimana untuk anda mengaktifkan Kenalan Legasi ini:

Pertama sekali, buka aplikasi Facebook, pergi ke menu (tiga garis), tekan Settings pada bahagian Settings & Privacy.

FB_1.jpeg


Kemudian, pada bahagian Account, tekan Personal and account information>Account ownership and control>Memorialisation settings.

FB_2.jpeg


FB_3.jpeg


FB_4.jpeg


Seterusnya klik Choose Legacy Contact. Setelah klik "Next", anda perlu pilih mana-mana kenalan untuk dijadikan pewaris. Tidak kisah sama ada ahli keluarga atau rakan-rakan.

FB_5.jpeg


FB_6.jpeg


FB_7.jpeg


Apabila selesai, anda boleh menghantar mesej padanya untuk memberitahu bahawa beliau telah dipilih menjadi pewaris akaun Facebook anda.

FB_8.jpeg


FB_9.jpeg


Kenalan Legasi yang telah dipilih itu juga boleh diberikan akses (tekan Data Archive Permission) untuk memuat turun salinan tentang perkara yang telah anda kongsikan di Facebook, seperti yang telah dinyatakan di atas (melalui pewaris, mereka boleh..).

Tambahan lagi, anda turut boleh menukar Kenalan Legasi yang dipilih tadi dengan tekan "remove" dan pilih kenalan baharu.​

Setiap individu akan merasai kematian dan ia tidak mengenal usia dan masa. Jadi, disarankan anda untuk membuat tetapan ini sekiranya masih belum berbuat demikian.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register